Adakah mungkin untuk menyeberangi ruang yang teramat luas; menyeberangi jarak-jarak pengembaraan antara bintang tanpa memiliki sekurang-kurangnya kelajuan cahaya?
Bagaimana anda dapat menyeberangi jarak di antara dua titik di mana memiliki nilai berjuta-juta kilometer dan dikira dalam bentuk tahun cahaya; dengan masa yang munasabah dan cara yang ekonomik?
Sekarang cuba anda bayangkan, bahawa kelajuan cahaya adalah 186000 batu sesaat, yang mana ditukarkan secara kasarnya kepada 669 juta batu sejam. Sebagai perbandingan, Proxima Centauri iaitu sistem bintang yang paling terdekat dengan kita akan mengambil masa 4 tahun cahaya untuk mencapainya jika anda membuat perjalanan dengan kelajuan cahaya, yang mana kita tidaklah mampu. Sebagai contoh, satu dari prob Pioneer telah meninggalkan sistem solar kita dan menuju ke arah Proxima Centauri dan tidak akan dapat berada di sana sehingga selepas tahun 28000 Masihi! Jadi anda sudah faham maksud kami? Inilah dia topik yang ingin dibincangkan di dalam artikel ini.Jadi sehingga sekarang, ketika kita telah menguji keperluan untuk mengembara di dalam jarak sebegini, kita perlu menimbangkan masalah-masalah yang timbul apabila membuat perjalanan dalam kelajuan mendekati kelajuan cahaya. Masalah-masalah itu sepertilah tenaga penggerak, sistem pemanduan, bahan api dan apa saja yang anda boleh bayangkan akan memberi kesan kepada kenderaan hatta kepada diri kita apabila memecut di dalam kelajuan cahaya dan membelah ruang masa, yang mana termasuklah 'pembesaran masa', peningkatan jisim, panjang penyusutan dan seluruh perubahan yang lain, yang menyaksikan membuat perjalanan seperti ini memerlukan satu tahap teknologi yang manusia hari ini belum lagi dapat mencapainya. Hakikatnya membuat perjalanan seperti ini memerlukan teknologi yang teramat-amat canggih, diluar kemampuan manusia pada hari ini, bahkan tiada apa yang dapat dilakukan jika kita mampu, sekalipun, mengembara sepantas cahaya.
Kita tahu yang jarak terdekat di antara dua titik adalah garis lurus, jadi di dalam dunia kita ini bolehlah kita menganggap cara yang paling pantas untuk pergi dari titik A ke titik B adalah dengan berjalan sepantas cahaya dalam garisan lurus di antara dua titik itu. Jika jarak titik A ke titik B adalah dari Bumi ke matahari, mungkin kita boleh sampai ke matahari dalam beberapa saat sahaja apatah lagi jika kita mahu balik kampung dari Kuala Lumpur ke Tapah; sebagai contoh. Tetapi bayangkan jika jarak A dan B tadi adalah sejauh Bumi ke galaksi lain yang mengambil jarak berdekalion-dekalion kilometer! Inilah masalah yang ditimbulkan di atas tadi. Jadi bagaimana? Mustahil?Sebenarnya, terdapat satu cara lain di mana kita dapat pergi di antara kedua titik itu, malah lebih pantas lagi!
Apabila anda berurusan dengan ruang masa dan anda memiliki kemampuan untuk menjana medan graviti yang kuat, cara yang terpantas untuk pergi dari titik A ke titik B ialah dengan menyimpang atau membengkok atau melengkungkan seterusnya memampatkan ruang masa antara kedua titik tadi; membawa kedua titik tadi lebih dekat bersama. Teorinya, lebih kuat medan graviti yang anda jana, lebih besar pembengkokan dan pemampatan ruang masa seterusnya lebih dekat pula jarak kedua-dua titik itu!
Banyak di antara kita memikirkan ruang masa adalah kosong ataupun tidak mengandungi apa-apa material tetapi ingat, ia tidaklah terlalu lama apabila manusia menimbangkan udara di dalam atmosfera adalah kosong atau hampa belaka. Lama kelamaan kita mulai sedar tentang komponen dan sifat-sifat yang ujud di dalam atmosfera kita. Sesungguhnya, ruang masa adalah satu entiti di mana satu daripada sifatnya ialah ia dapat dibengkok atau dilengkungkan oleh medan graviti.
Kita tahu yang graviti membengkok/melengkungkan ruang dan cahaya berdasarkan fakta yang kita mampu untuk melihat bintang-bintang yang mana kita tahu ia dihalang dari pandangan kita oleh saiz matahari. Kita menggunakan radio dan teleskop optikal untuk memetakan bintang-bintang dan jasad-jasad langit yang lain ketika bumi mengorbit mengelilingi matahari, jadi kita tahu di mana jasad-jasad langit ini berada. Ketika matahari berada di antara kita dan bintang, banyak kali para pengkaji melihat bintang-bintang ini berada di posisi berlainan.
Kita tahu yang graviti melengkungkan masa dengan fakta yang apabila kita meletakkan dua alat (biasanya jam atom yang paling tepat) yang mana dapat mengukur variasi minit dalam sesuatu masa, dan kita letakkan satu di suatu tempat pada paras laut dan satu lagi pada tempat yang mempunyai altitud yang tinggi sebagai contoh gunung Kinabalu, dan apabila kita membandingkan kedua-duanya, di sana menunjukkan masa-masa yang berbeza! Perbezaan dalam bacaan masa ini disebabkan fakta bahawa medan graviti adalah lemah apabila semakin jauh dari puncanya, di mana dalam kes ini punca graviti adalah bumi. Jadi jam atom yang diletakkan di gunung Kinabalu terdedah kepada kuasa graviti yang kurang berbanding jam atom yang di letakkan di paras laut. Jam atom biasanya digunakan untuk ujikaji ini dan jam atom yang terkini dikatakan tidak merubah lebih daripada 1 saat di dalam setiap 1 juta tahun! Betapa unggul dan tepat, sekadar untuk kita berfikir. Jadi, kesan medan graviti pada ruangmasa adalah sesuatu yang kita telah pun saksikan tetapi tidak bereksperimen dengannya. Ini adalah kerana kita tidak mampu menjana walau satu pun medan graviti sendiri (dengan selama ini dimanjakan dengan graviti bumi).
Sehingga sekarang ini, jisim-jisim besar seperti sebutir bintang, planet atau bulan menjadi punca yang terhad untuk menyedari kehadiran medan graviti. Oleh itu, sebagaimana medan graviti yang mengelilingi jisim-jisim besar seperti planet, bintang dan lainnya akan melengkungkan ruangmasa, apa saja medan graviti, sama ada secara semula jadinya wujud atau dijana, akan melengkungkan ruangmasa di dalam cara yang sama. Ini dapat dibuat dengan menjana satu medan graviti yang kuat dan menggunakan medan ini untuk membengkok/melengkungkan ruangmasa, membawa dari punca medan ke sesuatu destinasi dan membenarkan anda melintasi bertahun-tahun cahaya jarak ruangmasa dalam masa yang singkat dan sudah pasti tidak payah memecut sepantas-pantasnya seperti cahaya! Menariknya, anda bukan sahaja boleh menghidupkan ruang perjalanan luarbiasa ini malah boleh mematikan (ON/OFF) sepertimana jika anda mahu menjana atau tidak sesuatu medan itu. Kita boleh melengkung/membengkuk ruangmasa dan berada sesuatu jarak di antara dua titik di mana kita berada dan titik destinasi. Kemudian kita boleh meletakkan posisi kita di mana-mana yang kita mahu dan berhenti menjana medan graviti... membenarkan ruangmasa berada dalam bentuknya yang asal. Berdasarkan cara ini, kita dapat mengembara pada jarak-jarak yang tersangat jauh dengan sedikit pergerakan linear dan ini adalah bagaimana pembengkokan ruangmasa dapat memendekkan jarak. Sehingga setakat ini, kami menggunakan istilah 'menjana' untuk menerangkan kemampuan untuk menghasilkan medan graviti, tetapi apabila kami tidak sedar apa jua cara untuk mencipta medan graviti daripada tiada, istilah yang lebih tepat ialah 'mencapai dan menguatkan' satu medan graviti. Dan ini adalah apa yang saya maksudkan apabila menggunakan istilah 'menjana'. Untuk memahami bagaimana graviti dijana atau 'dicapai dan dikuatkan', anda mesti tahu dahulu apakah dia graviti sebenarnya. Di sana terdapat dua teori utama berkaitan graviti. Teori Gelombang yang mana menyatakan graviti adalah sejenis gelombang dan teori yang lain adalah satu teori yang menyatakan penglibatan 'graviton', iaitu partikel sub-atom yang membentuk graviti, yang mana seakan-akan tidak masuk akal. Fakta yang menyatakan graviti adalah gelombang disebabkan saintis arus perdana menduga banyak partikel sub-atom yang tidak benar-benar wujud dan ini disebabkan kepayahan dan kekeliruan yang besar di dalam pengajian fizik partikel. Walau apapun, graviti adalah gelombang dan di sana ada dua jenis graviti. Graviti A dan graviti B.
Graviti A bekerja di dalam skala kecil atau skala mikro. Manakala graviti B pula dalam skala besar. Kita sudah biasa dengan graviti B, yang mana ia adalah graviti yang membuatkan kita melekat ke bumi, membuatkan planet-planet mengorbit matahari dan satelit manusia mengorbit bumi. Kita tidak begitu biasa dengan graviti A. Ia adalah satu gelombang graviti kecil yang mana menjadi penyumbang besar dalam daya yang melekatkan 'jisim' yang membentuk semua proton dan neutron.
Anda mesti ada sekurang-kurangnya satu atom bahan untuk menjadi apa yang dikatakan sebagai 'benda'. Sekurang-kurangnya satu proton dan satu elektron dan satu neutron. Apa saja sub-atom seperti upquark dan downquark yang mana membentuk proton dan neutron atau proton-proton atau neutron-neutron atau elektron-elektron... huh... secara individunya bolehlah dipertimbangkan sebagai jisim dan belum lagi sebagai benda sehingga mereka membentuk satu atom. Jadi, itulah mengapa kami katakan yang graviti A memegang bersama 'jisim' atau 'bahan' yang membentuk proton dan neutron. Sekali saja satu atom terbentuk, daya elektromagnet juga satu faktor yang kukuh.
Graviti A adalah apa yang dilabel sebagai 'daya nuklear kuat' di dalam dunia Fizik semasa dan graviti A adalah gelombang yang anda perlukan untuk 'mencapai dan menguat' bagi membolehkan anda menyebabkan ruangmasa membengkok/melengkung sebagai keperluan perjalanan superjauh antarabintang. Untuk lebih jelas, ingat bahawa graviti A bekerja pada skala 'A'tomik atau sebenarnya sub'A'tomik dan graviti B adalah gelombang graviti 'B'esar yang bekerja pada jasad-jasad besar. Walau bagaimanapun, jangan membuat kesilapan pada anggapan saiz gelombang dengan kekuatannya, kerana graviti A adalah lebih kuat dayanya daripada graviti B. Anda dapat memecahkan graviti B dengan mudah dengam melompat-lompat terkinja-kinja seperti beruk dapat bunga. Huhuhu... jadi ini bukanlah satu medan graviti yang kuat.
Mencari graviti A tidak menjadi masalah kerana ia dapat ditemui di dalam nukleus setiap atom dari setiap benda dalam dunia ini, baju yang anda pakai, seluar, handphone baru anda, komputer ini, nasi goreng di dalam perut anda, apa saja, malah kucing anda sekalipun mempunyai sumber graviti A ini untuk memungkinkan perjalanan antarabintang anda. Akan tetapi... tetapi lagi... ya tetapi, mencapai graviti A di dalam element semulajadi di bumi adalah satu MASALAH yang BESAR. Serta, secara faktanya, kami tidak sedar terhadap apa saja jalan untuk mencapai gelombang graviti A menggunakan apa saja element-element di bumi, sama ada secara semulajadi atau secara sintesis dan disini mengapa...kita telahpun belajar bahawa graviti A adalah daya yang besar, yang memegang bersama jisim yang membentuk proton dan neutron dan partikel sub-atom yang lain. Ini bermakna yang graviti A dimana kita cuba untuk mencapainya adalah sebenarnya tidak boleh dicapai kerana ia terletak di dalam benda, atau sekurang-kurangnya di dalam benda di dalam dunia kita hari ini.
Huhuhu... adakah impian kita untuk melancong ke galaksi Andromeda (sebagai contoh) terkubur? Nanti dulu... bumi bukanlah mewakili apa jua benda dalam semesta raya ini. Zat yang berbaki selepas penciptaan satu sistem solar adalah bergantung kepada penyumbangan faktor-faktor yang hadir ketika penciptaan sistem solar. Ini adalah benar sama ada anda percaya yang asal-usul alam semesta adalah satu situasi evolusi atau disebabkan satu kuasa lain (Tuhan sebagai contoh). Dua faktor penting yang mana menentukan apa jua zat berbaki selepas penciptaan suatu sistem solar: jumlah tenaga elektromagnet dan jumlah jisim semasa ketika penciptaan sistem solar. Sistem solar kita mempunyai satu bintang, ia adalah matahari. Tetapi majoriti sistem solar di dalam galaksi bimasakti kita adalah berpasangan dan sistem bintang yang berganda-ganda yang mana memiliki lebih dari satu matahari.
Secara faktanya, banyak sistem solar tunggal mempunyai bintang-bintang yang lebih besar dari matahari kita. Dan ingat, ia seharusnya ternyata memang besar, sistem bintang tunggal, sistem bintang berpasangan atau sistem bintang berganda mempunyai lebih dari jisim yang diperlukan dan tenaga elektromagnet semasa ketika penciptaannya. Saintis mempunyai teori yang berjela-jela di mana di sana mempunyai potensi kombinasi proton-proton dan neutron-neutron yang mana menyediakan element yang stabil dengan nombor atom yang amat besar daripada apa yang muncul dalam Jadual Berkala kita, walaupun tidak satu pun element-element berat ini terjadi secara semulajadi di dalam bumi. Sesetengah element lebih berat daripada uranium terjadi di dalam bumi di dalam jumlah yang dapat dikira, tetapi untuk bahagian yang besar, saintis mensintesis element berat ini di dalam makmal. Secara amnya, kestabilan element sistesis ini, element berat ini, berkurang sebagaimana nombor atom mereka bertambah. Walau bagaimanapun, ujikaji makmal untuk kajian ion berat di Jerman menunjukkan ini adalah benar pada titik tertentu sebagai separuh hayat untuk element 109 lebih lama dari element 108. Ini menunjukkan yang mereka mungkin menjadi satu kehadiran 'pulau kestabilan' dalam Jadual Berkala. Hujahnya ialah fakta yang pemerhatian dan teori kita adalah tepat dan fakta yang mana element stabil yang lebih berat dengan nombor atom lebih besar, lebih banyak proton, neutron dan elektron daripada apa jua element bumi yang wujud. Sehingga setakat ini dalam sejarah, tiada saksi fizikal untuk membuktikan ini... kecuali beberapa organisasi rahsia dan operasi sulit beberapa negara.
Hubungan yang paling penting bagi element stabil dan lebih berat ini adalah gelombang graviti A amat melimpah-ruah di mana sebenarnya melebar melepasi perimeter atom tersebut. Element ini mempunyai graviti A nya yang tersendiri meliputi sekelilingnya, sebagai tambahan kepada gravity B yang sememangnya meliputi setiap benda. Tiada atom yang terjadi secara semulajadi di bumi mempunyai cukup proton dan neutron setakat ini untuk tumpukan graviti A melepasi perimeter atom jadi kita dapat mencapai ia. Walaupun jarak gelombang gravity A melepasi perimeter sesuatu atom adalah tidak terbatas, ia boleh dicapai dan mempunyai amplitud, panjang gelombang dan frekuensi, sama seperti gelombang-gelombang yang lain contohnya ombak di Pantai Cinta Berahi (opps..Pantai Cahaya Bulan...sudah tukar daa) atau lebih tepat di dalam spektrum elektromagnetik. Sekali anda dapat mencapai/mengakses gelombang graviti A, anda akan dapat menguatnya sama seperti gelombang elektromagnet yang lain.
Dan apa yang dikatakan oleh Albert Einstein tentang kelajuan cahaya tidak semestinya betul.
0 komen: