Orang Yahudi Malaysia
adalah sebuah istilah yang dirujukkan pada orang Yahudi yang tinggal di
Malaysia, atau yang berasal dari negara itu. Mereka kebanyakannya
tinggal di negeri Pulau Pinang, tetapi mereka dapat dijumpa di
tempat-tempat lain di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur dan Melaka.
Orang Yahudi Malaysia kebanyakannya dari Yahudi Timur (kebanyakan mereka
adalah Yahudi Baghdad), dengan yang lainnya Yahudi Eropah (Yahudi
Ashkenazi) dan kemungkinan Yahudi Cina, yang melarikan diri dari
Kaifeng, China, sewaktu pengambil alihan Komunis pada tanah besar China
dari Chin Nasionalist pada 1949.
Perhubungan pertama antara masyarakat
Yahudi dan masyarakat di Malaya (yang kemudiannya dikenali sebagai
Malaysia) bermula di sekitar kurun ke 9 yang bermula di Lembah Bujang
dan kemudiannya pada kurun ke 18 di Bazaar Kosmopolitan di Malaka.
Kemunculan Yahudi Baghdad di Penang kemungkinan besar berlaku adalah
disebabkan kemajuan perniagaan dan perdangangan yang diuruskan oleh
British pada sekitar kurun ke 19. Keadaan ini telah mempengaruhi
saudagar-saudagar Yahudi seperti Sassoons dan Meyers dari
India. Ada juga yang mengatakan terdapat penghijrahan secara
beramai-ramai pada skala yang besar Yahudi dari Empayar Uthmaniah dari
Provinis Baghdad ketika pemerintahan Daud Pasha dari tahun 1817-1831.
Yahudi yang pertama telah tiba dan mendiami Malaya adalah Ezekiel Aaron Menasseh.
Beliau telah berhijrah dari Baghdad dan tiba di Malaya pada tahun 1895.
Menurut sumber, Manasseh mengamalkan kehidupan dan budaya Yahudi selama
30 tahun sehingga selepas Perang Dunia Yang Pertama. Ketika itu,
bilangan populasi masyarakat Yahudi yang berhijrah dan mendiami Malaya
semakin meningkat. Ketika Jepun menyerang Malaya, masyarakat Yahudi
telah dipindahkan ke Singapura dan sebilangan telah dibunuh dan
dikebumikan ketika pendudukan Jepun di Malaya dan Singapura. Selepas
penjajahan Jepun, majoriti masyarakat Yahudi Malaya telah berhijrah ke
Singapura, Australia, Israel dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1963 hanya
terdapat sekitar 20 keluarga yang tinggal di Malaysia.
Rumah ibadat Yahudi (Synagogue) di Penang
terletak di Jalan Nagore telah ditutup pada tahun 1976. Penutupan ini
adalah disebabkan masyarakat Yahudi yang pada ketika itu tidak dapat
melakukan ibadat Minyan, di mana terdapat seramai 10 orang lelaki
berkumpul untuk beribadat secara beramai-ramai. Kini, dianggarkan
terdapat 100 orang Yahudi di Malaysia dan kebanyakkan mereka adalah
pelarian dari Russia. Kebanyakkan dari mereka telah berhijrah ke negara
lain disebabkan oleh semangat Anti-Semetik yang kuat dan polisi
anti-israel yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia yang bermula sejak
tahun 1970.
Jalan Yahudi (Jew Road) di Penang dimana
terdapat majoriti masyarakat Yahudi yang mendiami kawasan tersebut telah
ditukarkan nama kepada Jalan Zainal Abidin. Keadaan ini telah
menyebabkan entiti Yahudi yang ada hilang. Kini legasi yang tinggal dari
masyarkat Yahudi di Malaysia hanya Tanah Perkuburan Yahudi dan Rumah
Ibadat Synagoggue yang tidak digunakan lagi.
Keturunan masyarakat Yahudi Malaysia yang
tinggal kini menetap di Singapura, Australia, Kanada, New Zealand,
United Kingdom dan Amerika Syarikat (terutamanya di New York) dan
bilangan populasi mereka sehingga kini tidak diketahui. Majoriti
masyarakat Yahudi Malaysia berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan juga ada juga yang boleh berkomunikasi di dalam bahasa
Yiddish, Parsi, Hebrew dan juga Bahasa Arab.
Tanah Perkuburan Yahudi di Penang telah
diwujudkan pada tahun 1805 dan adalah dipercayai merupakan tanah
perkuburan Yahudi yang tertua di Malaysia. Ianya berukuran 38,087 kaki
persegi dan terletak di Jalan Zainal Abidin (sebelum ini dikenali
sebagai Jalan Yahudi). Jalan ini merupak jalan kecil yang terletak di
antara Jalan Burmah dan Jalan Macalister di Geroge Town. Kubur tertua
bertarikh 9 Julai 1805 yang juga dipercayai kubur tertua di Tanah
Perkuburan Yahudi itu. Kubur yang dimiliki oleh Puan Shoshan Levi.
Dianggarkan terdapat 106 buah kubur dan kubur yang paling baru dibina
adalah pada tahun 1978. Boleh dikatakan, tanah perkuburan ini dibina
khusus untuk maysarakat Yahudi di sini. Walllahu’ A lam.
0 komen: