
Perpecahan  orang-orang Melayu bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu  pertama,perpecahan politik dan yang kedua-perpecahan pengamalan  agama.Kedua faktor ini dijadikan senjata oleh mason-mason tidak kira  yang Melayu atau bukan Melayu untuk memecahbelahkan bangsa ini yang  diketahui majoritinya menganut agama Allah.Serangan dijalankan dalam  pelbagai cara,jika ada ruang kosong,mereka akan mencelah.
Kemudian para mason ini akan memulakan permainan.
"Jus Soli"

Jangan kau tanyakan aku erti bangsa
nanti aku akan suapkan kau 
maksud berbilang etnik dan faham agama
Jika kau berikan aku erti harmoni
nanti akan aku ajarkan kau erti rasis
prejudis dan kauvinis
biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal
jangan kau tanyakan aku persefahaman antara agama
nanti kau tuduh aku jumud dan kolot
jangan kau paksa aku sentuh tentang
Palestin dan Iraq
nanti kau kata aku pembela keganasan
biar
biar saudara perempuanku dirogol setengah mati
biar
biar saudara-saudaraku dibunuh satu-persatu
dipenjara, dicabul maruah dan pegangan agama
aku tidak boleh menyebut nama mereka sedikitpun
mahu aku tersenyum
dan kata 
"itu urusan mereka"
jika membalas
aku dicop pengganas
belum aku ajar kau makna diskriminasi
nanti kau terjangkit terkedu membusung
lantas aku racun kau dengan maksud realpolitik
biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal
Jangan tanya aku
erti persefahaman kaum
jika mereka duduk ramai-ramai 
di tanah pusakaku
dan esok lusa
anak cucu mereka
menghalauku
Tiada gunanya kau bertanya
Selagi kau letakkan Tuhan dibelakangmu
Muhammad di kakimu
Rela berdiri di depan muncung Coca-cola
dan mati atas nama demokrasi
Untuk  mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan umat Islam di Malaysia  khasnya umat Melayu,kita kena mengkaji keseluruhan senario yang terjadi  di sini.Ini penting sebelum siapa-siapa yang ingin mengaku pejuang Islam  atau mahu memperjuangkan agama berangkat mahu ke medan perang.Jika  tidak,para pejuang ini akan mati akibat tertusuk pedang rakan  sendiri,atau mati terkena peluru sesat atau lari dari medan perang  akibat terkeliru atau mengelirukan diri sendiri.
Ada  yang mengaku memperjuangkan agenda Islam,tetapi bila dilepaskan ke  medan yang lebih luas mula terkeliru dan mengalami kejutan  budaya.Anehnya,mereka mula mengalami perasaan 'inferior' terhadap Islam  dan akhirnya mengikut telunjuk musuh-musuh Islam.Walhasilnya,mereka  berjaya dalam perjuangan mengelirukan diri sendiri.Ada yang mengaku  pendokong visi dan misi Islam namun hanya gah di pentas-pentas  formal.Mereka berani menunjukkan muka di pentas-pentas ceramah dan  seminar di sekolah-sekolah dan universiti.Segalanya formal dan hubungan  antara sesama juga formal sehingga susah untuk orang yang didakwahkan  itu menemuinya.Mereka berani berceramah dalam keadaan audiennya menekur  mendengar tanpa banyak soal.Malah audien juga hadir atas dasar terpaksa  dan memenuhi syarat sahaja.Habis ceramah,isi ceramah masuk telinga kiri  keluar telinga kanan.Ada yang mengaku sebagai pendakwah tetapi tidak  mahu memahami sensitiviti masyarakat setempat dan mahu meninggikan ego  sendiri sahaja.Islam dijadikan sebagai pekerjaan dan sumber rezeki  sahaja.Apa yang terjadi pada generasinya dia tidak ambil pusing yang  penting elaun ceramah masuk poket dan cukup bulan kerajaan masukkan  gajinya dalam bank.
Untuk tujuan muhasabah diri dan menyusun strategi,kita kena jujur.Fikiran kena terbuka dan positif.
Kita  kena hindarkan diri menjadi seperti sesetengah orang dalam jemaah  Tabligh menganggap saudara dalam Pas berada dalam jalan tidak betul  kerana bergelumang dengan politik.Saudara-saudara yang keliru itu kena  sedar,dari sejak mula jemaah ini bertapak di Malaysia sehingga kini  berapa peratuskah usaha itu dapat menggerakkan sekurang-kurangnya hukum  Qisas ditegakkan dalam perundangan Malaysia?Dakwah itu penting,namun  politik itu juga penting sebab itu nabi Muhammad s.a.w terpaksa  berhijrah ke Madinah untuk MENUBUHKAN NEGARA ISLAM kerana politiklah  dapat membawa hukum Allah s.w.t ke dalam sistem perundangan.Jika nabi  berdakwah sahaja di Mekah,alamat 100 tahun pun keadaan Islam macam itu  sahaja.Pi mai pi mai tang tu,kerana orang yang memegang kuasa di Mekah  adalah kaum Musyrik.Mungkin boleh berjaya,tetapi memakan masa yang amat  lama dan korban yang bukan sedikit.Nabi bukan semata-mata pendakwah  tetapi juga ahli politik dan jeneral perang.JIka hendakkan nabi yang  betul-betul berdakwah sahaja kerjanya,boleh ambil contoh nabi Isa  a.s.Nabi Isa a.s kerjanya berdakwah sahaja.Beliau tidak mempunyai negara  atau satu batalion pun tentera untuk mempertahankan hukum  Allah.Akhirnya beliau diancam oleh tentera-tentera Pilatus Rom tanpa ada  sedikit kekuatan pun melainkan rahmat Allah s.w.t.
Dan  kita jangan menjadi sesetengah orang dalam Pas yang memandang hina  jemaah Tabligh.Apabila jemaah ini datang ke masjid atau surau,ada  saudara dalam Pas sendiri yang menghalau mereka,padahal mereka ingin  berziarah dan menyenangkan usaha saudara dalam Pas untuk memahamkan  masyarakat tentang agama.Mengapa dalam kepala mereka penuh pandangan  negatif tentang usaha dakwah.Sesetengah saudara dalam Pas terlalu asyik  berpolitik sehingga lupa akan tujuan sebenar mereka membawa politik  Islam.Mereka ingin tegakkan hukum Allah tetapi majoriti umat Islam tidak  faham Islam,bagaimana mereka mahu menegakkan politik Islam?Mereka telah  membuat kerja yang menyusahkan diri sendiri.Mereka MUNGKIN BERJAYA TETAPI MENGAMBIL MASA YANG AMAT LAMBAT DAN MEMAKAN KORBAN YANG BUKAN SEDIKIT.Bukankah  mudah jika Pas datang kepada orang yang faham kalimah "Lailahaillallah'  lantas menerangkan tentang konsep kenegaraan Islam,agak-agak adakah  orang tadi bersetuju atau tidak?
Kita kena faham senario.Jangan duduk di dalam tempurung ego sendiri.Jangan buta dan taksub semata.
Di  dalam medan peperangan ini terdapat berbagai-bagai ragam  manusia.Berbagai-bagai pemainnya.Terdapat golongan Islam  Liberal,Sekular,Materialis,Kauvinis,Sosialis serta Non-Muslim.Di sana  juga berkeliaran para Orientalis,Konspirator dan pejuang agama  lain.Mereka ini ada yang menubuhkan NGO-NGO,pertubuhan sehingga ada yang  mempunyai parti politik sendiri.Organisasi mereka mempunyai dua  cabang;politik dan propaganda.Dalam istilah Islamik,organisasi mereka  mempunyai bahagian siasah dan usaha dakwah.Bahagian politik mereka  digunakan untuk berjuang meminda undang-undang yang memberi kelebihan  kepada Islam kepada undang-undang yang menafikan hak Islam dan memberi  kelebihan pula kepada mereka.Bahagian politik mereka juga digunakan  untuk menghapuskan undang-undang syariah dan berusaha menghapuskan  identiti Islam.Contoh,menghapuskan tulisan jawi/arab dan kod pakaian  menutup aurat.Mereka berusaha menghapuskan syiar-syiar Islam seperti  azan dengan pelbagai alasan,selalunya menyentuh hak asasi manusia.TUJUAN TERAGUNG BAHAGIAN POLITIK MEREKA ADALAH UNTUK MENGAMBILALIH PEMERINTAHAN MALAYSIA DARI TANGAN ORANG ISLAM.Jadi  semua orang yang ingin mengaku pejuang Islam kena ingat baik-baik  masalah ini.Kena FIKIR DAN RISAU masalah ini bersama disamping fikir dan  risau yang lain.
Bahagian usaha dakwah mereka  pula (propaganda) merangkumi NGO-NGO dan media.Mereka selalu mengadakan  seminar,forum,bengkel dan ceramah yang selalunya ditutup dengan nama hak  asasi dan keadilan.Ini belum lagi masuk topik usaha dakwah dari  mubaligh agama.Lagi bermacam-macam usaha dakwah mereka.Kaji bagaimana  usaha mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak.Antara mangsa yang menjadi  pencacai mereka adalah golongan Islam Liberal.Golongan ini menjadi kuli  untuk menyebarkan dakwah memburuk-burukkan sistem Islam dan  undang-undangnya.Mereka sanggup menulis artikel memburuk-burukkan  Rasulullah s.a.w dan undang-undang Syariah.Antara usaha terhebat mereka  setakat ini adalah mengadakan seminar Inter-religious Faith.Luarannya  mereka mengatakan ingin mencari titik temu dalam agama-agama tetapi  sebenarnya titik temu itu dicari dengan menghancurleburkan agama  Islam.Saudara dalam Pas,Umno dan PKR kena faham masalah ini jika masih  teringin untuk menghidu bau syurga Allah.
Ingat,Allah  Azza wa Jalla tidak rugi apa-apa jika hukum-Nya tidak ditegakkan.Yang  rugi adalah kita.Kita mungkin selamat di dunia,tetapi di akhirat...

Walau  apa pun latar belakang para pejuang Islam,dari sekolah pondok,dari  universiti (UIA misalnya),dari Maahad atau sekolah agama rakyat atau  negeri atau dari jemaah-jemaah seperti Tabligh,mereka mesti menjadikan  contoh negara Islam Madinah yang diusahakan Rasulullah s.a.w sebagai  model ikutan.Model negara Islam Madinah terdiri dari bahagian Politik  dan bahagian Usaha Dakwah.Politik digunakan untuk melindungi maruah  orang Islam,perundangan Islam dan syiar-syiarnya.Manakala Usaha Dakwah  adalah untuk mentarbiah dan menyebarkan ajaran Islam disamping  mengekalkan penghayatan Islam dalam diri semua orang Islam.Pejuang Islam  yang meninggalkan salah satu dari dua konsep ini,akan menghadapi  kesusahan yang dasyat.Kepayahan yang berat dan silap haribulan,akan  sesat dalam perjuangan dan terkeliru.
Ingat,Rasulullah  s.a.w mampu menghantar keluar dua jemaah;satu jemaah keluar di jalan  Allah untuk berdakwah.Dan satu lagi jemaah keluar di jalan Allah untuk  berperang mempertahankan maruah agama.
Dan jemaah kedua tidak akan dicapai jika tidak dengan jalan politik.
Fikirkan  adakah nabi Isa a.s mampu menghantar jemaah perang mempertahankan  risalah wahyu yang dibawanya?Akhirnya pengikut-pengikutnya ditangkap  oleh tentera Pilatus dalam keadaan lemah dan tidak melawan sedikit pun  akibat nabi Isa a.s tidak memegang peranan sedikit pun dalam politik Rom  yang menjajah Palestin ketika itu.
Nabi Isa a.s tidak mampu menghantar jemaah kedua.Tetapi Nabi Muhammad s.a.w mampu.
Sebab  itu agama Islam telah disempurnakan oleh Allah Yang Maha Perkasa.Sistem  Islam sesuai untuk setiap masa dan keadaan.Hanya sesetengah orang Islam  sendiri yang tidak yakin.
Kita lihat senario  umat Islam di Malaysia.Secara jujur,politik Islam khasnya Melayu  dipegang oleh Umno.Umno umumnya terdiri daripada orang-orang Melayu  beragama Islam.Ketika peralihan kuasa antara kerajaan British dan  pemimpin Umno,British segera mengadakan usaha untuk menetapkan  perundangan Malaysia berdasarkan perundangan sekular.Pemimpin Umno dan  majoriti orang Melayu menerima kerana kita kena faham bahawa yang  penting dalam kepala mereka adalah MERDEKA.Soal perundangan perkara  kedua,padahal inilah racun yang mahu disimpan oleh British.Kita juga  kena maklum setelah sekian lama khilafah Islam tumbang, fiqh kenegaraan  Islam telah dilupakan oleh ramai umat Islam.Begitu juga orang-orang  Melayu yang sekian lama dijajah sudah tentu tiada pengetahuan atau  pengalaman dalam menjalankan undang-undang Islam.Apatah lagi para  pemimpin Umno ini yang majoritinya mendapat pendidikan Barat.Sudah tentu  mereka tidak faham atau tidak tahu-menahu langsung tentang konsep  negara Islam.Namun sesetengah orang Islam yang faham terutamanya  golongan ulama bangkit untuk menegakkan undang-undang Islam.
Maka lahirlah Pas.
Ketika itu jemaah Tabligh pun masih kecil atau mungkin tiada langsung dalam kamus orang-orang Melayu.
Jadi  kita kena faham senario ini.Umno terdiri dari orang-orang Islam yang  tidak faham atau tiada pengetahuan tentang konsep kenegaraan Islam.Pas  terdiri dari ulama-ulama yang faham tentang konsep kenegaraan Islam.Jadi  antara cadangan untuk menyelesaikan masalah ini ialah PAS KENA BAGI FAHAM KEPADA UMNO TENTANG KONSEP KENEGARAAN ISLAM.Bukan  menjauhi mereka atau memakihamun mereka.Kesian Umno,sudahlah buta dan  pekak,kemudian dimarahi dan dimakihamun pula.Makin jauhlah mereka dari  kefahaman Islam.
Umno umumnya menganut politik  sekular.Sekular ialah satu faham yang memisahkan agama dari  politik.Maksudnya tiada undang-undang Islam.
Jadi  Pas kena pujuk saudara dalam Umno untuk masukkan agama dalam  politik.Biar politik yang kotor itu dicuci dengan kemuliaan agama.Kena  sabar memimpin saudara dalam Umno yang dibutakan penjajah.Umno ibarat  orang buta.Pas kena pimpin.Bukan memakihamun Umno yang teraba-raba tadi.
Dalam  hal ini,siasah Pas kena bijak.Kemahiran komunikasi atau 'public  relation' Pas kena berhikmah.Kena yakinkan bahawa dengan amalkan Islam  tidak akan memiskinkan pemimpin Umno.Islam tidak tarik banglo dan  Mercedes mereka.Malah Allah s.w.t akan tambah keberkatan pada harta  mereka kerana mereka melaksanakan Islam dalam politik.Pas jangan  terikut-ikut amalan politik Timur Tengah,Pakistan atau India.Manusia di  sana memang berjiwa kasar dan keras.Sebab itu banyak perpecahan umat  Islam di sana sehingga berbunuh-bunuhan.TETAPI ORANG MELAYU INI JIWANYA LEMBUT.Mereka  mudah tersinggung dan berkecil hati.Tetapi jika Pas pandai berdiplomasi  tidak mustahil Dr. Mahathir atau Najib sendiri akan menjadi pembela  agama Allah yang tegas.Lihat,mereka tegas mempertahankan undang-undang  sekular kerana tidak tahu fadhilat dan keberkatan dalam undang-undang  Islam.Pada kefahaman mereka undang-undang sekular memberikan mereka wang  dan harta di dunia.Namun jika mereka tahu betapa besar ganjarannya  melaksanakan undang-undang Islam,di mana di dunia mereka sudah pasti  rezeki mereka dijamin Allah (sememangnya Allah yang memberi mereka  rezeki setiap hari) dan di akhirat Allah Yang Maha Pemurah akan membayar  mereka dengan syurga yang di bawahnya sungai-sungai  mengalir.Subhannallah.Mereka berhak dan mudah mendapatnya kerana mereka  pemimpin.Itu bezanya golongan pemimpin dan dipimpin.Pemimpin yang  menjalankan hukum Allah adalah PEMILIK ISTANA DI SYURGA bersama-sama  orang-orang lain yang dimuliakan Allah Yang Maha Pemurah.
Itupun selagi masih ada iman dalam dada mereka.
Di  dalam Islam yang diamalkan oleh orang-orang Islam Malaysia khasnya umat  Melayu juga cuba dipecahbelahkan oleh anasir-anasir luar.Inilah  strategi yang digunakan orientalis untuk mewujudkan firqah-firqah dalam  organisasi Islam.Untuk memecahkan umat Islam dalam persoalan akidah amat  sukar tetapi dalam perkara cabang memang bukan perkara  mustahil.Kebanyakan umat Islam berbalah sesama sendiri bukan pada  persoalan besar seperti kerasulan nabi Muhammad tetapi perkara-perkara  remeh temeh seperti baca Yassin pada khamis malam jumaat atau sambutan  maulidurrasul.Perbalahan ini menjadi besar sehingga sanggup berbunuhan  sesama sendiri seperti di luar negara.Ini belum lagi dengan fahaman  Syiah.Kita sudah maklum bahawa Syiah ini memang sesat kerana kesalahan  mereka mengedit hukum agama mengikut sesuka hati mereka serta  menambah-nambah hadis ciptaan sendiri.Yang bagusnya,umat Islam di  Malaysia tidak cepat terpengaruh dengan Syiah,tidak seperti umat Islam  di negara-negara lain.Mengapa?
Kita  kena faham faktor kronologi dan dari mana punca perpecahan umat  Islam.Islam sampai di Nusantara melalui pendakwah yang terdiri dari  zaman Sahabat,Tabi'in dan selepasnya,di mana konsep Islam ketika itu  boleh dikatakan suci dan masih tidak tercemar.Punca perpecahan umat  Islam bermula di Timur Tengah dan sekitarnya sehingga menjangkau India  juga, dengan kemunculan pelbagai puak agama yang mereka-reka fahaman  agama sendiri,terutamanya bermula selepas berakhirnya zaman  Salafussoleh.Ini bermakna Islam di Nusantara masih suci dari bermacam  pengaruh ajaran baru dalam agama.Jadi fahaman-fahaman yang muncul  terkemudian ini di Nusantara khasnya Malaysia datang dari orang  luar,contohnya pedagang India Muslim atau orang Arab terkemudian dan  juga dari ORANG-ORANG MELAYU YANG MENUNTUT ILMU DI SANA.
Pegangan  konsep agama yang kuat telah membenteng umat Islam Melayu khasnya dari  ajaran-ajaran yang terang-terang sesat seperti Syiah dan ajaran Ayah Pin  tidak kira orang Umno dan Pas.Dalam hal ini,kefahaman mereka (Pas &  Umno) agak cemerlang.
Namun orang luar dan para penuntut dari negara luar masih tidak faham senario masyarakat di sini.
DARI SINILAH PUNCA ISTILAH WAHABI DAN SEANGKATAN DENGANNYA.
Kita  ambil contoh senario seorang pelajar Melayu yang belajar ilmu di Timur  Tengah.Apabila pulang ke kampung,setelah bertahun-tahun belajar,dia  telah mengambil keputusan menghapuskan majlis baca Yassin pada malam  jumaat kerana baginya itu adalah bida'ah dan Nabi tidak pernah buat  amalan itu.Tidak ada hadis atau dalil mengatakan pada malam jumaat ada  baca Yasin.Puas dia bertekak dengan imam kampung dan jemaah surau.Dia  pun mengeluarkan segala dalil dan hadis dan bermacam-macam lagi yang  membingungkan orang-orang tua kampung.
DISINILAH KESILAPAN PELAJAR ITU.Sebenarnya  dia tidak perlu bertengkar mengenai hal-hal yang kecil seperti itu.Ini  adalah kajian kes.Jika para ulama dapat menyelesaikan masalah ini maka  masalah lain dapat diselesaikan.
Ulama Melayu mengadakan majlis bacaan Yassin itu hanyalah KAEDAH DAKWAH  mereka untuk menarik orang kampung datang ke surau dan masjid.Biasanya  selepas bacaan Yassin,orang kampung akan dijamu dengan jamuan  kecil.Bukankah ini akan melembutkan hati mereka supaya dekat pada  agama?Ini sama seperti ulama India atau Urdu yang mengadakan majlis  Tasykil atau Bayan dan selepas itu ada majlis makan-makan.Setiap ulama  di negara masing-masing ada kaedah dakwah mereka yang tertentu.
Dalam  seminggu orang kampung tidak buka AlQuran,sekurang-kurangnya malam  jumaat mereka buka kitab,baca Yassin.Ini adalah kaedah dakwah  ulama-ulama Nusantara.Tidak perlu bertegang leher keluarkan dalil-dalil  dan hujah.Memang tiada hadis nabi yang suruh baca Yassin malam  jumaat.Noktah.
Tidak ada salahnya mengadakan  majlis baca Yassin.Haramkah?Sampai menuduh orang lain sesat.Yang salah  ialah mengatakan ada hadis yang suruh buat majlis baca Yassin.
Jangan keliru.Ini hanyalah KAEDAH DAKWAH.Kaedah  dakwah yang sudah bersebati dengan jiwa umat Islam Nusantara sehingga  menjadi amalan.Bayangkan,ulama nusantara berjaya mendakwahkan orang  Melayu supaya membaca AlQuran sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Ini  samalah seperti orang yang bertekak dan bertegang leher mengatakan  sambutan maulidurrasul adalah bida'ah dan sesat.Ada yang mengatakan ia  amalan Syiah.Orang yang berkata seperti ini biasanya orang yang  mengikuti jemaah-jemaah luar negara seperti dari Arab atau dari  India.Orang seperti ini ada di antaranya tinggi ilmu agamanya dan  menghafal hadis-hadis.Ada yang mengaku menganut ajaran Salafussoleh dan  jalan nabi Muhammad s.a.w yang suci dari perkara yang diada-adakan.
Tinggi ilmu tetapi kurang kepekaan.
Perkara-perkara  kecil seperti itu tidak perlu diperdebatkan malah Islam melarang  penganutnya memperdebat hal-hal agama.Kita lihat dahulu bagaimana  sambutan Maulidurrasul yang umum.Pada hari kelahiran Nabi itu biasanya  surau-surau dan masjid akan mengambil inisiatif mengadakan majlis  memperingati sirah nabi.Majlis akan diisi dengan ceramah atau forum  agama.Selepas itu diadakan majlis jamuan.Bukankah ini sesuatu yang  baik?Mengajak orang mengingati Rasulullah s.a.w?Perarakan Maulidurrasul  adalah perkara yang lain.Itu konteks yang lain.Perkara yang ingin  difokuskan di sini adakah mengadakan majlis ilmu di hari kebesaran Nabi  adakah buruk dan sesat dalam agama?
Jangan  keliru.Yang salah ialah mengatakan ada hadis menyuruh Maulidurrasul  diadakan.Memang tiada hadis atau dalil yang kuat tentang sambutan  Maulidurrasul.Ini hanyalah KAEDAH DAKWAH untuk mengajak umat Nusantara kasih akan Nabi.Salahkah?
Hari ini ada di antara kita yang bencikan Nabi.Sehingga muncul golongan antiHadis dan mengatakan nabi berjanggut macam kambing.
Kesilapan  golongan yang kononnya sebagai Wahabi,Salafi dan seangkatan dengannya  ialah menuduh kaedah dakwah orang lain sebagai sesat tanpa mahu mengkaji  bagaimana amalan itu muncul.Bagaimana pula dengan kaedah dakwah Wali  Songo yang menggunakan kuda kepang mengajak orang ramai kepada  Islam?Mungkin jika dilihat oleh ulama Arab dan India pesta tarian kuda  kepang ini,mereka menyangkakan Wali Songo ini sesat dan kafir!
Lainlah  amalan Maulidurrasul di Malaysia seperti Hari Karbala oleh penganut  Syiah,meratap-ratap dan mencederakan diri sendiri sehingga  berdarah-darah.Ini memang sesat malah memudaratkan diri sendiri.
Orang  yang mempertahankan baca Yassin atau Maulid Nabi tidak perlu keluarkan  hadis atau dalil kerana sememangnya tiada dalil pun.Cukup katakan ia  adalah kaedah dakwah kepada orang yang kononnya amalkan jalan Nabi dan  Sahabat.Bagi mereka faham bahawa di dalam Islam terdapat empat sumber  hukum,bukan semata-mata AlQuran dan Hadis,
1-AlQuran
2-Hadis
3-Qias
4-Ijtihad Ulama
Contohnya  untuk menggubal undang-undang Siber,para pengamal undang-undang Islam  tidak hanya bergantung pada AlQuran dan Hadis tetapi Qias dan Ijtihad  juga kerana komputer tiada di zaman Nabi dan Sahabat.Ini misalan yang  mudah.Dalam kes lain ada ulama yang melarang lampu elektrik dipasang di  dalam masjid kerana berdasarkan Qias/Ijtihad yang salah (masjid nabi  dahulu tiada elektrik,jadi kita tidak boleh ada lampu elektrik  kononnya).
Ulama  India/Pakistan bila datang Malaysia terkejut bila ada majlis baca  Yassin malam jumaat.Ulama Malaysia pula terkejut terdengar istilah  gasyt,karkuzari,tasykil dan bayan bila bertemu ulama Urdu di mana di  zaman nabi malah hadis-hadis tiada pula terdengar perkataan-perkataan  itu.Ulama Arab merasa pelik dengan takbir Hari Raya di sini yang  mendayu-dayu padahal ulama Nusantara tahu takbir di Tanah Arab bernada  keras atau monotone. JIka kedua-dua mereka mengambil sikap dungu dan  kurang matang,mereka akan berdebat hal-hal yang remeh-temeh ini,sehingga  bermasam-masam muka dan menuduh sesat antara satu-sama lain.Jika mereka  saling faham memahami dan bersikap matang,mereka akan faham betapa di  lain tempat,lain KAEDAH DAKWAH yang diusahakan.Lain padang,lain belalang.Semuanya adalah semata-mata untuk mengajak manusia ke jalan Allah s.w.t.
Kata kuncinya ialah KAEDAH DAKWAH.
Sebab  itu tidak perlu memperdebatkan mengapa jemaah Tabligh keluar berdakwah  berdasarkan masa-masa tertentu seperti 1 hari setengah,3 hari,40 hari  atau 4 bulan kerana memang tiada dalil khusus untuk itu,ini hanyalah  KAEDAH DAKWAH dari ulama Nizamuddin di India untuk memudahkan orang  keluar berdakwah berdasarkan keperluan masing-masing.Jika perkara ini  kita masih tidak faham maka makin senanglah orientalis mencucuk-cucuk  jarumnya melebarkan lagi perpecahan sesama kita.Dan kita tidak      semestinya hanya menunggu semua perkara tentang Islam ini datang dari  Arab.Jika KAEDAH DAKWAH itu baik dan sesuai di sini maka apa salahnya  kita amalkan.Bukankah ziarah-menziarahi sambil menceritakan kebesaran  Allah itu adalah sesuatu yang baik dan mulia.
DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN.
DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN.
Mengapa orang-orang Barat berjaya dalam hal-hal keduniaan?Tanpa  kita sedar orang-orang Barat khasnya orang-orang Eropah telah banyak  mengamalkan sunnah nabi dalam hidup mereka.Contoh yang paling besar  ialah kebersihan.Bukankah nabi pernah bersabda bahawa kebersihan itu SEBAHAGIAN IMAN?Juga Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW daripada Ibn Mas’ud:
Mafhumnya:
“Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Dia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.”
Lihatlah  negara 'mat saleh'.Betapa bersihnya tempat mereka.Penampilan mereka  kemas.Sistem mereka tersusun.Bangsa Jepun maju kerana meniru sistem  Barat ketika era Pemodenan Meiji.Sebab itu negara Jepun juga mengamalkan  sunnah 'kebersihan' sehingga gagah dalam teknologi dan perniagaan.Lihat  negara India dan Pakistan.Kita faham mengapa di sana terdapat orang  yang duduk dalam kawasan sampah sebagai tempat tidurnya.Yang kaya makin  kaya,yang miskin makan seperti anjing di kaki-kaki lima.Kanak-kanak  miskin yang selekeh berebut-rebut mengerumuni pelancong.
Lihatlah  negara Finland yang paling rendah kadar rasuahnya.Negara-negara  Skandinavian ini juga adalah antara negara yang paling maju dan kukuh  ekonominya dan negara yang paling aman dan paling selamat untuk diduduki  mengikut kajian antarabangsa.Mereka bukan negara Islam,namun mereka  amalkan sunnah Nabi.Hatta perkara paling kecil iaitu mengadakan garam  ketika hidangan pun membuahkan kejayaan bagi mereka.
Di dalam SUNNAH ADA KEJAYAAN.
Hari  ini setiap amalan sunnah nabi dapat dibuktikan secara saintifik.Dari  konsep keseimbangan cas dalam solat berjemaah,sujud yang mampu  memasukkan darah pada satu titik pada otak,enzim pada hujung jari yang  boleh memudahkan proses penghadaman (amalan menjilat jari),madu,kurma  dan kismis yang banyak manfaat,semua ini telah dikaji oleh ramai  saintis.Dan saintis-saintis Barat ini ada yang memeluk Islam,berlainan  pula dengan orang-orang Melayu yang menjadi Islam Liberal seperti Sister  of Islam yang makin galak mencari apakah lagi isu sensasi yang boleh  merendah-rendahkan agama sendiri.Ini perbezaan orang yang menggunakan  ilmu untuk mencari hidayah Allah dengan orang yang menyalahgunakan ilmu  yang ada.
Orang-orang  Eropah pada masa dahulu amat pengotor.Pada era Zaman Gelap  Eropah,jalan-jalan di bandar Paris dan London amat kotor dengan najis  dan tikus-tikus berkeliaran berbanding dengan kota Baghdad dan kota-kota  Islam lain yang bersih dan terjaga.Namun siapakah yang mengajar  orang-orang Eropah ini supaya berubah?Pertama,orang-orang Eropah yang  pergi menuntut ilmu di kota-kota Islam.Keduanya orang-orang Yahudi yang  mengetahui rahsia kebaikan pada setiap sunnah nabi.Orang-orang Yahudi  ini memang tahu bahawa Rasulullah s.a.w benar-benar nabi akhir zaman  yang dijanjikan tetapi mereka tidak dapat menerima bahawa nabi itu lahir  dari kalangan orang Arab yang dipandang rendah oleh mereka.Mereka ikut  segala kebaikan dari sunnah nabi tetapi mereka tidak mengakui  kerasulannya.Kemudian mereka promosikan amalan hidup yang buruk kepada  dunia luar atau goyyim,padahal pada masa yang sama mereka diam-diam  mengamalkan sunnah nabi.Di Israel,rabbi-rabbi mengharamkan arak,zina dan  daging babi tetapi di sini pernah ada yang ingin membina industri babi  bagi dieksport ke negara China.
Kesimpulannya  setiap orang yang mengaku berjuang atas agama perlu faham senario  keseluruhan sebelum pergi berperang.Tanpa kefahaman yang jelas,mereka  akan keliru dan dikelirukan.Orang yang berjuang di dalam jemaah Tabligh  tidak boleh terkongkong dalam jemaahnya sahaja tanpa perlu mengikuti  politik Malaysia dan dunia.Orang yang berjuang dalam Pas perlu tahu  sepak terajang musuh-musuh Allah supaya tahu siapa kawan siapa  lawan.Saudara-saudara dalam Umno kena ambil inisiatif belajar agama  disamping memahami siapa yang mahu terus menyesatkan Umno supaya jauh  dari agama sendiri.Di dunia mungkin kita lepas tetapi di  akhirat...fikirkan.
Sebagai penutup,mari kita  renung-renungkan,dalam sejarah pemerintahan Islam di seluruh  dunia,begitu banyak orang-orang kafir memberontak dan melakukan  keganasan.Namun ini terbalik bagi orang Islam berada di bawah  pemerintahan orang-orang kafir,orang-orang kafir pula yang melakukan  keganasan terhadap orang-orang Islam.Kita ambil contoh saudara sebangsa  kita di selatan Thai.Adakah mereka gembira dan hidup aman?Lihat  penderitaan orang Islam Cham di era Khmer Rouge di Kemboja.Tanya pula  nasib agama Islam di Singapura?Adakah orang Islam khususnya orang-orang  Melayu selesa mengamalkan Islam di sana?Hari ini kita punya tanah dan  negara.Tetapi esok siapa tahu?Adakah anak cucu kita dapat tinggal di  tanah tumpah darah kita ini?Adakah mereka dapat mewarisinya kelak?Ini  bukan bercakap mengenai kaum tetapi lebih kepada survival Islam.Jika  kafir harbi menaiki takhta pemerintahan Malaysia,cuba tanya diri dengan  jujur adakah mereka dengan senang hati mahu menjaga agama kita di  sini?Malahan isu arak dan babi pun boleh menjadi perkauman padahal  mereka sudah maklum daging babi adalah isu sensitif bagi orang Islam  khasnya Melayu.Fikirkan.
Jika kita rasa orang  kafir boleh membelai dan memanja-manjakan Islam apabila mereka  memerintah,silalah beri takhta kepada mereka.Berikan semua hak  kita,tanah,kedaulatan...apa saja.Biar kita berpecah dan bergaduh sesama  sendiri.Biar kita pupus perlahan-lahan di bumi bertuah ini.Biar kita  lenyap tanpa berbekas nama sekalipun.


 
0 komen: