Khamis, 31 Mei 2012

Mindcontrol James Cameron 4

Kemunculan Order Baru Dunia

Pada tahun 1991 Peperangan Teluk Parsi telah menonjolkan nama Presiden George Bush. Beliaulah orangnya yang mengisytiharkan perkataan Order Baru Dunia setelah Iraq ditumpaskan dan Kuwait dibebaskannya. Beberpa bulan kemudiannya, filem Terminator 2 telah edarkan. Tayangan perdana dilangsungkan pada penghujung minggu Julai 4 (Hari Kemerdekaan Amerika). Keseluruhan kutipan daripada penayangan filem ini termasuk video, TV dan barangan yang menggunakan jenamanya telah mancapai hampir satu bilion Dollar Amerika. Ketika tahun itu menghampiri penghujungnya proses merapatkan dunia semakin ketara apabila persekutuan Soviet Union bercerai-berai.

Sejak itu orang ramai mula sedar akan penonjolan kelengkapan ketenteraan yang menggunakan logo Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Peralatan perang ini yang termasuk kereta kebal, kenderaan pengangkutan tentera, trak dan jip telah diangkut dengan gerabak keretapi untuk dihantar ke beberapa pusat ketenteraan di merata Amerika Syarikat. Ternyata ada sesuatu yang sedang dirancang dan rakyat Amerika sengaja tidak diberitahu akan rencana itu. Aktiviti MK-SEARCH(MK-ULTRA) masih diteruskan pada tahun 1992 walaupun James Cameron sedang bercuti selepas pembikinan filemnya.

Aktiviti MK-ULTRA yang ditamatkan pada 1984 telah membolehkan teknologi yang diselidikkinya itu diambil-alih oleh Jabatan Penyelidikan Tentera Laut Amerika yang terkenal dengan nama U.S Navy's Research and Development. Penyelidikan yang berterusan telah membolehkan pihak Tentera Laut Amerika mereka-cipta satu cara baru mengawal minda dengan penggunaan isyarat microwave yang diatur melalui 300-3000 MHz (Megahertz). Penggunaan teknologi ini secara meluas memerlukan satu antenna gergasi yang mampu memantulkan isyarat itu ke bahagian atas atmosfera dan dari sana isyarat itu dilantunkan balik ke satu lokasi yang tepat di muka bumi. Dengan kerjasama Tentera Laut Amerika, MK-SEARCH telah berjaya melancarkan program baru ini yang dikenali sebagai 'High Altitude Auroral Research Project' atau dikenali dengan singkatan HAARP.

Pada mulanya HAARP telah digunakan untuk mengawal minda sekumpulan manusia di Los Angeles pada empat bulan pertama tahun 1992. Tujuannya ialah untuk menyebabkan tekanan 'stress' ke atas penduduk di situ dan mencetuskan keadaan fikiran yang kacau-bilau. Ketegangan ini memerlukan sebilah mancis untuk digesekkan bagi tujuan memetikkan api. 'Mancis' yang dimaksudkan itu telah menjelma dalam bentuk Kes Penderaan Rodney King (Beliau telah dipukul bertubi-tubi oleh pihak polis:catatan penterjemah). Pada 29 April 1992, empat orang pegawai polis yang telah dirakam melalui video sedang memukul Rodney King setahun sebelum itu telah dibebaskan tanpa didapati bersalah. Teknik HAARP telah digunakan dengan mengulang-tayang rakaman penderaan Rodney King itu di television selama satu tahun sehinggakan keadaan tegang itu memuncak ke tahap pergeseran perkauman. Pergeseran ini merupakan api yang digores oleh mancis itu dan keupayaan HAARP mengawal minda penduduk Selatan Los Angeles adalah minyak pembakarnya. Akhirnya berlakulah pegaduhan ras yang mengakibatkan hilangnya 60 nyawa. Keadaan ini semakin tegang hingga mendesak Presiden George Bush menghantar pasukan tentera dan mengisytiharkan undang-undang tentera di situ. Kalaulah keadaan semakin meruncing, Presiden Bush terpaksa menggunakan kuasa eksekutif 11490 (Executive Order) pula.

E.O. 11490 telah dirangka oleh Presiden Richard Nixon (33rd Degre mason) untuk tujuan memberikan kuasa kepadanya membubarkan Kongress, menggantung perlembagaan negara, mengisytiharkan undang-undang tentera dan meletakkan tugas pemerintah kerajaan Amerika tertakluk kepada 'Federal Emergency Management Agency' ( Majlis Pengurusan Tergempar Persekutuan). Nixon pernah bercadang menggunakan kuasa EO 11490 ketika perang Vietnam untuk mengawal penunjuk perasaan anti-perang di Amerika, dulu. Mujurlah kepada rakyat Amerika, rusuhan pada akhir 60-an dan juga rusuhan di Los Angeles pada tahun 1992 itu telah berjaya dileraikan. Namun, kuasa yang ada pada EO 11490 merupakan satu opsyen kepada setiap presiden yang berkuasa selepas Nixon. HAARP telah membuktikan kejituannya sebagai satu alat untuk mengawal minda.

Teknologi HAARP itu telah dibikin untuk masa hadapan. Ronald Regan pernah mengeluarkan kata-kata kiasan dengan ucapannya yang mengatakan: "ancaman daripada luar". Semakin ramai pula rakyat yang perihatin yang sedar akan rencana kerajaan itu dengan terjumpanya 'Kem Tahanan' yang dibina di merata Amerika Syarikat. Tujuan pembinaan kem tahanan itu adalah untuk mengurung sesiapa sahaja yang mahu menentang usaha pengawalan minda itu. Penggunaan teknologi HAARP dalam pengawalan minda akan dilaksanakan seiring dengan satu 'peristiwa' untuk menentukan penduduk di bumi ini memperakuinya. Sesiapa yang sanggup menentang rencana ini akan diangkut dalam trak pengangkut lembu dan dikurung di kem tahanan yang disediakan untuk mereka. Sekaligus mereka menerima ucapan 'Selamat Datang' kepada Order Baru Dunia.

Pada tahun 1992, setelah menonton filem "A Night To Remember", Cameron memulakan penyelidikan bagi pembikinan projek terbaru yang dinamakannya "TITANIC". Dia mahu projek itu berupaya dianyam dengan corak pengawalan minda dan juga keunggulan Freemsonri. Filem "True Lies" yang diedarkan pada tahun 1994 merupakan satu filem besar kepada Cameron. Jodol filem itu (True Lies) merupakan simbol penggunaan perkataan dan maknanya secara tunggang-balik yang memang lumrah didapati dalam ajaran Fremasonri untuk mengelirukan orang luar. Cara yang terbaik untuk memahami jodol itu ialah dengan mengingati satu frasa yang dicipta oleh seorang pengamal ilmu kebatinan dan ahli Freemeson bernama Aleister Crowley. Dia pernah berkata: "Kalau anda mahu memahami sesuatu, belajarlah berfikir secara menyorot daripada belakang."

Simbol yang muncul dalam filem itu memang berbagai-bagai. Ada yang menunjukkan beberapa helikopter yang dipaparkan berlatar-belakangkan pancaran suria pagi sehinggakan paparan helikopter itu nampak gelap sebagai simbol nama-nama perwatakan. Secara kebetulan pula pada tahun 90-an memang terdapat banyak lapuran mengenai kemunculan "helikopter berwarna hitam" di seluruh Amerika.

Dalam pembikinan "True Lies" Cameron telah menonjolkan nama "Trilby" bagi watak seorang pemimpin Kumpulan Omega yang merupakan satu organisasi risikan dalam filem itu. "Trilby" sebenarnya merupakan simbol jenis kopiah yang digunakan oleh ahli Freemasons ketika mereka berkumpul. Memang terdapat satu drama yang berasaskan satu novel yang ditulis pada 1848 oleh seorang Fremason. Itulah tahunnya di mana kumpulan Freemasons hampir dihalau keluar daripada Amerika Syarikat setelah berlakunya pembunuhan ke atas Captain William Morgan yang telah mendedahkan banyak rahsia kumpulan Masonic.

Nama organisasi Omega adalah satu simbol kepada masa yang akan datang sepertimana yang tersebut dalam "Alpha dan Omega" dalam kitab orang masons yang dikenal dengan nama "Book of Revelations". "Alpha" bererti masa silam sedangkan "Omega" adalah simbol masa hadapan. Inilah penunjuk betapa ada sesuatu yang akan muncul yang akan memperkuatkan "The True Lie" (Pembohongan Yang Berasas).

Dengan kejayaan yang dicapainya itu, Cameron sudah bersedia untuk dinaikkan martabatnya mengikut perundangan "Scottish Rite degrees of Freemasonri" untuk membolehkannya menerima petunjuk dan halatuju daripada satu kumpulan 'consortium' yang memang lama bertapak di Hollywood. 'Consortium' ini dikenali juga dengan nama Hollywood Twelve. Sebenarnya "Hollywood-12" adalah satu kumpulan yang mencerminkan kumpulan tajaan kerajaan Amerika yang diberi nama Majestic-12.

Majestic-12 ataupun MJ-12 telah diwujudkan pada tahun 1947 selepas peristiwa pendaratan yang memusnahkan kapal angkasa makhluk dunia luar di Roswell, New Mexico. Penubuhan MJ-12 itu adalah bertujuan untuk memanipulasi perjalanan sejarah dengan cara mengawal maklumat mengenai makhluk asing.

HW-12 pula ditubuhkan pada tahun 50-an ketika satu usaha yang dinamakan 'Red-scare' telah dicetuskan oleh McCarthy. Beliau melancarkan gelombang kebimbangan itu untuk melanda Amerika agar rakyatnya takut akan pengaruh ideologi komunisme. Apabila ahli Freemasons dan konsortium pakar jiwa mereka mula-mula memperkenalkan teknologi MK-ULTRA kepada Hollywood, tujuan mereka adalah untuk memutar fikiran manusia akan kewujudan makhluk asing dan juga konsep Order Baru Dunia. Satu ketetapan telah dibuat betapa satu konsortium perlu ditubuhkan di kalangan mereka yang berpengalaman dalam bidang perfileman untuk melaksanakan teknologi itu dan menentukan keselamatan rahsianya. Inilah yang memungkinkan kewujudan Hollywood-12 yang merangkumi beberapa studio filem dan rangkaian television. Di antara ahli HW-12 itu hingga ke hari ini adalah: 20th Century Fox, Universal, paramount, Warner Brothers, Sony/Columbia Pictures, Amblin Entertainment, Disney, Orion, CBS, NBC, ABC.

Missi utama HW-12 ialah menggunakan teknologi MK-ULTRA ke tahap yang paling maksimum dalam semua bentuk pembikinan bahan hiburan termasuk filem, television, majalah, komputer dan internet.

Pada tahun 1995, filem "Strange Days" telah mengadakan tayangan perdananya. Filem ini telah ditulis dan dikeluarkan oleh Cameron. Pengarahannya telah dilakukan oleh isterinya yang ketiga (sudah pun diceraikannya) bernama Kathryn Bigelow. Tajuk filem itu adalah merupakan ciplakan nama satu lagu yang menggambarkan beberapa perkara yang pelik-pelik yang berlaku pada tahun 1995 dan seterusnya yang akan membentuk jenis pemerintahan dunia ini yang menjurus ke alaf baru.

Pembikinan filem itu berdasarkan satu jenis teknologi yang diberi-nama "SQUID"; singkatan daripada "Superconducting Quantum Interference Device". Teknologi ini memperkenalkan satu alat yang merakamkan pengalaman manusia pada satu CD ROM yang boleh dimainkan semula untuk kegunaan masa lain. SQUID merupakan satu alat yang dihasilkan oleh teknologi MK-ULTRA untuk merakam dan memainkan balik rakaman itu. Ia mampu melakukan penjelajahan jiwa dan sebagai alat itu ia mampu merobah polar kesedaran manusia menjadi insan yang berbagai-bagai perwatakan. Inilah teknologi yang diasaskan oleh Dr. Donald Ewen Cameron dalam tahun 1959-an dulu yang berjaya dimainkan rakaman suaranya untuk didengar oleh para pesakit yang menghidap tekanan jiwa.

Banyak teknik gambaran SQUID dalam filem "Strange Days" itu yang menggunakan mesej terpendam yang direka oleh ahli 'consortium' yang berjaya menyelinap ke dalam "Digital Domain", sebuah syarikat yang memberi khidmat kesan khas dalam perfileman. Syarikat ini telah ditubuhkan oleh Cameron dalam tahun 1993. Filem 'Strange Days' tidak dapat banyak pungutan daripada penjualan tiket kerana ia memang direncana sedemikian. Rencana sebenarnya ialah untuk mengecam apa jenis gambaran subliminal yang akan menarik minat penonton menyaksikan filem Cameron.

Cameron telah berjaya mempengaruhi penggunaan teknologi SQUID yang berbentuk negatif sehinggakan tindakannya itu mengejutkan ahli 'consortium' yang mula sangsi akan kewibawaannya. Rupanya ketika menyediakan skrip filem itu, Cameron telah terbaca maklumat mengenai MK-ULTRA dan hubungkaitnya dengan kisah penyelidikan yang mengorbankan banyak nyawa di Montreal pada tahun 50-an dulu. Ketika itulah Dr. Donald Eewen Cameron melakukan penyelidikannya.

Cameron telah terkejut betapa bakat artistiknya telah dipergunakan dengan cara yang menakutkannya. Cameron cuba melepaskan dirinya daripada fenomena yang menggilakan itu.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...