Selasa, 5 Jun 2012

Disebabkan Kasut Muntazar Al-Zeidi

muntazar

Pada 14 Disember 2008 lalu, berlaku suatu kejadian yang amat memalukan tetapi sebenarnya amat dinanti-nantikan oleh umat Islam. Muntazar al-Zeidi telah menjadi terkenal sekelip mata apabila membaling sepasang kasutnya ke arah George Bush.

Tindakan itu membuatkan hadirin pada sidang media berkenaan gempar dan agak kecoh. Kejadian itu paling tidak disangka-sangka kerana ia dilakukan oleh wartawan bukannya orang awam. Dalam kejadian itu, Bush amat bernasib baik kerana mampu mengelak kasut Al-Zeidi yang sedang terbang.

Keupayaan Bush mengelak kasut al-Zeidi amat mengkagumkan, ini membuktikan Bush seorang yang peka dengan keadaan di depan mata dan tidak hanya tunduk melihat teks ucapan. Kepekaan Bush ini mungkin disebabkan pengalamannya sewaktu menyertai Texas Air National Guard pada 1968.

Kesan daripada insiden itu, Muntazar telah menjadi terkenal dalam masa kurang 24 jam. Berikut ialah beberapa kesan daripada tindakan berani Muntazar Al-Zeidi:

  • Masyarakat Arab menggelarkannya sebagai hero Arab terutamanya akhbar-akhbar internet.
  • Seorang rakyat Palestin bernama Ahmad Salim Judeh, 75 tahun menawarkan Al-Zeidi anak perempuannya untuk dijadikan isteri. Ahmad Salim mengatakan Al-Zeidi adalah wira rakyat Arab dan dia sememangnya pilihan yang layak untuk anak perempuannya.
  • Seorang jutawan Arab Saudi menawarkan Riyal 10 juta untuk membeli kasut Al-Zeidi yang digelar sebagai “Freedom Shoes”.
  • Sebuah kumpulan blogger di internet yang menggelarkan diri mereka George Bush Shoe Thrower Muntazar Al-Zeidi” telah berjaya mengumpul ahli penyokong Al-Zeidi sebanyak 1000 orang dalam masa kurang 48 jam. Slogan kumpulan ini ialah “Damn he missed … but he is still a hero.”
  • Dan yang paling memeranjatkan, beberapa syarikat dan individu telah mencipta ‘permainan game’ berasaskan lontaran kasut ke arah Bush. Permainan ini boleh dimain secara online atau offline dan ada juga mengeluarkannya secara komersial.

Permainan Online membaling kasut ke arah Bush

throw_shoes01

Bush’ Shoe Dodge - permainan ini memerlukan anda mengawal pergerakan badan George Bush apabila beliau dibaling kasut. Sekiranya kasut mengenai dahinya lebih dari 3 kali permainan dikira tamat.

throw_shoes03

Sock and Awe - Dalam permainan ini anda bertindak sebagai Muntazar Al-Zeidi sebagai pembaling kasut. Sasaran anda ialah kepala George Bush. Anda perlu menepati sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan.

throw_shoes02

Bush’s Boot Camp - Dalam permainan ini, anda bertindak sebagai polis atau penembak kasut. Anda dikehendaki menembak kasut yang dibaling ke arah George Bush.

George Bush juga bernasib baik kerana Al-Zeidi membaling kasut bukannya membaling bom. Jika ketika itu Al-Zeidi membaling bom, maka tarikh kematian Bush akan sama dengan tarikh kematian presiden pertama Amerika Syarikat iaitu George Washington. Beliau mati pada 14 Disember 1799 .

Jika George Bush ditakdirkan mati pada 14 Disember 2008, ia juga dikira sesuai kerana pada tarikh itu semua pertubuhan pencinta haiwan menyambut ulangtahun hari monyet atau dikenali sebagai Monkey Day. Maka setiap kali tiba hari Monyet maka masyarakat dunnia akan teringatkan Bush.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...