Isnin, 16 April 2012

Siri 2 - Jesuit memasuki Tanah Melayu

Rata-rata kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan dalam sejarah tidak harus membiarkan sejarah kita yg telah turun temurun di biarkan sebegitu saja. Di awal kegemmilangan Negeri Melaka. Sejarah kegemilangan bandar ini berlaku sekitar abad yg ke 15 dalam linkungan tahun 1400 di mana kerajaan China sendiri telah mengiktiraf Parameswara atau nama Islamnya Megat Muhammad Iskandar Shah sebagai pemerintah Melaka yg sah. Selepas itu, bandar ini mengalami tiga tempoh penjajahan Eropah, bermula dari Portugis, Belanda dan akhirnya British

Di tengah-tengah bandar Melaka yg terkenal ini terdapat satu tempat yg bernama 'Dutch Square'. Ia juga dikenali sebagai Red Square kerana bangunan-bangunan lama yang berwarna mengelilingi kawasan itu. Di sana, megah berdirinya 'Stadthuys' dan 'Christ Church' yang menguasai persekitaran.

Sebelum kedatangan kaum Belanda pada tahun 1624, penjajah Portugis sejak tahun 1511 telah memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan Kristian di Melaka. Antara yang dimusnahkan oleh Portugis adalah masjid yang pertama dibina di Melaka, yang kononnya terletak bertentangan dengan tapak Stadhuys sekarang.



Apa Kaitannya dengan Masjid Pertama Yg Dibina?

Rasulullah S.A.W melarang umat Islam menunaikan solat di masjid yang dibina sebagai untuk bermegah-megah. Hal ini diperjelaskan dalam firman Allah yg bermaksud, "Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dhirar dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata." Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta". (Surah at-Taubah, ayat 107)

Masjid yang sedemikian itulah Allah melarang mengimarahkannya, sebagaimana firman Allah (mafhumnya), "Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad) yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau solat di dalam-nya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)". (Surah at-Taubah, ayat 108)

Oleh yang demikian, amatlah tidak wajar masjid-masjid yang didirikan atas dasar takwa untuk menunaikan dasar ketakwaan kepada Allah dirobohkannya. Mereka merobohkan masjid-masjid ini agar hilang hakikat taqwa terhadap Allah swt kemudian mereka menggantikan rumah ibadat tajaan mereka di mana ianya didirikan atas dasar kebanggaan. Maka jadilah masjid tumbuh bak cendawan selepas hujan tetapi umat berada di ambang kedurjanaan.

St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur. Kedatangan Sir Francis Xavier terkandung satu propaganda yg salahsatu sebabnya untuk mengembangkan agama pada ketika itu.

St. Francis Xavier


St.Francis Xavier dan Ignatius Loyola merupakan ahli-ahli pengasas kepada Jesuit Order (Brothers In Christ) Pada awal organisasi Jesuit Order di mana pada masa itu Loyola yg menulis perlembagaan Jesuit Order, Xavier telah berfungsi sebagai setiausaha peribadi Loyola.

Bumi pun tak nak terima.
Kenyataan Loyola yg menyatakan bahawa Jesuit ditubuhkan atas kehendak Tuhan sedikit sebanyak membuatkan rakyat keliru pada ketika zamannya. Ia mengatakan bahawa rakyat mesti di pujuk agar meyakini bahawa Jesuit telah ditubuhkan di bawah arahan Tuhan agar Gereja Roman Katolik boleh menjadi lebih kuat. Kenyataannya mengatakan rakyat perlu di' Pujuk' seolah-olah mahu menipu rakyat pada ketika itu dan akhirnya Loyola mengakui bahawa dia mahu menipu manusia tentang Jesuit. Loyola berkata demikian dalam "Secret Instructions of the Jesuits" yang telah ditulis olehnya pada masa yang lalu.

Kelulusan secara rasmi New Order ini telah diberikan oleh Paus Paul III pada September 27, 1540.Paus Paul III ini seorang yg dikatakan zalim dan ganas dan juga menggunakan kewangan untuk menduduki takhta St Peter. St Francis Xavier telah dipilih sendiri oleh Loyola untuk menjadi ketua misi ke Asia sebagai Jesuit. Dia meninggalkan Lisbon pada hari lahirnya yg ke 35 iaitu pd April 7, 1541 dan tiba di Goa, India 13 bulan kemudian iaitu pada Mei 1542. Selepas tujuh tahun perkhidmatan di India, Malaysia dan Spice Islands, Xavier tiba di Kagoshima Jepun pada 15 Ogos 1549.

POPE PAUL III (Alessandro Farnese)

Menyusup Ke dalam sisitem Pendidikan.

'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.

Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.

Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.

Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Mr. A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang.- sumber dari wikipedia


Pada masa kini di mana sistem pembelajaran sudah mencapai peringkat tertinggi di dalam negara, ianya bukanlah suatu perkara yg mudah utk dirungkaikan. Tidak dapat tidak, generasi kini terpaksa melaluinya. Sememangnya mencari Ilmu itu adalah wajib tetapi perlulah di ingatkan bahawa Ilmu yg sebagaimana itu yg dikatakan wajib.

Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih; - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah: Ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya; atau "Sunnah" (hadis) yang sah datangnya dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya)"

Apa yg kita alami hari ini melalui sistem pendidikan bermula dari mereka. Mereka menetapkan, mereka menguruskan, mereka salurkan bantuan dan mereka berkembang.

Ilmu yg sebenar-benar Ilmu adalah Ilmu Tuhan yakni Ilmu utk mengenal Tuhan yg tidak dapat di ajarkan melalui buku. Ianya mestilah berguru yg gurunya adalah mursyid. Tetapi hari ini berbagai-bagai topeng mursyid digunakan oleh ahli yg berkepentingan dunia.

Jikalau kita lihat semula sistem pembelajaran zaman dahulu yg terkemuka dan maseh dapat kita jejaki adalah di zaman Tokku Paloh (Syed Abdurrahman bin Syed Muhammad). Dalam sistem pembelajaran Islam tidak dapat lari dari empat perkara iaitu Tempat munajat, tempat Ibadat , Tempat bermuzzakarah dan Tempat Khidmat. Islam mengajarkan kita secara langsung untuk bermunajat dengan Allah swt, Beramal Ibadah mensucikan diri agar mudah di dampingi oleh mereka-mereka yg qudus, bermuzzakarah agar kita saling memahami apa yg sepatutnya di amalkan , kekurangan dan kelebihan amal dan seterus islam mengajarkan kita secara langsung mempraktikkan atas apa yg telah kita pelajar melalaui medan Khidmat.

Tetapi kini semuanya sudah berubah, hanya mereka yg benar-benar memahami kelangsungan hidup untuk BerIman dgn Allah swt mungkin ada terfikir sebegini. Maseh adakah sistem pembelajaran sebegini?


Apapun yg dihidangkan di depan mata, kita harus menerimanya dan sentiasa tekadkanlah di dalam diri agar kita berpeluang meneruskan kesinambungan ini demi anak-anak sebagai pewaris Bangsa yg berjaya di dunia dan di akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...