Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.
“Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258
Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatangkan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.
Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s dari api yang panas bersemarak itu kepada angin sejuk.
“Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70
Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang. Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir. Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.
Kaitan Namrud dengan Illuminati
Sebagaimana yg telah kita sering kedengaran bahawa "sejarah kembali berulang", inilah yg terjadi sejak akhir-akhir ini di mana segala perlakuan sejak dari zaman Para Nabi dan Rasul pastinya terjadi kembali di zaman akhir ini. Bagitulah jikalau kita perhatikan sebagaimana Namrud yg ingin menguasai dunia dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati.
Kita tahu Israel membina monumen untuk Firaun. Kita juga tahu bahawa Freemasonry berkaitan dengan tukang batu. Kita juga tahu dari banyak sumber bahawa Rothschild menganggap dirinya sebagai keturunan dari Nimrod. Sumber-sumber lain (misalnya "William Josiah Sutton, The Illuminati 666, 198) mencatatkan bahawa Nimrod adalah orang pertama yang mengajar seni batu seperti dalam menara Babel.
Kita juga pernah baca bahawa Nimrod dikaitkan dengan Baal atau Molech.
Kota kuno Carthage merupakan ibukota Empayar Phoenicia. Satu Tamadun maju. Para arkeologi telah mendedahkan ciri-ciri yang paling penting - insiden pengorbanan anak. Peninggalan arkeologi telah dijumpai, seperti altar di mana anak-anak dikorbankan menandakan tempat pemakaman tetap. Ukiran Batu menggambarkan anak-anak yang dikorbankan. Kubur-kubur tinggalan kanak-kanak yg telah dikorbankan turut dijumpai.
"Dan mereka membina tempat-tempat tinggi Baal yang ada di lembah Ben-Hinom, untuk menyebabkan anak-anak mereka dan anak perempuan mereka melewati api untuk Molech" (Yeremia 32:35).
"Mereka telah membina juga tempat-tempat tinggi Baal untuk membakar anak-anak mereka sebagai persembahan kepada Baal" (Yeremia 19:5).
Di sini Alkitab menyiratkan apa yg ditemui arkeologi moden dan antropologi : bahawa Molech dan Baal mewakili dewa pagan yang sama. Isteri Baal adalah Asyera dan isteri Molech adalah Asytarot (Ishtar). Asyera dan Asytarot merupakan dewi kesuburan yang sama. Dewa-dewa ini diketahui oleh orang Yunani sebagai Aphrodite, untuk orang Mesir sebagai Isis, dan ke Phoenicia sebagai Tanet.
Nama ‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata ”Marad” di dalam bahasa Arab ialah ”Ridda” yang bermaksud ”murtad”.
Ketahuilah bahawa kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq). Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.
Blue Room Christmas tree
Dari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.
Tammuz
Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran ‘Orion‘ yang bermaksud ‘benih seorang wanita’. Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu perawan’, ‘Ibu suci’ dan ‘Dewi dari syurga’. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.
Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis di anggap sebagai ‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.
Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
Ancient goddess
Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.
Statue of Liberty
Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.
Keturunan Namrud hingga kini
Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.
Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka. Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri!
Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama
Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.
Kejadian 10 : 8 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;
10 : 9 ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN.”
Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian
Kejadian 11 : 1 Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.
11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.
11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, “Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.
11 : 4 Kata mereka, “Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi.”
11 : 5 Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.
11 : 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.
11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain.”
11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.
11 : 9 Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.
Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.
Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.
Babylon baru
Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;
Wahyu 13 : 18 Maka inilah “hikmat”. Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.
Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60. Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar. Dan sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit, 60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.
Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada ‘The great Seal’ , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru. Secara matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon baru iaitu (0.6 x 1110 = 666).
Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai ‘Babylon yang hebat’ bersama-sama dengan ‘Agama Misteri’ nya. Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).
Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon
Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.
Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar ‘Dewi Kesuburan’ atau dalam bahasa babiloniannya ‘Ishtar’. Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte
Sebagaimana Namrud yg telah di selewengkan oleh Iblis dalam pengabdian pada Tuhan merupakan sifat dari Babel Besar di dunia ini iaitu penyembah Lucifer.Luciferians telah hidup dan mempromosikan penyembahan Lucifer melalui Babylon, Mesir dan Druid Witchcraft. Dia bertekad untuk menggulingkan semua agama dan kerajaan. Tujuan mereka adalah untuk menyatukan dunia ke dalam One World Government serta menjadikan Lucifer sebagai satu-satunya tuhan di dunia ini!
Wicca adalah versi moden dari Babylon, Mesir dan Druid Witchcraft dengan berjuta-juta ahli lelaki dan wanita. Kita lihat bagaimana Lucifer di masa lalu dan kini menggunakan Secret Societies, Komunisme, International Banking, isu-isu sosial untuk melanjutkan rencana mereka.
Bertentangan dengan apa yang mereka lakukan untuk menganiaya atau berbohong tentang apa yg kita ingin percayai, Wicca adalah cara yang sangat damai, harmoni dan meyeimbangkan kehidupan yang mempromosikan kesatuan spiritual dengan semua yang ada.
Inilah plot syaitan yg dilancarkan kembali sejak 1760 ketika pertama kali muncul dengan nama "Illuminati." Sebagaimana yg telah di ketahui, Illuminati ini di wujudkan oleh Adam Weishaupt, seorang kelahiran Yahudi kemudian menjadi seorang imam Katolik yg di atas perintah 'House of Rothchild' maka terancanglah kembali Illuminati secara halus.
Rothschild yg membiayai operasi dan setiap perang sejak itu bermula dengan Revolusi Perancis, telah dilantik oleh operasi Illuminati di bawah pelbagai nama. Illuminati menjadi terkenal di mana Weishaupt dan rakan-konspiratornya mula beroperasi di bawah nama yang lain. Di Amerika Syarikat, selepas Perang Dunia I, mereka mendirikan apa yang mereka sebut "Council on Foreign Relations" disebut juga sebagai CFR dan CFR ini sebenarnya adalah Illuminati di Amerika Syarikat dan hirarkinya.
Weishaupt menyelesaikan tugasnya 1 Mei 1776. Jadi tidak hairanlah mengapa kita hari ini menyambut 1 mei sebagai cuti umum. Itu adalah hari, 1 Mei 1776, yang rencananya Weishaupt selesai dan secara rasmi terancang Illuminati untuk menyenaraikan rencana ke dalam pelaksanaan. Rencana tersebut diperlukan untuk menghancurkan semua kerajaan yang ada dan juga penyelewengan terhadap agama. Tujuan itu adalah untuk membahagikan rakyat seperti yg ia (Weishaupt) sebut: "goyyim" atau ternakan manusia dalam meningkatkan jumlah pada isu-isu politik, sosial, ekonomi, dan lain-lain - Inilah yang kita dapati dalam negara hari ini.
POPULAR POST
BERITA KONSPIRASI
- Tahun baru masihi penghapusan jejak
- Arah Kompas Dah Berganjak
- Simbol Sex dan pengaruh Dajjal di Tanah Haram!
- Banjir Syria Adalah Petanda
- Fahaman 'Irshad Manji' wajib Ditolak?
- Penerbit Innocence of Muslims dijel
- Jacky Chan: ‘Dari Mana Kerosakan Besar berasal? Amerika-lah Yang Memulakan Semuanya’
- Psy, Si Gangnam Style,Dulu Lain Sekarang lain
- Dimanakah Konstantinopel..!
- Ratusan Pohon Zaitun Di Nablus Dihancurkan Israel
- Tanda-Tanda Kiamat Versi Yahudi Dan Syi’ah
- Robert Lazar: Penjanaan Graviti UFO
- Mesin merentas masa adakah wujud siri 1
- Mesin Merentas Masa adakah Wujud? Siri 2
- Unsur Satanic Di Manchester United Dan AC Milan
- Fakta Tentang Nike
- Satu Lagi Kebetulan: One Malaysia dan One Israel
- Wawasan 2020 dan Israel 2020
- Surat Beranak Barrack Obama
- Armageddon 2012 Kiamat Maklumat