تم افتتاح معرض باريس هيلتون |
Kebimbangan umat Islam tentang pembangunan Mekah sebagai kota
metropolitan akan membawa unsur barat semakin menjadi nyata. Dalam
artikel PZ
sebelum ini tentang pembangunan Mekah dan Madinah adalah petanda
tentang wujudnya pengikut Yahudi dan Dajjal dikalangan golongan
berpengaruh di Mekah dan Madinah.
Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha:
“Rasulullah masuk ke kamarku dalam keadaan aku sedang menangis.
Beliau berkata kepadaku: ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab:
‘Saya mengingat perkara Dajjal maka aku pun menangis.’ Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: ‘Jika dia keluar sedang aku masih
berada di antara kalian niscaya aku akan mencukupi (melindungi) kalian.
Jika dia keluar setelah aku mati maka ketahuilah Rabb kalian tidak buta
sebelah. Dajjal keluar bersama orang-orang Yahudi Ashbahan hingga
datang ke Madinah dan berhenti di salah satu sudut Madinah. Madinah
ketika itu memiliki tujuh pintu, setiap celahnya ada dua malaikat yang
berjaga. Maka keluarlah orang-orang jahat dari Madinah mendatangi Dajjal
….” (HR. Ahmad, Abdullah bin Ahmad, Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: Sanadnya shahih)
Kebimbangan ini semakin menjadi nyata dan tabir semakin tersingkap
siapakah dalang tersebut apabila pembangunan Mekah turut membawa masuk
anasir-anasir Dajjal di hadapan rumah Allah (Baitullah) itu sendiri.
Paris Hilton dengan bangganya mengatakan dalam twitternya, "Sangat
gembira gedung terbaru baru saja di buka di Mecca Mall di Saudi
Arabia!,". Beliau mengatakan lagi," Ini merupakah gedung kami ke-5 di
Saudi Arabia, dan gedung ke-42 seluruh dunia kini! Sangat bangga dengan
kemajuan hebat brand ini!
Alasan mereka membenarkan gudang-gudang seumpama ini ialah kerana Saudi
mengamalkan pasaran bebas dimana semua pelabur seluruh dunia boleh
datang berniaga dan melabur. Inilah dasar kapitalis barat yang menjadi
anutan mereka dan menjadi teras pembangunan Mekah dan Madinah. Umat
Islam menjadi lalai dan terpedaya dengan keindahan materialisma ciptaan
kapitalis ini sehingga Kaabah di hadapan mereka seolah-olah telah lenyap
dan terhapus.
Umat Islam diseluruh dunia seolah-olah diperbodohkan apabila mereka cuba
sedaya upaya untuk tidak menyumbang kepada Yahudi apabila memulaukan
barangan Yahudi tapi apabila mereka berada di Tanah Suci merekalah yang
menjadi penyumbang terbesar apabila membeli-belah barangan mereka dan
memasuki hotel-hotel mereka!
0 komen: