Pada  tahun 1989, seorang lelaki yang dikenali sebagai Robert Lazar telah  mendedahkan sebuah cerita yang menggemparkan; dia telah direkrut oleh  kerajaan Amerika untuk bekerja di sebuah kawasan rahsia Green Lake/Area  51 iaitu sebuah tapak penyelidikan yang lebih dikenali sebagai  'Dreamland' (sebenarnya terletak di S4, Papoose Lake yang mana beberapa  batu dari selatan Groom Lake) untuk mempelajari aspek kejuruteraan kapal  angkasa makhluk asing. Di sini ada beberapa anekdot menarik hasil  pendedahan Robert Lazar, di mana berkait rapat dengan teori penjanaan  graviti dan perjalanan intrabintang:
Penerangan tentang keadaan  luaran kapal angkasa: Luaran kapal angkasa (yang dipanggil 'disk')  adalah logam yang mana berwarna keluli tahan karat yang tidak dipolish.  Kapal angkasa ini apabila mendarat akan berdiri di atas perutnya (dasar)  di mana ia bukan di atas tripod berkaki. Lubang pintu masuk terletak di  atas kapal angkasa ini, dengan hanya bahagian bawah pintu menutup di  sekeliling mulut tengah kapal angkasa.
Keadaan dalam: dibahagikan  kepada tiga tingkat. Tingkat bawah ialah di mana tiga 'penguat gravity'  (gravity amplifiers) dan panduan gelombangnya berada. Satu reaktor  terletak betul-betul di bawah tiga penguat graviti ini pada tingkat yang  di tengah-tengah di antara dua tingkat tadi. Tingkat tengah ini juga  adalah tempat bagi konsol kawalan dan kerusi-kerusi, kedua-duanya adalah  terlalu kecil bagi seorang lelaki dewasa yang normal. Dinding pada  tingkat tengah terbahagi kepada sekatan-sekatan di mana akan menjadi  lutsinar apabila kapal angkasa mula bergerak di mana kita akan dapat  melihat ke luar.
Reaktor kapal angkasa ini menggunakan bahan api  yang mana tidak terjadi secara semulajadi di bumi. Bahan api ini adalah  super-berat, stabil, element dengan nombor atom 115 dan tidak muncul  dalam Jadual Berkala. Element 115 mempunyai dua kegunaan: pertama ia  adalah sumber gelombang graviti yang tidak diketahui oleh saintis bumi,  gelombang graviti A. Kedua ia adalah sumber radiasi anti-zat yang mana  direaktifkan untuk menjanakan kuasa.
Gelombang graviti A didapati  daripada nukleus element 115 dan sebenarnya melepasi keluar dari  perimeter/ukurlilit atom tersebut. Sistem penggerak kapal angkasa ini  menguatkan dan memfokuskan gelombang graviti A ini untuk mengakibatkan  ruangmasa membengkok, sepertimana ruangmasa membengkok di dalam medan  graviti yang kuat pada Lohong Hitam (Blackhole). Kemampuan untuk  menghalakan graviti untuk mengakibatkan ruangmasa mengherot membenarkan  kapal angkasa ini untuk menyeberangi jarak yang luarbiasa jauhnya di  dalam ruangmasa tanpa bergerak di dalam mod linear pada kelajuan tinggi.
Di  dalam reaktor, elemen 115 diubah kepada elemen 116 yang mana tidak  begitu stabil dan dengan segera mereputkan pengeluaran anti-zat.  Anti-zat ini direaktifkan dengan unsur bergas yang mana menyebabkan  tindakbalas pembinasa, 100 peratus penukaran benda kepada tenaga. Haba  dari tindakbalas ini ditukar kepada tenaga elektrikal melalui satu solid  state, mendekati 100 peratus penjana termoelektrik yang efisien. Ini  adalah tenaga yang digunakan untuk menguatkan gelombang graviti A.
Mod  pengembaraan ini adalah satu dari dua cara daya penggerak yang  digunakan kapal angkasa ini. Di dalam mod ini, penguat graviti kapal  angkasa adalah sebuah 'konfigurasi delta' dan berdenyut secara  berturutan di dalam bentuk putaran. Gelombang graviti A adalah sangat  kuat dan berkuasa dan hanya punca graviti ini mengakibatkan herotan  ruangmasa sama seperti yang terjadi pada Lohong Hitam!
Mod yang  lain adalah 'konfigurasi omicron' dan ia digunakan bagi julat perjalanan  yang dekat mendekati punca graviti seperti planet atau bintang.  Bilamana sebuah kapal angkasa ini bergerak mendekati punca graviti yang  lain, seperti bumi, gelombang graviti ini, yang mana disebarkan di  sebelah luar dari kapal angkasa ini, adalah anjakan perubahan kepada  gelombang graviti B, yang mana disebar di sebelah luar dari bumi dan ini  mencipta satu daya angkat. Penguat graviti kapal angkasa ini boleh  menghala secara bebas dan ia didenyutkan dan tidak diam terus-menerus.
"dia pun berjalan
mencari dan mencari
siang dan malam
mencari dan mencari
angin dan hujan
mencari dan mencari
dan berhenti
berdiam dan berfikir
"ke mana aku?"
"mereka terawang-awang di angkasa
melawan magnetik dan orbital
setiap satu
menuju ke timur laut"
-ritzail
'Kulihat orion yang indah'
E-sastera.com 
Jumaat, 15 Jun 2012
Robert Lazar: Penjanaan Graviti UFO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
POPULAR POST
BERITA KONSPIRASI
- Tahun baru masihi penghapusan jejak
- Arah Kompas Dah Berganjak
- Simbol Sex dan pengaruh Dajjal di Tanah Haram!
- Banjir Syria Adalah Petanda
- Fahaman 'Irshad Manji' wajib Ditolak?
- Penerbit Innocence of Muslims dijel
- Jacky Chan: ‘Dari Mana Kerosakan Besar berasal? Amerika-lah Yang Memulakan Semuanya’
- Psy, Si Gangnam Style,Dulu Lain Sekarang lain
- Dimanakah Konstantinopel..!
- Ratusan Pohon Zaitun Di Nablus Dihancurkan Israel
- Tanda-Tanda Kiamat Versi Yahudi Dan Syi’ah
- Robert Lazar: Penjanaan Graviti UFO
- Mesin merentas masa adakah wujud siri 1
- Mesin Merentas Masa adakah Wujud? Siri 2
- Unsur Satanic Di Manchester United Dan AC Milan
- Fakta Tentang Nike
- Satu Lagi Kebetulan: One Malaysia dan One Israel
- Wawasan 2020 dan Israel 2020
- Surat Beranak Barrack Obama
- Armageddon 2012 Kiamat Maklumat
 
0 komen: