Jumaat, 1 Jun 2012

Mason-Mason Melayu siri 2



Dalam artikel pertama,penulis telah memperkenalkan strategi ampuh yang boleh digunakan di zaman fitnah-memfitnah di Malaysia ini.Kita disogokkan dengan keburukan para pemimpin seperti Mahathir,Anwar dan Nik Aziz,malah ada yang menggelarkan mereka 'Mason'.Benarkah demikian?

Artikel ini adalah sambungan kepada siri Mason-mason Melayu,dimana artikel "Hikayat Tiga Mason Melayu" yang terdahulu adalah siri yang pertama.Apa yang perlu,baca sampai habis dan berfikirlah dengan jernih,demi kebaikan dan perpaduan seluruh umat Islam khususnya umat Melayu/Jawi.

Selamat membaca

MASON-MASON MELAYU




cuba kau tanya Faisal Tehrani
apa maksud syiah imamiah
nanti keluar istilah
perpaduan sesama Islam
cuba kau tanya Karpal Singh
apa maksud derhaka
perlahan-lahan dia menyebut
"Malaysian Malaysia"

tanya pada Dr. Mahathir
kenapa keluar dari Umno
jangan pula keluar istilah
realpolitik
ini bukan mainan jargon-jargon
ini masa depan bangsa
apa Faisal Tehrani kata?
Bahasa Politik
siapa Machiavelli?
siapa Emmanuel Kant?
Mereka tidak faham apa itu
Dilema Melayu
ini bahasa politik
universalnya adalah

mengisi perut sendiri

-esastera

Dalam artikel "Hikayat Tiga Mason Melayu",setiap watak telah diberikan gelaran-gelaran yang jelik,dan semua ini diambil dari suara-suara politik.Gelaran-gelaran ini diberi oleh pembenci Dr. Mahathir,pembenci Anwar Ibrahim dan pembenci Tuan Guru Nik Aziz.

Setiap watak juga telah diberikan pandangan dari kaca mata 'Dajjal The Antichrist',bagaimana untuk memerangkap tokoh-tokoh ini.Pandangan yang diberikan adalah berdasarkan modus operandi yang biasanya diterapkan oleh golongan Elit kepada para pemimpin dunia termasuk tokoh-tokoh agama.

Setiap watak juga diberikan pandangan dari kacamata penganalisis konspirasi.Pandangan yang diberikan adalah berdasarkan pemerhatian semasa dalam politik Malaysia digabungkan dengan ciri-ciri yang bersesuaian dalam pengajian Teori Konspirasi khasnya berkaitan NWO dan The Elite.

Lihat,kami tidak mengatakan mereka benar-benar Mason.Kami memahami bahawa struktur artikel ini agak berat dan kompleks bukannya seperti artikel gosip di dalam Mangga atau URTV.Sebab itu dinasihatkan supaya baca sampai habis.Kami cuma ingin anda berfikir sejenak apakah benar fitnah yang ditaburkan kepada mereka,dan jika benar...apa tindakan kita.

Ada di antara para pembaca yang melenting apabila membaca artikel itu.Mereka telah mengatakan kami menuduh tokoh-tokoh kesayangan mereka sebagai Mason.Lucunya,ada yang seperti mahu percaya,bahawa ketiga-tiganya adalah Mason.Keliru,inilah kesimpulan yang boleh diletakkan.Namun begitu,kesalahan juga wajar diletakkan di bahu kami,kerana kekurangan kami dalam membuat sesuatu artikel menyebabkan ia kurang difahami.Tetapi kami telah membuat penafian di akhir artikel.

Berdasarkan pemerhatian kami,sebahagian besar orang Islam khasnya umat Melayu masih terperangkap di dalam politik sempit kepartian.Umumnya,para pemimpin mereka masih terperangkap di dalam politik 'mengisi perut sendiri'.Para penyokong mereka pula terpukau dengan ideologi kepartian yang jumud dan sempit.Apabila terperangkap di dalam politik kepartian,mereka memandang seolah-olah parti mereka maksum;tanpa ada kesalahan,tidak boleh diusik,disinggung apatah lagi diterajang.Inilah yang berlaku kepada Pas dan Umno.
Kami ingin membawa anda keluar dari kepompong politik sempit kepartian.Dari dunia ribut di dalam secangkir cawan.Politik kekampung-kampungan.Kami ingin membawa anda kepada dunia politik yang sebenar.Dunia politik yang mengawal politik sempit kepartian tadi kecuali orang-orang yang bertakwa.Keluar dari tafsiran jumud demokrasi yang merimaskan,kepada politik yang lebih besar,

Welcome to the NEW WORLD ORDER.


Jika anda masih duduk di dalam tempurung politik Malaysia yang memenatkan ini,anda tidak akan sampai ke mana hatta anda seorang yang mengaku pejuang agama,kerana pejuang agamalah yang menjadi sasaran no. 1 golongan Yahudi dan Nasrani.Jika kita masih duduk di dalam konsep sempit Ketuanan Melayu,juga tidak akan ke mana kerana sebenarnya orang-orang bertakwalah yang menjadi 'tuan' di muka bumi Malaysia ini,kerana doa-doa merekalah yang menangguhkan bala bencana dari menimpa bumi Malaysia,bukan para korporat,ahli politik apatah lagi tauke-tauke arak dan disko.

Walau bagaimanapun hebat penganalisis politik itu walaupun bertahap profesor,profesor madya mahupun profesor kangkung,analisis politiknya adalah ditahap ruangan Minahleter di dalam majalah Gila-Gila kerana masih terperangkap di dalam demokrasi sempit,di mana demokrasi Malaysia inipun masih berada di bawah politik NEW WORLD ORDER.Sebab itu umat Melayu semakin berpecah.Dari satu parti iaitu Umno,menjadi dua;Umno dan Pas dan menjelang alaf baru berpecah menjadi tiga;Umno,Pas dan PKR.Ini adalah perkembangan yang bagus.Cemerlang,gemilang dan terbilang.

Secara jujur,parti Umno adalah hasil dari kerjasama British dan Elit Melayu.Umno tidak boleh bernafas dengan baik jika tidak menepati kriteria yang disenangi oleh British.Sebagaimana biasa,setiap negara majoriti orang Islam di bawah jajahan British mestilah dipastikan tidak mempunyai agenda perpaduan Islam ataupun menjalankan hukum-hukum Islam.Semua organisasi berhaluan kiri mahupun berfahaman Islam sama ada dicantas ataupun disekat oleh British.Hanya Umno sahaja yang 'diredhai' oleh penjajah itu.Mengapa?

Lord Cromer,seorang pegawai British di Mesir ketika era imperialisme telah berkata,

"Penjajah-penjajah tidak akan memerdekakan mana-mana negara Islam selama mana negara itu tidak ada penggantinya sebagaimana penjajah memerintah. Kalau ada pengganti penjajah yang sama kepalanya, kepala penjajah, merdekakanlah negara itu."

Sebab itu apabila Malaysia direstui kemerdekaannya,perkara pertama yang mesti diterima oleh Tunku Abdul Rahman ialah menubuhkan suruhanjaya menggubal undang-undang,dengan undang-undang penjajah mesti di atas.Lord William Reid,seorang Freemason dipilih untuk menerajui suruhanjaya ini.Common Law mesti berada di atas undang-undang Tuhan yang menciptakan Lord Reid,Cobbold,Ratu Elizabeth mahupun Tunku Abdul Rahman.Malah undang-undang Tuhan mesti dipastikan tidak berjalan atau terhapus terus berbanding undang-undang Common Law British.

Tetapi bukankah Umno adalah parti orang-orang Melayu yang beragama Islam?Tidakkah nanti apabila British pergi,Tunku Abdul Rahman boleh menghapuskan undang-undang Common Law dan menggantikannya dengan Syariah?Tidakkah British terfikir tentang ini?

Hmm...ini semua sudah ada dalam perancangan British lama sebelum Perang Dunia Pertama lagi.Organisasinya,ideologinya hatta para elitnya telah dipilih oleh British untuk menggantikannya di Malaysia ini.Apabila melepasi tahap kepercayaan British yang ketat,barulah Umno dilepaskan untuk memerintah Malaysia.


"Baliklah orang putih yang kulit merah, tinggallah orang putih yang kulit hitam manis."

(Lord Cromer)


Hanya orang yang sanggup menjadi boneka sahaja layak untuk dipercayai.Tetapi jangan terburu-buru menyalahkan Tunku,mungkin beliau tahu tetapi beliau sudah tiada jalan lain atau sudah TERPERANGKAP!

Kesalahan besar Umno ialah masih mengekalkan undang-undang penjajah walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka.Mungkin alasan mereka adalah kehadiran orang-orang India dan Cina menghalang undang-undang syariah dijalankan.Alasan ini tidak boleh diterima,padahal ke atas orang-orang Islam sendiri pun,undang-undang Tuhan masih dibakulsampahkan.Orang Islam yang berzina dan minum arak,masih menggunakan undang-undang Common Law.Malah apabila mahu menjalankan undang-undang Tuhan buat pertama kali (isu Kartika),heboh satu negara.Ada yang mengatakan undang-undang Islam kejam padahal dalam undang-undang Islam,orang yang menyebat dalam kes ini tidak boleh mengangkat sedikit pun celah ketiaknya,jadi fikirlah bagaimana kuat sebatan yang dilakukan berbanding kaedah sebatan mengikut Common Law (tonton video penagih dadah yang disebat).Ini adalah seangkatan dengan Sister In Islam yang memandang serong undang-undang Syariah tanpa mahu menyelami sedikit pun hikmah di sebalik hukum Tuhan,Allah Azza wa Jalla yang menciptakan dan memberi rezeki kepada para ahli Sister In Islam dan sewaktu dengannya.

Pelajarilah undang-undang Islam sebelum membuka mulut tentangnya.Manusia benar-benar menjadi MUSUH KEPADA APA YANG TIDAK DIFAHAMINYA.

Bagaimanakah orang bukan Islam dapat melihat hikmah di sebalik hukum Allah sedangkan orang Islam sendiri ragu-ragu dengan hukum agamanya sendiri?

Maka para ulama dan pendukung agama pun semakin resah dengan tidak-tanduk Umno yang semakin 'selamba' meneruskan undang-undang penjajah.Jika mengambil tindakan mendiamkan diri,maka sesungguhnya hidup ini sementara.Sudah tentu apabila di alam barzah,para ulama inilah yang paling berat seksaannya kerana menjadi 'ular dalam semak' mendiamkan diri menjadi ulama bisu dan pekak.Tuhan hanya mahu menguji.Siapakah yang mahu menjalankan hukum-Nya,siapa yang membakulsampahkan hukum-Nya.Tuhan tidak rugi apa-apa.Yang rugi adalah manusia sendiri.

Jika mengambil tidakan militan,memberontak dan berjihad secara mengangkat senjata,sudah tentu akan mengorbankan saudara sebangsa dan seagama sendiri.Sudah pasti pula,British akan kembali ke Malaysia dan menjajah kembali atas alasan membantu menghapuskan fahaman ekstrem dan keganasan.

Ini adalah ujian yang amat getir bagi para pencinta agama.Namun apa yang dilakukan oleh para Liberal dan Sekular?Mereka masih enak menjilat buntut penjajah yang diharap memberi sesuap nasi untuk mereka hidup.Mereka tidak ada fikir dan risau akan masalah umat.Mereka lebih risaukan perut mereka sendiri.

Maka para pencinta agama,terpaksa mengambil jalan paling sukar dan mengelirukan;masuk bersama-sama ke dalam sistem demokrasi dan berjuang ke di dalamnya.Inilah jalan yang amat sukar,ibarat membiarkan diri diperangkap dengan jerat tikus yakni demokrasi, untuk mendirikan hukum Allah.The Hidden Hand tersenyum melihat perangkapnya mengena.Dia tahu gerakan Islam tidak akan ke mana,di sana perangkap, di sini pun perangkap.

Perbalahan antara Pas dan Umno ibarat perbalahan keluarga yang kompleks.Umno ibarat adik yang degil dan suka berpeleseran,suka mendengar kata-kata kawan-kawan yang rosak,tidak mahu sembahyang dan suka memasang radio kuat-kuat.Pas pula adalah abang yang garang.Abang yang pernah mengaji agama dan faham hukum-hukum agama.Si abang terus memarahi si adik,merotannya dan mengingatkan tentang balasan Tuhan,namun si adik merasa tersinggung dengan sikap abang.Jauh dihati kecil si adik,sayang terhadap agama itu masih ada namun dirinya amat lemah dengan godaan dunia dan nafsu.Namun cara si abang amat dibencinya.Adik mula memaki hamun abang dan kemudian giliran abang pula yang berkecil hati dengan si adik.

Kemudian masing-masing menjauhkan diri.

Kehadiran DAP memburukkan lagi suasana.Pas yang terdesak kerana masih tenggelam timbul dalam pilihanraya terpaksa bekerjasama dengan DAP untuk sekurang-kurangnya menidakkan majoriti Umno/BN.Ini kerana pada fikiran Pas,Umno sudah rosak dan jalan lain perlu dicuba untuk menafikan penguasaan Umno.

Di sini kesilapan Pas.Pas bekerjasama dengan orang yang punya agenda yang lain.Agenda yang lebih sadis dan berbahaya.

Apabila terdapat negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat,Pas rasa berjaya kerana dapat menguasai masjid dan surau dengan selesa.Ilmu agama dapat sampaikan dengan selesa.Namun pencacai Yahudi punya agenda lebih besar.Tidak perlu pergi jauh-jauh.Cuba kaji isu arak di Selangor.Pas Selangor cuba mempertahankan prinsip agama namun ia bukan sahaja diperleceh oleh orang bukan Islam malah dari kalangan Pas sendiri (mungkin ada api dalam sekam,siapa tahu?) semata-mata untuk menjaga kesatuan dalam Pakatan Rakyat.Adakah menjaga kesatuan Pakatan Rakyat lebih suci dari tanggungjawab amal maaruf nahi mungkar?

Inilah demokrasi yang penuh tipu muslihat.Kepada Pas,demokrasi bukanlah semata-mata suara ramai,itu propaganda sahaja.Itu kulit sahaja.

DEMOKRASI ADALAH TEMPAT BERMAIN PARA ELIT THE HIDDEN HAND.

Demokrasi ibarat permainan poker.Umno dan DAP adalah pemainnya.Pas cuba masuk untuk bermain dan jika menang,ia boleh menubuhkan negara Islam melalui demokrasi tadi.Ketika permainan,masing-masing cuba bermain 'psikologi' untuk mengelirukan.Adakalanya Pas mendapat 'pair of Ace' dan yakin boleh menang.Ketika 'flop', Pas semakin yakin,pemain-pemain lain tidak dapat menyainginya sehinggalah 'turn' dan 'rival' di mana terdapat 'pair of 2' namun Pas yakin dia tetap menang kerana memiliki 'daun' paling tinggi.Akhirnya Pas pun 'all-in';sanggup menerima persahabatan dengan DAP dan PKR yang jelas tidak bersetuju dengan konsep negara Islam.Menyerahkan segala-galanya.Tetapi salah seorang pemain juga 'all-in' dan apabila kad masing-masing dibuka,malangnya pemain tadi mempunyai kad '2' dan sekaligus memiliki 'House' atau 'Three of Kind'.Akhirnya Pas yang kecewa.

Demokrasi adalah perjudian getir buat gerakan agama untuk mendaulatkan Islam melaluinya.Demokrasi adalah perangkap.Demokrasi adalah jerat.

Kalau begitu bagaimana?Bagaimana mahu keluar dari perangkap yang memenatkan ini?

KEMBALI KEPADA PENCIPTA.

Orang ramai hatta orang Islam sendiri tidak akan menyokong konsep negara Islam jika mereka tidak dijelaskan dengan baik apakah itu hukum Islam.

Orang bukan Islam tidak menjadi masalah.Mereka masih minoriti.Jika orang Islam khasnya orang Melayu tidak yakin dengan agama sendiri,bagaimana orang bukan Islam mahu yakin dengan undang-undang Islam?Jadi masalah di sini adalah orang Melayu khasnya para pengundi Umno/BN.

Ingat,walaupun demokrasi penuh tipu muslihat,namun kita boleh memanipulasinya sekadar yang mampu.Katakan kita boleh pakai prinsipnya yang paling mudah,iaitu suara ramai.

Bagaimana jika dalam 10 orang,seorang sahaja yang faham kalimah 'LAILAHAILLALLAH' dan yang lain tidak?Jika 'bermain' demokrasi,adakah yang seorang itu akan menang?TIDAK SAMA SEKALI.Sebab itu jika 9 orang tadi adalah orang-orang yang bodoh,maka negara akan diperintah oleh orang-orang yang bodoh dan undang-undang yang bodoh.Itulah demokrasi.

Maka tugas sebenar Pas ialah memasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' kepada hati semua umat Islam khususnya para pengundi Umno yang masih khayal dengan racun penjajah.MANA DIA USRAH-USRAH PAS??



Kemana perginya?Inilah balasan Tuhan kerana meninggalkan kerja dakwah.Ingat,dakwah dan politik perlu bergerak seiring,baru menepati kaedah nabi yang mendirikan negara Islam Madinah.Kerana terlalu berpolitiklah orang-orang agama terperangkap dalam permainan musuh-musuh Allah.

Pas tidak perlu dibubar dan menjadi Jemaah Tabligh.Pas tetap berperanan sebagai 'political axis' dalam agenda Islam,namun perlu ada hubungan dengan orang yang menjalankan kerja-kerja dakwah seperti Jemaah Tabligh jika masih terkial-kial dengan program usrah yang segan hidup mati tak mahu.Dua entiti ini kena bergerak serentak.Orang dalam Tabligh tidak boleh perlecehkan Pas.Pas tidak boleh perlecehkan Tabligh.




Jika seluruh pengundi Umno/BN iaitu yang majoritinya orang Melayu/Islam dapat dimasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' yang menjadi hak mereka yang hilang akibat racun penjajah,ke dalam hati mereka,nescaya tanpa perlu ceramah Pas yang berapi-api,mereka akan berbondong-bondong masuk ke dalam sistem Allah.

Pas perlu kuat dalam siasah mereka.Para pemimpin mereka perlu belajar ilmu siasah politik.Atau SAINS POLITIK.Ulama yang memegang amanah politik lain cabarannya dengan ustaz yang mengajar kitab-kitab di surau-surau.Pas perlu mengkaji senario politik global.Belajar apa itu Freemason dan Illuminati.DAN PROKSI-PROKSI MEREKA DI SINI.Pas kena keluar dari politik Malaysia yang sempit kepada lebih berwaspada dengan politik NEW WORLD ORDER.Inilah cabaran yang sebenar.Jika ini dapat dicapai,Pas akan dapat melihat siapa lawan siapa kawan.

Hak saudara seagama dalam Umno perlu ditunaikan.Jangan marah dan memakihamun mereka.Dekati mereka dan nasihatilah dengan hikmah.Mungkin hanya Jemaah Tabligh yang mampu menjadi orang tengah.Mampu mendekati saudara seagama dalam Umno,melembutkan hati mereka dan sedar bahawa ABANG YANG MEMARAHI ADIK TADI TIDAK SANGGUP MEMBIARKAN ADIKNYA SENDIRI TERBAKAR DALAM JAHANNAM.

Umno ibarat saudara yang buta matanya (oleh penjajah) dan hampir-hampir memegang api dihadapannya.Pas nampak,tetapi caranya kasar,ia menepis sehingga menyakiti Umno.walaupun niat Pas baik,namun Umno semakin benci dengan Pas kerana mengasarinya namun Umno tidak sedar,jika dia tidak ditepis oleh Pas,pasti tangannya terbakar.Dalam hal ini Pas mesti berubah cara atau pendekatan dakwahnya atau dia perlukan pertolongan adik beradik yang lain,yang paling baik setakat ini adalah Jemaah Tabligh bagi melembutkan hati Umno.

Percayalah,si adik perlukan abang yang penyayang dan memberikan nasihat dengan senyuman.

Dan jika ini terjadi,walaupun kita disuapkan dengan racun,kita dapat mengubahnya menjadi madu yang manis,segar lagi menyihatkan.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...