Sabtu, 18 April 2015

"KALAU TUHAN iTU BAIK, KENAPA CIPTAKAN NERAKA?

A -  "KALAU TUHAN iTU BAIK, KENAPA CIPTAKAN NERAKA? Kenapa tdk dicipta syurga saja?
Inikah yg dikatakan Tuhan Maha Penyayang?"

B - " Kalau Tuhan tdk mencipta neraka, lebih baik saya berjudi, atau mencuri , hidup senang, lepas mati pun tak khawatir sebab dijamin masuk syurga. saya boleh meragut dan membunuh kamu . sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua akan jumpa lagi di syurga..Kan Tuhan itu baik?"

B sambung lagi - "Perkara seperti tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa gunanya jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih enak. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' . Pembunuh akan berjumpa dengan orang yang dibunuhnya dalam syurga. Pemerkosa akan bertemu lagi dengan korbannya disyurga, Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan yg seperti ini yang kita mau?
Apa kamu rasa ini adil ?"
"Mana adil semacam itu. Orang jahat takkan Dia lepaskan begitu saja."

B berkata lagi "Bila tuhan tdk adil, apakah dianggap baik?"
A terus terdiam.

B mengakhiri kata- katanya: " saya memberi nasihat ini kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab itu neraka perlu dibuat. Untuk menghukum hamba- hambaNya yang durhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa kamu sudah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ini. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita."

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...