Pendedahan Menggemparkan oleh Murdoch |
Sehubungan tulisan
mengenai kemungkinan Obama adalah Dzu as-Suwaiqataini iaitu lelaki
kulit hitam yang akan menyerang kaabah berdasarkan sifat-sifat yang
telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Satu lapuran yang menggemparkan
yang dikeluarkan oleh pihak perisikan Russia (FSB) mungkin menguatkan
lagi andaian tersebut. Lapuran FSB tersebut mengaitkan penahanan Murdoch
jutawan media kerana beliau akan membuat pendedahan tentang Obama yang
pasti menggemparkan dunia. Pendedahan itu akan dibuat dalam sebuah buku
yang akan di terbitkan oleh Murdoch tentang Obama adalah keturunan dari
Jesus Christ. Oleh itu skandal pengintipan telefon dan rasuah kepada
polis di UK hanyalah untuk memalingkan Murdoch dari meneruskan usaha
tersebut.
Empayar media Murdoch dipercayai
dibiayai dan di kuasai oleh kumpulan rahsia Knights Templar. Kumpulan
kultus Knights Templer ini mempercayai Jesus mempunyai keturunan melalui
Mary Magdalene. Tetapi satu masalah timbul keturunan yang didakwa dari
Jesus dan Mary Magdalene dari Ethiophia ini adalah mereka berkulit hitam
dan bukan berkulit putih (menepati amaran Rasulullah golongan ini akan
menyerang kaabah!); dimana golongan ini telah di perangi dan cuba
dihapuskan oleh pengasas gereja Katolik termasuklah Knights Templer.
Peperangan tersebut ditulis secara terperinci oleh pengkaji Amerika Ean
Berg bertajuk " The Cult of Black Virgin".
Pendedahan Murdoch itu akan diterbitkan olehnya dalam buku bertajuk “Barack Obama, The Christ Child Among Us.” Mengikut
lapuran FSB lagi pendedahan yang menggemparkan dalam buku tersebut
ialah dakwaan Obama adalah keturunan langsung dengan Jesus Christ dan
Mary Magdalene, dimana beliau sejak lahir lagi telah dilindungi oleh
Knights Templer. Kononnya misinya adalah mendamaikan manusia seluruh
dunia tetapi terlebih dahulu memusnahkan semua peraturan-peraturan lama (
Old World Order ). Tetapi kebimbangan utama mereka adalah, apabila
dakwaan Obama ini diketahui ramai, lapuran FSB itu menyatakan,
kestabilan Amerika akan tergugat kemungkinan berpuluh-puluh juta lagi
yang akan bangkit memberontak beliau kerana mempercayai beliaulah
Anti-Christ yang ditakuti diramalkan akan muncul sebelum kehancuran
dunia. Menariknya apabila semua isu ini timbul adalah mengesahkan
asal-usul Obama yang misteri dan semua latarbelakangnya yang lalu telah
di rahsiakan menyebabkan ramai mempercayai dia bukanlah kerakyatan
Amerika.
Beberapa perkembangan yang
berlaku sekarang ini termasuklah penyingkiran/penangkapan Strauss-Kahn
dari IMF (kerana mendapati simpanan emas US telah tiada), serangan
Norway, serangan Libya dan skandal Murdoch adalah kerana Amerika ingin
menyembunyikan masalah ekonomi mereka yang tenat dan mengheret sama
dunia dalam krisis.
0 komen: