Muhammad Merah, yang dituduh membunuh beberapa orang askar Perancis dan
Yahudi, dan telah dibunuh oleh penembak tepat dengan satu tembakan di
kepala oleh polis Perancis selepas dikepung selama 32 jam; merupakan
agen perisikan DGSE Perancis. Menurut sumber yang dipercayai dalam Il
Foglio, the Directorate General for External Security (DGSE), agensi
yang bertanggung jawab dalam perisikan dan pencegahan pengganas diluar
sempadan, telah memberi jaminan kepada Merah, sebagai pemberi maklumat -
masuk ke Israel dalam September 2010 melalui pusat pemeriksaan di
sempadan Jordan.
Dia diberi kebenaran untuk tinggal selama tiga hari sebagai pelancung
sebelum kembali ke Jordan dan kemudiannya menuju ke Afghanistan.
Kemasukannya ke Israel, yang dilindungi oleh Perancis, untuk membuktikan
keupayaan rangkaian jihad memasuki Israel dengan senang menggunakan
pasport Eropah. Ia juga dilihat sebagai pemuda boleh digunakan untuk
menyamar bagi memasuki pusat latihan pengganas.
0 komen: