Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Sejarah |
Masjid Nabi Bertukar Menjadi Kota Metropolitan Selepas 4 Tahun |
Lapuran dari akhbar The Independent melapurkan rancangan Arab Saudi
untuk meruntuhkan salah satu dari tiga masjid tertua didunia, iaitu
Masjid Nabawi sebaik saja berakhirnya musim haji bulan ini. Ia dikatakan
dapat menampung jemaah seramai 1.6j orang dan melibatkan perbelanjaan
berbillion dolar.
Kerja-kerja pembinaan akan bermula sebaik saja musim haji tahun ini
berakhir. Ia bakal menjadi bangunan yang dapat menempatkan manusia
paling ramai didunia iaitu seramai 1.6j orang jemaah. tetapi kebimbangan
telah mula timbul apabila melibatkan kesan-kesan tinggalan terpenting
dalam sejarah Islam dirobohkan. Kemarahan telah mula timbul dinegara
tersebut apabila kerajaan beraja itu tidak mengendahkan tinggalan
sejarah penting didalam projek pembangunan Mekah.
Perobohan kubah hijau masjid Nabawi itu dibimbangi akan menjejaskan
makam yang menempatkan Rasulullah s.a.w dan dua sahabatnya iaitu Saidina
Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang
betul-betul terletak dibawah kubah tersebut.
Masjid Ghamama bersebelahan Masjid Nabawi |
Antara masjid yang bakal dirobohkan juga ialah Masjid Ghamama yang
mempunyai nilai yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Setakat ini
tidak ada perancangan oleh pihak Saudi untuk memelihara masjid tersebut.
Mengikut sejarah, masjid ini dinamakan Ghamama ialah kerana di masjid
inilah Nabi s.a.w membuat solat Istiskah (mohon hujan). Perkataan
Ghamama bermaksud awan dimana akan muncul secara tiba-tiba dan membawa
hujan selepat Nabi s.a.w selesai solat tersebut. Banyak lagi peristiwa
sejarah di zaman Nabi s.a.w berlaku di masjid tersebut yang sepatutnya
dipelihara oleh pemerintah Islam sebagai pengajaran untuk umat Islam
dimasa hadapan. Untuk maklumat boleh rujuk disini http://www.islamiclandmarks.com/saudi/madinah/other/masjid_ghamama.html.
Antara pihak yang melahirkan kebimbangan ialah Dr. Irfan al-Alawi dari
Islamic Heritage Foundation, beliau menyatakan," Tidak dapat dinafikan
Madinah perlu dibangunkan, tetapi cara pihak berkuasa menanganinya
adalah amat membimbangkan ". Beliau menyatakan lagi," Terdapat berbagai
cara untuk membangunkannya yang boleh mengelak atau memelihara tempat
bersejarah dalam Islam tetapi sebaliknya mereka memilih untuk
merobohkannya".
Teguran paling keras dibuat oleh Syed Zaid Zaman Hamid seorang
penganalisis ketenteraan Pakistan apabila beliau menempelak kerajaan
Saud dengan perbuatan syirik apabila berusaha memelihara patung berhala
di Madain Saleh tetapi di masa yang sama meruntuhkan masjid-masjid yang
dibina oleh para sahabat di sekitar Mekah dan Madinah.
Beliau menggesa supaya umat Islam seluruh dunia mengemukakan bantahan
samada bertulis atau sebagainya dimana-mana kedutaannya terhadap
tindakan Arab Saudi tersebut. Kata beliau lagi, ini bukan isu mazhab
tetapi isu melibatkan sejarah umat Islam, keimanan dan kecintaan
terhadap Rasulullah s.a.w dan para tabien yang banyak berjasa terhadap
Islam. Apakah sikap umat Islam kalau Yahudi melakukan perobohan terhadap
Masjid al-Aqsa, umat Islam akan terus istiharkan perang tetapi apakah
kita berdiam diri jika pencapaian umat Islam lebih 1400 tahun
dimusnahkan begitu saja tanpa sebarang bantahan?
Papan Iklan Promosi Berhala Madain Saleh terletak diluar Masjid Nabawi. Mereka merasakan sejarah berhala adalah lebih besar berbanding sejarah Masjid Nabi! |
Inikah tanda-tanda kerosakan di Madinah yang dimaksudkan didalam hadis yang diberitahu oleh Rasulullah ini?
Berkata Muadz ibn Jabal r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Makmurnya
Baitul Maqdis merupakan kerusakan bagi Yatsrib(Madinah), rusaknya
Yatsrib(Madinah) sebagai tanda dimulainya al-malhamah, dimulainya
al-malhamah merupakan pembebasan bagi Qostantinopel, dan pembebasan
Kostantinopel sebagai tanda keluarnya dajjal”, lalu Muadz ibn Jabal
memukulkan tangannya ke paha atau pundak orang yang sedang diajaknya
bicara, sambil berkata: sungguh ini pasti terjadi, sebagaimana pastinya
engkau duduk disini.
Hadits Hasan riwayat Abu Dawud
0 komen: