Lihatlah bangunan Menara Jam Mekah (Fairmont Tower) lebih tinggi dari pergunungan sekitarnya |
Pada zaman Nabi s.a.w, jumlah penduduk di kota Makkah masih sedikit,
begitu pula dengan bangunannya. Rasulullah saw telahpun memberi amaran
bahawa saat dekatnya kiamat ialah apabila didirikan bangunan sekitar
Ka'bah melebihi dari pergunungan sekitarnya. Inilah membuktikan
mukjizat Nabi saw apabila secara khusus menggambarkan pembangunan pesat
yang akan berlaku di sekitar Ka'bah. Tetapi yang lebih memeranjatkan
apabila dinyatakan bahawa golongan yang sama itu jugalah yang bakal
meruntuhkan Ka'bah! Alasan golongan tersebut ialah mereka akan membuat
binaan yang lebih moden lagi.
Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ dari
ayahnya, dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang onta
Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata: "Bagaimana pendapat kalian,
jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih
menumpuk? Mereka menjawab: oleh kita yang beragama Islam? Beliau
menjawab: benar, kalian yang beragama Islam. Seseorang bertanya: lalu
apa lagi? Beliau menjawab: kemudian ia akan dibangun dengan yang lebih
bagus darinya. Apabila kalian telah melihat galian-galian besar di
Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi
pegunungannya, maka ketahuilah bahwa kiamat telah mendekatimu"[1].
Juga dinyatakan dalam hadis tersebut berlakunya penggalian besar-besaran
disekitar Ka'bah. Maksud penggalian tersebut ialah pembinaan terowong
(tunnel) didalam tanah dan juga penggalian pembinaan basement untuk
bangunan pencakar langit.
Pembinaan terowong (tunnel) tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2006
lagi bagi mengalirkan air zamzam dan juga untuk aliran air permukaan
disekitar Ka'bah. Sungguh mengejutkan tanda-tanda yang telah di beritahu
oleh Rasulullah saw itu begitu tepat dari segi skala pembinaan dan
perancangan pembinaan; meliputi pembinaan pencakar langit beserta
beserta jaringan terowong (tunnel) yang dilakukan pada masa yang sama,
juga sebagai petunjuk tentang masa dan kemunculan golongan yang
merendahkan Ka'bah.
Disini dibentangkan gambar-gambar susun atur pembinaan terowong (tunnel) sekitar Ka'bah.
[1] HR. Ibnu Abi Syaibah dan al-Arzaqi . Hadits ini memiliki beberapa
jalan yang baik. Hadis ini di ambil dari buku karangan Dr. Muhammad ibn
Abdurrahman al-'Areifi Dekan Aqidah dan Agama serta madzhab kontemporer
di Universitas al-Malik Sa'ud – Riyadh, juga merupakan anggota Majelis
Tinggi Pengetahuan Islami. Ini judul buku tersebut terjemahan bahasa
Indonesia http://www.qu2buku.com/Kiamat%20Sudah%20Dekat
0 komen: