![]()  | 
| Pusat Hiburan Ferari di Abu Dhabi | 
Dalam riwayat lain: "Apabila anda menyaksikan seorang yang 
bertelanjang kaki, lapar dan peminta-minta menjadi pemimpin masyarakat; 
maka itu termasuk salah satu dari tanda kiamat" seseorang bertanya: 
Wahai Rasulullah, siapakah pemilik kambing, bertelanjang kaki, lapar dan
 menjadi peminta-minta? Beliau menjawab: "Bangsa Arab" [HR. Ahmad, dan dishahihkan oleh al-Albani dalam "as-Silsilah as-Shahihah" (3/332)].
Seperti yang telah kita maklum bahawa Rasulullah s.a.w telah 
mengingatkan akan tiba satu waktu di akhir zaman ini keluarnya golongan 
pengembala yang dulunya dalam kemiskinan tetapi telah menjumpai kekayaan
 tetapi menggunakan kekayaan tersebut untuk tujuan kemewahan dan 
menunjuk-nunjuk. 
UAE merupakan sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin yang dulunya 
adalah seorang badui padang pasir. Ibu negerinya Abu Dhabi telah 
bertukar dari sebuah padang pasir menjadi sebuah bandar metropolis yang 
mempunyai segala bentuk kemewahan dan hiburan yang diimpikan oleh 
manusia. Bangunan pencakar langitnya tiada tandingan didunia ini. Burj 
al-Khalifa bangunan pencakar langitnya yang tertinggi hanyalah akan 
dapat diatasi oleh Kingdom Tower ketinggiannya mencecah 1km yang mula 
dibina tahun lepas di Jeddah, itupun dibina oleh bangsa Arab juga.
Allah menakdirkan Abu Dhabi dari sebuah perkampungan nelayan tibab-tiba 
berubah secara mendadak pada tahun 1960-an apabila telaga minyak yang 
terkaya di atas planet ini dijumpai dikawasan perairannya. Ia kini 
mempunyai 99% dari simpanan minyak dunia. Wang mengalir ibarat sungai di
 negeri padang pasir ini. Ia mengalir kedalam poket seorang lelaki badui
 yang dilahirkan pada tahun 1918: Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, 
yang mana pada tahun 1971 beliau diangkat menaiki takhta Abu Dhabi dan 
UAE. Dengan kekayaan tersebut beliau telah mula merancang metamorfosis 
Emiriyyah kedalam bentuk yang tidak pernah dimimpikan oleh puak Badui.
Bangsa Arab Badui ini telah menakrifkan semula apakah maksud kemewahan. 
Inilah cogankata risalah Hotel Emirates Palace, hotel 7 bintang hanya 
terdapat di Abu Dhabi. Mereka mengatakan telah menggunakan sebanyak 5 
kilo emas tulen setahun semata-mata untuk menghiaskan kawasan gurun 
tersebut.
![]()  | 
| Hotel 7 bintang Emirates Palace di Abu Dhabi | 
![]()  | 
| Arak bersalut emas ini hanya di hidangkan di Hotel Emirates Abu Dhabi | 
Wildlife Park di Pulau Sir Bani Yas mempunyai berbagai binatang seperti 
kijang, dubuk dan zirafah yang dilepaskan bebas berkeliaran bagi 
pengunjung untuk merasai suasana sebenar binatang liar. Bangunan 
pencakar langit seperti Corniche, iaitu sebuah bangunan yang dibina 
mengadap laut dan menjadi pesaing kepada Havana di Cuba untuk 
kepelbagaian gaya terkini.
Dengan harta kekayaan yang melimpah-ruah berjumlah lebih 27 billion USD,
 Abu Dhabi merancang menukarkan tanah gurun tersebut menjadi pusat seni 
budaya dunia yang terulung. Iaitu mengembalikan segala khazanah budaya 
dunia yang berasaskan hawa nafsu yang dulunya ditentang oleh para nabi 
dengan kemurniaan kebudayaan Islam.
Mereka merancang membawa masuk muzium Louvre (http://www.louvre.fr/en)
 dari Perancis dengan membayar 4.8 billion dirham untuk mendapatkan hak 
menggunakan karya dan juga kepakaran muzium tersebut. Ini juga bermakna 
ia juga membawa masuk patung-patung yang dipuja oleh kaum jahiliyyah 
dahulu.
![]()  | 
| Patung Bactrian Princess dari 3000B.C yang dimiliki UAE | 
Pada mulanya, jazirah arab dipenuhi oleh kesyirikan dan orang-orang yang
 menyembah berhala, kemudian Allah utus Nabi-Nya dan memberi kemudahan 
kepadanya dengan mengirim bala bantuan, sehingga dapat menghancurkan 
berhala dan mengajak mereka meng-Esakan Allah semata.
Akan tetapi bersamaan dengan semakin dekatnya kiamat, dan semakin 
jauhnya manusia dari agama serta dari menuntut ilmu, sebagian dari 
mereka akan ada yang kembali menyembah berhala, dan ini merupakan salah 
satu tanda kiamat. Usaha yang dilakukan oleh Arab Badui tersebut yang 
mula membawa masuk patung-patung berhala atas nama kesenian mengingatkan
 kita terhadap peringatan yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w 
dalam hadith tersebut;
Berkata Abu Hurairah r.a: bersabda Rasulullah s.a.w: “Tidak akan terjadi kiamat hingga bokong wanita suku Daus kembali bergetar terhadap Dzul Khalashah”[HR. Bukhari dan Muslim] 
“Dzul Khalashah”: adalah nama berhala yang pada zaman jahiliyah disembah oleh qabilah Daus.




0 komen: