Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 
'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu
 sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak
 sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk 
merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus 
orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, 
"mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain 
ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan 
menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka 
barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun 
daripada harta itu".
Telah banyak peristiwa akhir zaman yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w sejak 1400 tahun dahulu telah menjadi kenyataan (sila rujuk posting yang berkenaan dilaman ini). Antaranya ialah seperti hadis diatas, akan keringnya Sungai Furat hingga akhirnya menampakkan gunung emas yang selama ini tersembunyi dari pandangan manusia. Rasulullah s.a.w menjelaskan lagi berlaku peperangan yang dahsyat untuk merebut emas tersebut.
Semasa dibawah pemerintahan Saddam Hussin pada pertengahan tahun 80-an, 
kerajaan Iraq telah membina empangan sepanjang Sungai Furat dan 
menenggelamkan sebahagian besar kawasan yang ada antaranya terdapat 
binaan tamadun terdahulu. Tetapi Iraq telah mengalami kemarau yang teruk
 pada tahun 2009 yang lalu hingga paras air empangan tersebut telah 
susut hingga menampakkan hampir 90% kawasan yang dulunya tenggelam.
![]()  | 
| Binaan Purba Yang Muncul Akibat Keringnya Sungai Furat | 
Kejadian kemarau tersebut yang menyebabkan surutnya Sungai Furat telah 
menampakkan kawasan arkeologi purba yang sama sekali tidak disangka. 
Ratib al-Kubaisi seorang pegawai Jabatan Antikuiti di wilayah Anbar 
menyatakan," Ramai orang menyangka Anbar adalah kawasan padang pasir 
yang tidak mempunyai nilai sejarah tetapi dengan terjumpanya tapak ini 
ia menjadikan sebuah kawasan yang arkeologi yang terpenting di Iraq. 
Kawasan ini merupakan penempatan tamadun manusia pertama di Iraq".
Seorang nelayan di sungai tersebut, Sa'ad Naji memberitahu," Sungai ini 
telah surut kearas yang paling rendah pada ingatan kami," beliau 
menambah lagi," Kami mula mencari sekeliling kawasan ini dan menjumpai 
tempayan tanah liat dan tulang lama, syiling dan bahkan perhiasan emas".
Sekiranya Iraq menjumpai kawasan simpanan emas yang besar nescaya 
peperangan besar akan meletus dengan lebih hebat di wilayah yang sudah 
bergolak itu. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mengingati 
pesanan Rasulullah supaya menjauhi dari mengambil emas tersebut! 

0 komen: