Ahad, 10 Jun 2012

Punk dan Yahudi


Pengasas muzik PUNK adalah Yahudi, itulah hakikatnya. Muzik yang digilai ramai sejak 1990-an di Malaysia ini sebenarnya sudah lama bertapak di bumi Amerika cumanya pengaruh PUNK lambat sampai kerana himpitan dengan genre-genre muzik lain seperti heavy metal, rock dan ballard.

Zaman kegemilangan PUNK

Muzik PUNK adalah sejenis muzik bersahaja yang unik tetapi ada simfoninya ditambah dengan bunyi-bunyian yang agak bercelaru. Muzik ini menggunakan alat-alat muzik yang sama dengan genre muzik lain tetapi perbezaannya hanyalah pada pakaian si pemuzik.

PUNK mula diperkenalkan sejak 1976 di Amerika, Britain dan Australia. Ketika itu kebanyakan pemuzik jenis punk melakukan sendiri pembikinan album mereka bermula dari penciptaan lagu, rakaman, hinggalah kepada percetakan album.

Antara kumpulan yang dikatakan pengasas PUNK ialah Ramones. Kumpulan yang berasal dari Amerika ini diasaskan oleh pemain drumnya iaitu Tommy Ramones. Kejayaan kumpulan Ramones pada eranya lebih menonjol walaupun ketika itu diasak oleh kepopularan band-band lain seperti Sex Pistol dan The Clash.

(Gambar) Tommy Ramones (kanak sekali) dan ahli-ahli kumpulannya.

Keyahudian PUNK

PUNK dikatakan berasal dari Yahudi kerana pengasas band The Ramones iaitu Tommy Ramones adalah keturunan Yahudi yang berhijrah dari Budapest, Hungary. Tommy bukan sahaja seorang Yahudi tetapi kini aktif dalam aktiviti-aktiviti komuniti Yahudi seperti YIVO Institute for Jewish Research di Manhattan.

Selain Tommy Ramones, antara pelopor PUNK era 1970-an yang lain ialah Lenny Kaye yang dahulunya gitaris kepada kumpulan Patti Smith Group.

Kini lagenda-lagenda PUNK era 1970-an bukan lagi bermuzik seperti lagenda-lagenda pemuzik di Malaysia, mereka bersatu di bawah YIVO Institute dan berbincang tentang hal ehwal politik dan halatuju muzik PUNK mereka.

Menurut akhbar Israel, Haaretz pada 21 Julai 2009, satu forum yang dianjurkan oleh YIVO telah membincangkan akan isu-isu berkaitan PUNK. Antara perbincangan yang hangat ialah berapa banyak pengaruh budaya Yahudi di dalam muzik PUNK.

Forum itu dipengerusikan sendiri oleh Lenny Kaye manakala ahli-ahli panelnya ialah bekas-bekas pemuzik PUNK era 1970-an seperti Tommy Ramones, Chris Stein dan Manitoba.

Selain persoalan masa depan Punk, forum itu juga membincangkan berkenaan artikel Steeven Lee Beeber yang bertajuk “The Heebie-Jeebies at CBGB’s: A Secret History of Jewish Punk”.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...