Jumaat, 27 April 2012

Illuminati @ Freemason Disebalik Iklan Raya di Malaysia?

Nampaknya iklan raya TV3 baru-baru telah dikaitkan dengan illuminati/freemason yang dikatakan sedang giat bergerak aktif di Malaysia. Betulkah begitu? Tanpa amaran dan komen daripada Kementerian yang terbabit mengenai isu iklan raya TV3 baru-baru ini? Tarik balik macam itu sahaja? Sepatutnya TV3 diberikan amaran keras, tunjuk sebab. Kalau tidak selepas ini, pihak penyiaran suka-suka sahaja siarkan tanpa semakan terperinci, kemudian apabila bersalah, tarik balik dan kemudiannya minta maaf. Mudahnya…..


Yang buat iklan tu pun cayanunalif aka bangsa Cina dan agama lain. Kita tak boleh salahkan beliau semata kalau dia nak masukkan unsur Kristian mahupun Buddha ke dalam iklan raya Tv3 kali ini. Mereka ini hanya fikir kreatif sahaja, mana dia nak tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh dan dia tak fikir pun sensitiviti agama. Bagi mereka itu tak penting yang penting kreatif, kemudiannya untung.

  • Pada kami beliau silap idea. Mungkin niatnya nak campur-adukkan kesemua agama dalam satu iklan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri
  • Kalau Grafik, editing cantik sekalipun, tiada gunanya jika mesejnya tidak sampai kepada penonton. Dalam pada masa yang sama ideanya telah menimbulkan kemarahan sebahagian besar umat Islam di Malaysia
  • Jadi apabila tiba proses persetujuan sebelum disiarkan di kaca televisyen, big boss pun kena ada pengetahuan. Bukan boleh seronok main redah sahaja untuk memberikan persetujuan
  • Kalau tidak kerana big boss aka CEO Rangkaian Media Prima, Datuk Seri Farid, iklan raya seperti ini tidak akan keluar dan isu seperti ini dapat dielakkan


Masalahnya, kenapa yang tukang luluskan tak boleh nak fikir perkara-perkara sebegini dan tak nampak lagi apa boleh, apa yang tak boleh. Datuk Seri Farid yang kena fikir 100%. Kalau tak mampu nak buat semakan dan penilaian, tubuhkan badan pemantau. Ataupun sebelum memberikan tugas terutamanya kepada bukan Islam, berikan penerangan mengenai gambaran yang patut diselitkan dalam pembikinan iklan tanpa menyentuh sensitiviti agama.

Memang iklan tersebut tiada ciri Aidilfitri seperti yang diharapkan. Kalau dah pakai baju kurung, baju melayu dan songkok, sambil kacau dodol, itu pun dah cukup untuk terjemahkan Aidilfitri. Iklan kali ini dilihat terlalu mengejar 1Malaysia. Sampaikan perayaan keagamaan pun nak dicampur-adukkan. Agama Kristian sendiri bencikan Santa Claus kerana mereka beranggapan Krismas sudah hilang penghayatan disebabkan terlampau banyak cerita dongeng dan komersial. Kita pula boleh di sini memujanya.

Iklan Aidilfitri sepatutnya ada unsur:

  • zakat fitrah..
  • takbir raya
  • solat sunat aidilfitri
  • memohon ampun dan maaf
  • mengunjungi sanak saudara

Itu lebih penting dari dipaparkan semua unsur-unsur 1 malaysia, sepatutnya mengutamakan cara islam itu sendiri.

Cuma apa yang boleh dipuji di sini, pihak TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka dalam Buletin Utama dan dah tarik balik iklan raya TV3 tersebut. Sebab apa saya katakan begini, ada siaran TV yang lain, kalau buat fitnah dan tohmahan buat tak tahu sahaja apabila dah buat salah. Tang ini kami puji TV3. Itu pun setelah mendapat bantahan keras daripada umat islam di Malaysia. Kalau tidak?

4966585225 91dc5f3258 Illuminati @ Freemason Disebalik Iklan Raya di Malaysia?

Kalau nak terapkan 1Malaysia pun, tiada masalahnya. Silakan. Tetapi biarlah berpada-pada. Kalau nak sesuaikan dengan pelbagai kaum untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri sekalipun contohnya amalan ziarah-menziarahi tiada masalah. Tetapi janganlah mencampur-adukkan dengan perayaan lain. Kalau tidak senario akan jadi begini……

Bayangkan kalau kita buat tidak tahu sahaja sehinggakan iklan seperti ini melarat dekat billboard di KLIA contohnya. Mat salleh lalu tengok kemudian mengatakan sambutan Hari Raya sudah macam Krismas. Mereka ada lanca terbang juga rupanya. Kemudian mereka akan menyangka yang kita juga ada santa claus sendiri aka Pak Mat Si Santa Claus

Budaya Melayu selama ini pun banyak ikut Hindu. Contoh paling ketara dan nyata adalah :

  • semasa nak diadakan majlis perkahwinan, kena ada majlis sanding, berinai
  • masa raya pula nak kena bagi angpow. Ha…yang ini ikut Cina. Kalau tidak memberi orang mengata. Kalau tidak menerima, kanak-kanak sudah rasa janggal pada hari raya tersebut
  • ketupat palas: ikut budaya orang Asli
  • pelita & panjut: ikut budaya India/Hindu
  • lampu warna-warni (cahaya Krismas): ikut budaya Krismas

4966585171 a5e5f71a27 Illuminati @ Freemason Disebalik Iklan Raya di Malaysia?

Nak sibuk-sibuk kaji illuminati/freemason di Malaysia, sedangkan perkara seperti ini kita tak mampu nak kawal. Minta maaf sekali ini daripada kami jika artikel kali menyentuh perasaan sebahagian besar pembaca yang tidak bersependapat dengan kami. Kalau ada hujahan anda sendiri, lontarkan di ruangan komen di bawah ini.

Kami masukkan isu-isu yang dikatakan tersirat seperti didakwa di dalam beberapa page Facebook mengenai isu Iklan Raya kali ini yang dikatakan turut mempunyai unsur illuminati/freemason untuk dibuat perbandingan. Tak habis-habis kajian mengenai illuminati/freemason di Malaysia. Semuanya nak dikaitkan dengan konspirasi illuminati/freemason sehingga kadangkala hujah yang diberikan tak masuk akal.

Tak payah sibuk-sibuk mengenai illuminati/freemason di Malaysia, yang sudah terang lagi bersuluh masalah seperti zina, rogol, rasuah dan penyelewengan, murtad lebih memberikan kemudaratan kepada umat Islam

Samada kebetulan atau tidak, mengapa ada segelintir daripada kita cuba mencetuskan kontroversi begini. Nabi Muhammad S.A.W tak pernah ajar kita untuk buat benda-benda sebegini. Tak bermaksud kami menyokong atau tidak, tanpa berfikir terlebih dahulu. Tetapi jika kita benar berkata fikiran terbuka, sejauh mana terbukanya fikiran sekiranya segala sesuatu yang ada depan mata kita kaitkan dengan benda lain dan cetuskan kontroversi-kontroversi sebegini.

Yang penting di sini adalah AKIDAH. Itu yang perlu diterapkan dari awal lagi. Saudara-saudaraku, jadilah orang yang mutawassit dalam melakukan sesuatu, janganlah kita menjadi golongan ekstremis, Rasulullah tidak suka sebegitu…

Bagi kami sendiri iklan dalam TV3 itu tidak sampai memesongkan akidah, adakah kami termasuk dalam ahli-ahli yang munafik atau kafir? Santa Claus itukan budaya orang putih sahaja, bukan dalam ajaran Kristian yang sebenar. Jangan kata Santa Claus, Hari Krismas itu pun sendiri tiada dalam ajaran mereka.

Dalam bahasa mudahnya penggunaan beca terbang umpama santa claus tu memang kami tak setuju sangat tetapi apa relevannya sehinggakan setiap babak dan pergerakan dalam iklan tersebut dipaparkan dalam sudut yang begitu negatif sekali daripada sesetengah Muslim dengan mengaitkan unsur-unsur illuminati/freemason dalam iklan raya TV3 kali ini?

Dah berkali kami tengok iklan ini, tak hilang akidah pun. Ramai yang dah tengok iklan itu tiadalah sampai rosak akidah. Cuma iklan itu tidak sesuai, itu sahaja. Kami rasa tengok Melodi lagi bahaya dari tengok iklan ini

Adakah Muslim itu sifatnya mencari salah orang lain ke? Sampaikan pakai songkok putih pun disalahertikan dan disamakan pula dengan POPE. Ya…Allah sampai begitu sekali. Betul-betul kami tak sangka dakwaan sebegini sekali yang akan keluar daripada kata-kata sesetengah Muslim. Permikiran apakah ini? Adakah ini orang Islam yang dikatakan open minded? Cuba fikirkan kalau orang bukan Islam atau yang baru nak kenal Islam baca kenyataan seperti yang keluar di mana media-media di Internet? Apa mereka akan rasa? Pasti mereka fikir Islam itu permikiran sempit.

Kolot, tak boleh itu, tak boleh ini, suka berprasangka buruk dengan kaum & agama lain dan macam-macam lagi.

Yang pasti semua yang dilontarkan adalah sifat yang negatif terhadap Islam dek kerana perbuatan umat Islam itu sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah wahai saudara-saudara Islamku agar tidak keterlaluan sehingga memakan diri sendiri. Ada banyak lagi cara lain untuk menegakkan syiar Islam. Bukan dengan memburuk-burukkan agama lain. Rasulullah s.a.w tak ajar umatnya begitu.

Kalau betul anda taksub dengan dakyah kononnya illuminati/freemason di Malaysia sedang giat disebarkan di Malaysia, lakukan dengan cara yang betul. Memang betul diketahui kewujudan pergerakan illuminati/freemason ini tetapi janganlah sampai keluar dakwaan dangkal seperti ini? Bagaimana dengan pak cik dan atuk-atuk yang pakai songkok selama ini? Daripada sejak orang tua itu hidup lagi, sehingga sekarang, entah mereka tahu ker tidak kewujudan illuminati/freemason ini. Hidup mereka masih seperti biasa sahaja…..

Kenapa mesti diterangkan satu persatu sehinggakan menjadikan ramai orang terus menyedarinya. Tak ke benda ini akan lebih mengelirukan orang terutamanya golongan yang “cepat melatah” dan masih biasa ilmu agamanya. Sekali lagi, tak payah sampai nak kaji freemason/illuminati ini, lihat sahaja media elektronik di Malaysia rancangan-rancangan di televisyen itu sendiri boleh merosakkan akidah, dengan pakaian yang mendedah sehingga separuh bogel, aksi pegang tangan tak payah cakapla (berlambak), berpelukan, bercium, adakah ini semua tak rosakkan akidah? Jadi apa tindakan kita termasuk yang sibuk mengkaji dan risau gerakan freemason/illuminati? Yang sudah terang lagi bersuluh tak dapat dikawal, inikan pula nak dikaji benda-benda yang tak sepatutnya seperti ini.

Kalau benar takut dan risau dengan fahaman freemason/illuminati di Malaysia, lebih baik pergi “persiapkan diri terlebih dahulu”. Kemudian, sebarkan dakwah-dakwah Islam yang sebenar. Bukan andaian mengarut macam ini. Minta maaf sekali lagi kalau terasa.

Kita lihat dahulu dakwaan dan konspirasi disebalik Iklan Raya TV3 kali ini oleh geng-geng pengkaji tegar ini :

4967115768 fec82cec7c Illuminati @ Freemason Disebalik Iklan Raya di Malaysia?

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

  1. Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
  2. Buku – Bible
  3. Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
  4. Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
  5. Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
  6. Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
  7. Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

4967115796 5d790dc2c7 Illuminati @ Freemason Disebalik Iklan Raya di Malaysia?
4966513567 f93be4a2b4 Illuminati @ Freemason Disebalik Iklan Raya di Malaysia?
Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

  1. Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
  2. Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
  3. Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

4966513789 289b7917c6 Illuminati @ Freemason Disebalik Iklan Raya di Malaysia?

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

  1. Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
  2. Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
  3. Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

  1. Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
  2. Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
  3. Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

4966513751 a03a4b468a Illuminati @ Freemason Disebalik Iklan Raya di Malaysia?

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

4967115988 5387b2ed7c Illuminati @ Freemason Disebalik Iklan Raya di Malaysia?
Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

4967115860 16dfc3760c Illuminati @ Freemason Disebalik Iklan Raya di Malaysia?
Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda. SEKIAN KONSPIRASI IKLAN RAYA TV3. Apa kebenarannya?

Okey setakat itu sahaja, sekarang ini kami nak kongsi pendapat berkenaan dengan konspirasi sebegini. Kami rangkungkan sekali di sini bagi menjawab sebahagian besar teori-teori konspirasi mengenai iklan TV3 raya kali ini :

  1. Beca merah, tanda dajjal? Di Melaka berlambak beca merah, apa tindakan anda dengan beca-beca sebegini wahai pengkaji-pengkaji tegar konspirasi
  2. Songkok putih, ini satu lagi yang buat kami tergelak sebentar. Pakcik pakai songkok putih = terus jadi pope??? Kehidupan kita dikeliling ramai rasanya yang bersongkok putih. Jadi adakah kita sekarang ini dikelilingi lebai-lebai, ustaz-ustaz, orang tua-tua, ulama-ulama yang menyamar disebalik gelaran POPE itu sendiri? Dan pakai kopiah putih itu memang selalu dipakai bagi golongan seperti ini. Takkan ini pula disalah ertikan. Ketayap putih pun nak kena ganti ketayap hitam… nanti orang kata macam Pope. Lagi satu, biasala orang tua-tua memangla rambut putih!
  3. Mentol lampu pencahayaan ini pun boleh tahan hujah yang diberikan. Jangan kata orang lain rumah orang tua dikalangan daripada kami pun ada yang pakai mentol ini lagi. Turun temurun pakai lampu mentol. Biasalah tak berduit. Nak pakai lampu berpendaflour tak mampu dulu. Ini pun juga didakwa illuminati/freemason yang sudah mula tersebar dikalangan rumah-rumah di kampung. Kasihan. Bukankah kebiasaannya pencahayaan dalam rumah-rumah di kampung dahulu kala (sekarang pun ada lagi yang pakai mentol) memang realitinya menggunakan mentol terutamanya dalam paparan iklan. Saya tak pernah lihat lagi iklan, rumah dahla…buruk, usang pulaktu tetapi menggunakan lampu lampu neon or lampu ‘concealed’. Kita bercakap dan memaparkan soal realiti.
  4. Berkenaan bunga teratai pula, tak nampak pula patung Buddha pun di situ
  5. Pasal bintang yahudi, kalau setiap yang berbintik enam itu dikatakan logo yahudi, kenapa tidak dibuat konspirasi tentang pembelajaran kita selama ini terhadap subjek matematik, sebab ada tanda tambah (->ini dia +). Salib? Erm……..
  6. Selama ini pun, kalau balik kampung pun kebanyakan rumah-rumah di kampung memasang peliti walaupun diakui daripada pengaruh Hindu itu sendiri. Yang ini ada komen? Sinaran cahaya lampu pelita yang sudah menjadi kebiasaan penghiasan rumah semasa Hari Raya adalah pengaruh Hindu dalam budaya Melayu. Ia melambangkan Deepavali, yang bermaksud cahaya memenangi kegelapan. Oleh kerana skarang dah moden, lampu pelita diganti dengan lampu berkelip-kelip elektrik
  7. Kejap lagi nak malam, Islam akan melalui jalan kemunduran. Boleh kah begitu?
  8. Takkanlah muka surat bergambar = terus jadi bible? Hebat tafsiran sebegini? Cuba lihat tengok buku-buku bergambar kanak-kanak? Apa komen anda?
  9. Pelawaan naik beca boleh ditafsirkan sebagai pelawaan masuk kristian????? Astaghfirullah……..mengucap panjang saya membacanya
  10. Sekali lagi ulang suara seperti kenyataan kami di atas sekali, Santa Claus dan pokok Krismas tiada kena mengena dengan Kristian. Ia adalah tokok tambah geng-geng barat dengan kepercayaan karut mereka kepada perayaan Krismas
  11. Kemudian nak buang semua potted plants dalam rumah… nanti orang kata macam pokok krismas. Erm……

Kemudian adakah anda yakin yang mana iklan raya TV3 kali ini bersetongkol dengan dakyah bermaksud illuminati/freemason di Malaysia seperti artikel-artikel konspirasi seperti ini? Ada pernah tanya mereka iaitu pihak TV3 itu sendiri? Siapa yang arah buat video, buat skrip, edit, jalan cerita dan segala macam krew? Berikan hujah dan bukti yang lebih kukuh sikit.

dipeti dari beritasemasa.com

1 komen:

Unknown berkata...

Thanks atas in.saya ambil infonya sahaja.lain lain tiada dulu kini dan selamanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...