Jumaat, 15 Jun 2012

Temuramah Rahsia Bersama Albielek Siri 2


Temuramah bersama Albielek 1991

Albielek, salah seorang yang terlibat dalam Eksperimen Philadelphia dan Projek Montauk telah ditemuramah oleh The Scribe. Dalam temuramah tersebut, beliau telah menceritakan tentang perjalanan merentasi masa, kawalan ke atas minda (mindcontrol) dan penglibatan beliau dan abangnya di Montauk yang dikenali sebagai Projek Phoenix.

S=soalan AB=Albielek


S: Menyebut tentang pengalaman di atas Marikh anda telah berjalan menerusi terowong masa, anda ambil langkah anda dan sampai ke Marikh: Apa yang anda lihat?

AB: Sebenarnya saya tidak berada di permukaan Marikh. Kami berada di bawah tanah. Ceritanya kembali ke buku Alternative 3, sebuah penerbitan tv di England menyatakan fakta kita mempunyai pangkalan di Marikh, satu atau lebih, dibangunkan melalui kerjasama operasi dengan kerajaan Amerika. Saya tidak tahu jika Rusia ikut serta-dan juga makhluk asing. Mereka berada di pangkalan tersebut. Ia adalah satu operasi sebuah kerajaan (yang dipanggil World Government) sebenarnya dan bukan operasi kerajaan Amerika secara tepat.

Selepas mereka berada di atasnya yang mana dalam tahun 1969, mereka menjumpai di sana ada pintu masuk ke laluan tertutup bawah tanah dan mereka tahu ada sesuatu di bawah sana. Khabar angin mengatakan di sana terdapat artifak daripada tamadun purba tertimbus di bawah tanah kerana di sana terdapat banyak tinggalan di atas permukaan Marikh, satu puing-puing kota yang dianggarkan oleh pihak NASA dalam 300,000 atau 200,000 tahun. Tetapi mereka menjumpai semua laluannya terhalang, semua tidak dapat dimasuki. Jadi mereka kembali menerusi perhubungan (lewat 70an) kepada sesiapa yang kembali ke projek Montauk dan Phoenix. " Bolehkah anda buat sesuatu untuk kami?Kami tidak dapat masuk ke laluan bawah tanah Marikh". Mereka berkata,"Ya, saya fikir boleh. Berikan kami apa-apa koodinat pada permukaan Marikh. Kami akan menjalankan pengiraan astronomi". Yang mana mereka telah menjalankannya dan memasangkannya ke komputer. Mereka mahu dua orang pergi dan ini yang berlaku ke atas Duncan dan saya sendiri.

S: Kenapa dua orang?

AB: Untuk menjadi saksi kepada apa yang dilihat oleh seorang lagi dan juga untuk membantu kepada apa-apa masalah yang berlaku di bawah sana. Mereka tidak tahu apa sebenarnya di bawah sana.

Jadi mereka telah menghantar kami ke bawah tanah Marikh (Menggunakan peralatan terowong ruangmasa Montauk, dibangunkan sebagai hasil dari Eksperimen Philadelphia). Di sana ada masalah dengan cahaya. Kami perlukan cahaya pada masa itu. Kemudiannya, seingat saya, kami menjumpai suatu sumber cahaya mereka dan menghidupkannya. Kami menjumpai tinggalan terakhir Martian (satu puak makhluk asing), jika anda mahu panggilnya begitu, mati di bawah tanah itu di antara 10,000 hingga 20,000 tahun dahulu secara anggaran, dan mereka meninggalkan apa sahaja tamadun mereka di bawah tanah itu.Kami menjumpai dalam jumlah yang banyak patung-patung yang mana seolah-olah untuk upacara keagamaan.

S: Macam mana rupanya?Berapa besar?

AB: Lebuhkurang 6-8 kaki tinggi, dibuat dari batu, permata telah ditanam di dalamnya dan seterusnya.

S: Adakah mereka kelihatan seperti manusia?

AB: Ya, mereka diawet dengan baik. Kemudian kami jumpa satu tempat simpanan. Kami menjumpai banyak peralatan saintifik. Kami menjumpai peralatan elektronik di bawah sana, begitu banyak. Dan khabar angin pun bertiup selepas itu...saya tidak ingat ia tetapi Duncan mengingatkan saya tentangnya seminggu yang lalu. Dia berkata, "Jangan lupa 17,000 metrik ton emas Martian yang mereka ambil. Dan emas itu bukan emas biasa. Ia 5 kali labih tumpat dari emas biasa. Ia sangat sukar untuk dipercayai. Ke mana ia dibawa kami tidak tahu tapi ia telah dibawa ke Montauk dan di letakkan di suatu tempat di sana. Di sana ada beberapa program perjalanan yang diberi kebenaran. Duncan dan saya mendapat idea apabila semuanya di dalam komputer itu, biarkan mengambil satu atau dua perjalanan sendiri dan buat peninjauan sendiri. Jadi kami telah buat. Setelah kedua kalinya, ia telah dijumpai dan kami berhenti. Itu adalah ketika tempat simpanan itu dijumpai, dan menjumpai banyak rekod tamadun yang tertimbus di sana.

S: Apa yang anda jumpa?

AB: Duncan satu-satunya dapat membacanya. Saya tidak dapat membacanya.

S: Dia tidak memberitahu anda?

AB: Tidak, sebenarnya dia ada bagitahu tapi saya tidak dapat mengingatinya sekarang. Ia adalah memori yang sangat aneh. Kejap ada kejap tiada dan akhirnya tidak jelas lagi apa yang dia temui. Selepas itu kami berdua dipindahkan.

Tetapi saya masih ingat sebahagian pepasangan yang dilihat di bawah sana. Ia adalah satu penjana yang besar dan ganjil. Jika anda mahu lihat, saya syorkan anda menonton filem Totall Recall. Faktanya selepas menonton filem itu saya dapat mengingati yang saya pernah berada di bawah sana. Bukan sebuah koloni itu tetapi satu babak di bawah tanah di mana mereka memaparkan sesuatu yang amat besar, berbentuk bulat di mana pengarah filem itu berkata ini kemungkinan penjana oksigen. Saya tidak pasti tetapi itu yang kami fikirkan. Saya lihat ke arahnya dan berkata,"Ia bukan bulat, ia heksagonal", dan saya tanya pada diri sendiri,"Bagaimana saya tahu?" Jadi itulah apa yang kami lihat di bawah tanah. Kami tidak melihat seumpamanya di permukaan Marikh.

S: Adakah anda lihat ais di bawah permukaan sepertimana dalam Totall Recall?

AB: Ais?Tidak.

S: Seingat saya dalam filem itu, mereka telah mencairkan banyak ais untuk menghasilkan atmosfera.

AB: Tiada ais di sana. Di sana ada penjana oksigen dan mereka juga mempunyai simpanan. Di sana terdapat sistem penjanaan yang nampaknya ditinggalkan oleh orang-orang terdahulu. Saya tidak benar-benar tahu berapa banyak ia tetapi telah diaktifkan sebelum mereka bergerak ke dalam. Mereka juga mencairkan penutup kutub. Khabar angin mengatakan mereka menggunakan satu atau dua bom hidrogen. Saya tidak tahu kebenarannya. Tetapi mereka banyak mencairkan ais kutub jadi mereka dapat air dari situ. Ia sedikit tapi mereka tetap mendapatkannya. Atmosfera itu nipis tetapi mereka tetap ada atmosfera. Dan suhu cukup panas. Di garisan khatulistiwa mereka tidak ada masalah untuk berhidup. Ia bersuhu dalam 50 darjah celsius dan sudah pasti ahli astronomi telah pun tahu ini lebih 50 tahun dulu. Suhunya amat sesuai untuk kehidupan.

S: Lampu yang anda telah sebutkan tadi. Macam mana rupanya?

AB: Bentuk yang tidak diketahui dari sejenis sinaran, setelah kami menjumpai cara untuk menghidupkannya. Sesetengah dari penjana kuasa masih bekerja. Selepas kami menghidupkan lampu bawah tanah kami sudah cukup mendapat cahaya. Sebaliknya kami memang ada membawa lampu suluh sendiri tetapi ia tidak begitu berguna kerana kami berada di dalam ruangan yang teramat besar di bawah tanah, beberapa ratus kaki tinggi silingnya dan lampu suluh itu tidak begitu berkesan. Akhirnya kami menjumpai pencahayaan mereka sendiri. Ia sangat terang.

S: Adakah anda mempunyai maklumat mengenai wajah seperti manusia (Face of Mars) di atas permukaan Marikh?

AB: Tidak seingat saya di bawah tanah. Di sana lebih dari satu wajah di atas Marikh. Mereka telah jumpa beberapa wajah. Tetapi seingat saya NASA ada membuat pengumuman dalam dua tahun lepas yang mereka telah menerima satu pancaran frekuensi radio rendah dari Marikh. Ia dalam 50 kHz, seingat saya. Cukup rendah tahapnya menunjukkan ada peralatan atau apa sahaja telah menjana isyarat RF, dan ia mengandungi kod, dan terlalu tua serta kemungkinan tidak dapat digunakan lagi, jadi mereka sangat hairan dan menanti jika ada lagi yang tiba namun isyarat itu hanya setakat itu jadi mereka rakamkan dan memasukkannya ke komputer dan cuba untuk manafsirkannya. Ia adalah satu amaran. Satu mesej mengandungi amaran untuk manusia jangan mengulang kesilapan yang mereka telah lakukan.

S: Adakah anda mempunyai apa-apa pendapat berkenaan kehidupan di Marikh?Apa yang mengesankan anda?

AB: Kami telah menggali tinggalan tamadun purba yang lebih awal dari kita itu dan ia sangat aneh. Melihatkan apa yang tinggal pada satu tamadun yang hebat dan sedar bahawa mereka mati di sana dan meninggalkan semuanya dan akhirnya habis begitu saja. Ia adalah di bawah tanah itu dengan sengaja secara nyata telah berlangsung kehidupan kerana kota mereka telah dimusnahkan dan mereka terpaksa hidup di bawah sana dan tinggal di sana.

Dari apa yang dapat saya fahami, terdapat sekolompok Martian yang berhidup bilamana serangan ke atas permukaan terjadi di bumi dan mereka mengambil keputusan tinggal di bawah tanah Marikh. Dan akhirnya keturunan mereka mati dan seterusnya bangsa mereka di bawah tanah itu pupus kesemuanya. Ini sangat ganjil bila memikirkan kesemua mereka mati begitu saja di bawah tanah situ. Mereka hanya meninggalkan peralatan mereka.

S: Di dalam buku Rod Steiger, dia telah berkata pada 18 Mac 1990 telah menjadi tarikh penting dalam sejarah Psi-Corps. Itu adalah ketika pada tarikh tersebut terdapat peralatan mereka yang punah dan dan kesemua ahli psikik mereka meletak jawatan pada 20 Mac. Bolehkah anda menjelaskan perkara ini?

AB: Secara asasnya apa yang terjadi adalah satu cerita yang aneh. Pada Januari 1990, Psi Corps telah menerima satu peralatan baru kerana NSA telah pun bekerja dalam perkara ini sejak bertahun-tahun, peralatan jenis-psionic yang dapat meningkatkan minda dan kepada orang yang ada kemampuan itu mereka akan menjadi lebih hebat.

Mereka telah menjumpai ia. Selepas kemasukan peralatan baru itu, selepas mempelajari bagaiman untuk menggunakan ia, dengan kemampuan untuk mengetahui lokasi sebuah fail yang tersorok dalam fail-fail lain atau menjejak fail-fail yang hilang atau maklumat yang hilang yang mana mereka mengarahkan ia diselamatkan atau diketahui letaknya dimana. Tetapi mereka tidak menyelamatkannya sebagaimana mereka berusaha untuk mengetahui di mana ia. Dan bagaimana kami mengetahui ini adalah satu cerita yang menarik.

Kembali kepada November 1989, Duncan telah memberitahu saya, dia berkata yang saya akan mempunyai bukti Eksperimen Philadelphia ketika Mac 1990. Ia seolah-olah terjadi ketika hujung minggu, satu hari Ahad biasa, saya berada di Phoenix ketika itu. Saya baru menghabiskan makan tengahari saya apabila ada pesanan telefon menunggu saya bahawa Preston memanggil saya dalam keadaan panik. Bila saya cuba menelefon dia, keadaan sudah terlambat. Tetapi dia sempat memberitahu ada orang telah berjumpa dengannya.

Anda tahu yang bapanya adalah seorang saintis senior dalam Tentera Laut Amerika yang bekerja dengan eksperimen tersebut. Dan sebelum dia mati, dia telah memberitahu anaknya apa yang telah terjadi, yang dia mempunyai fail-fail tertentu dan menempatkan anaknya untuk menggantikan kerja-kerjanya tetapi dia berpesan kepada anaknya supaya tidak memberitahu apa yang telah diberitahu kepadanya. Jadi lelaki ini, yang saya tak kenal tidak pernah memberitahu kepada orang lain apa yang diketahuinya.

Satu minggu sebelum lawatan dengan Preston, dia telah mendapat ketukan dari seseorang dipintunya. Rupanya ada ejen-ejen kerajaan. "Kami mahu memeriksa rumah anda". "Untuk apa?". "Sila pergi dari sini dan biar kami buat kerja kami!". Dan mereka mula menggeledah rumahnya. Dia tahu apa yang mereka mahukan. Dia tidak mempunyainya di situ, tetapi dia telah berkata, "Saya tidak tahu apa yang kamu cari". Dan mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan. Ia mengambil masa beberapa hari. Ini menakutkan dia. Kemudian dia segera bergegas untuk menyimpan fail-failnya yang mengandungi dua gulung filem Rainbow 3 dan 4 yang mana terdapatnya dua ujikaji Eldridge dan satu timbunan kertas, yang mana tersangat rahsia, rupa-rupanya dari apa yang Preston kata, kerana mereka melukai tangannya.

Jadi dia mula memanggil rakannya untuk melihat siapa yang memulakan semua ini dan menyelesaikannya kerana ejen kerajaan tersebut mengekorinya selama dua jam. Tiada seorang rakan dia yang menjenguknya. Dia tetap berusaha untuk mencari penyelesaiannya dan akhirnya telah menjumpai satu senarai nama yang diakhiri nama Preston Nichols. Dia menelefon Preston dan dia ada di rumah. Lelaki itu berkata kepada Preston, "Saya mahu memberi anda sesuatu". "Apakah dia?". Kemudian lelaki itu telah memberi sebuah fail dan fail itu telah memberitahu Preston tentang ayahnya, ejen-ejen kerajaan dan seterusnya. Preston berkata, "Jadi apa yang perlu saya buat dengannya?". "Saya tidak tahu tetapi ini masalah anda sekarang, ejen-ejen kerajaan baru dua jam berjumpa dengan saya". Dia menunjukkan kepada Preston keretanya yang berlubang-lubang kesan peluru tembakan. Kemudian dia pun mengambil keputusan untuk beredar. Preston benar-benar panik dengan apa yang dihadapinya dan cuba untuk meminta bantuan sesiapa termasuk diri saya. Duncan, sebelum kejadian itu telah dapat merasa sesuatu terjadi ke atas Preston dengan keupayaan psikiknya; Preston berkurung di biliknya, mengunci pintu dan enggan menjawab sebarang panggilan telefon. Dia juga menutup mesin menjawab telefon.

Dan ini yang terjadi. Preston tidak dapat berhubung dengan saya. Akhirnya apabila saya dapat menghubungi dia, dia menyatakan bahawa dia telah menghubungi NSA dan menawarkan 'material yang menarik' yang tidak lagi diperlukan. Preston berkata, yang NSA menyoalnya,"Benda apa tu?". Preston menjawab. Tetapi NSA tidak mahukan ia. Preston berkata kepada ejen NSA itu,"Saya tidak mahukan benda ini lagi dan ia mungkin sangat penting bagi sesetengah pihak".Ejen itu berkata,"Baiklah kami akan meminta FBI mengambilnya. Jadi FBI akhirnya tiba dan mengambilnya. Selepas mendengarkan itu saya benar-benar tidak memaafkan dia atas perbuatannya itu. Tetapi hubungan yang menarik untuk kembali kepada kepada soalan anda mengenai Psi-corp, ialah akhirnya kami mengetahui dengan peralatan yang baru mereka mampu untuk mengenali sebuah gambar jika ia di dalam fail seseorang dan rupanya mereka diarahkan untuk mencari apa saja maklumat mengenai Experiment Philadelphia dan membuatkan saya tidak mendapatkannya. Dan mereka dapat sesuatu dan menjumpai siapa lelaki ini dan mereka mengirimkannya kepada ejen kerajaan dan seluruh cerita tertumpu kepada lelaki ini di mana ayahnya adalah seorang saintis senior. Dan kami tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Kami tidak pernah melihatnya lagi.

Dalam apa jua kes, selepas itu, dari maklumat yang saya dapat, di sana ada kekecohan di Psi-Corps dan mereka diberi amaran oleh seseorang diluar; seorang rakan kami untuk memadamkan kekecohan itu yang mana semua peralatan telah mencair. Dan mereka diberi amaran untuk segera keluar dari situ. Semua mereka keluar kecuali sepuluh orang rekrut baru yang mahu mempertahankan peralatan tersebut bersama hidup mereka. Mereka mati dan lainnya terus lari, lari dari perkhidmatan kerajaan dan terus menghilang. Kemudian telah diadakan satu perjumpaan tergempar dengan Presiden...

S: Siapa yang mencairkan peralatan tersebut?

AB: Makhluk asing tiada di sana...biar kami katakan saja...extra terrestrial

S: Anda tahu siapa mereka?

AB: Ya, tapi saya tidak mahu katakan.

S: Adakah ini adalah ET yang sama yang Preston kata mencairkan antena buzzsaw di Lapangan Terbang McArthur sekitar hujung minggu Thanksgiving tahun lepas?

AB: Ya, secara asasnya. Dan mereka menjaga empat tempat di Amerika. Satu di Fort Meade dan di sana ada tiga lagi lokasi yang lain. saya percaya satu lagi di Atlanta dan yang lain di kawasan New Orleans dan satu lagi di sebelah barat. Kesemua mereka berjalan keluar dan hilang. Presiden berasa panik, hampir pitam dan cuba untuk memanggil kembali seorang pengarah lama yang sudah bersara. Dia berkata, ini adalah kecemasan dan kami perlu bercakap dengan anda. Jadi dia pun pergi bercakap dengan mereka. Bekas pengarah itu berkata,"Saya akan tengokkan perkara ini tetapi saya tidak akan beri jawapan kepada anda dalam masa tiga hari. Saya akan beritahu anda kemudian sama ada ya atau tidak saya kembali dan menguruskan perkara ini, seluruh operasi untuk anda."

Dalam pada itu, mereka menghubungi NASA untuk membuatkan ejen-ejen psikik mereka putus asa, mereka bukannya dari Psi-Corps, dimana mereka dilatih untuk misi yang berbeza dan tidak dilatih berkumpulan tetapi secara individu. NASA menyuruh mereka bercukur dan buat apa yang NASA arahkan. Mereka membalas,"Kami tidak dilatih untuk membuat kerja yang kamu sedang buat. Kamu tidak akan menguasai orang-orang kami." Jadi akhirnya pada hari Jumaat berikutnya, Emil datang kepada Presiden dan berkata,"Jawapan saya adalah tidak. Di sana tiada sebab untuk saya kembali dan buat sesuatu untuk anda. Anda di dalam masalah yang rumit dan di dalam masalah yang sangat-sangat rumit dalam masa 30 hari." Dan dia pun berlalu. Dan saya mengira yang itu adalah yang terakhir kami melihatnya di kuarters tersebut.

Tetapi Psi-Corps meninggalkan persoalan sehingga...mereka cuba untuk merekrut orang baru dan mereka masih tidak mendapat apa-apa sepertimana sebelumnya kerana ia mengambil masa 4 tahun untuk melatih orang baru, dan mereka mengambil masa 5 tahun.

S: Jadi mereka membina kembali apa yang mereka mahu buat?

AB: Mereka cuba untuk membinanya kembali. Kemudiannya sebelum permulaan yang digelar perang Timur Tengah ke atas Iraq, mereka membuat perjanjian sebagai sebahagian daripada situasi membina deklarasi perang dalam mana kita mendapat sokongan dari kesatuan Eropah British dengan pengecualian Jerman, mereka pergi kepada para penyokong mereka sebagai sebahagian daripada perjanjian dan bertanyakan kepada British, Perancis dan Rusia dimana mereka mempunyai Psi-Corps mereka sendiri, jika mereka mahu meminjamkan lagi untuk kerajaan Amerika untuk operasi mereka. Dan mereka buat. Mereka membuat pemindahan dan membina seluruh organisasi kepada kekuatan yang hebat dalam semalaman sahaja.

Sekarang mereka telah menerima satu kejutan kerana satu kumpulan baru cuba untuk membawa seseorang kembali kepada kumpulan mereka untuk menjalankan operasi, Emil dan dari apa yang saya faham, dia bersemangat ditengah-tengah mereka semula melalui ET,dan mereka telah memberitahu ini tidak akan terjadi di bawah apa jua keadaan, yang mereka sangat-sangat lindungi dengan kawalan keselamatan yang tinggi ke atas fasiliti mereka. Itu yang menggoyahkan mereka. Mereka tidak dapat apa-apa. Mereka sekarang berada pada titik kosong.

S: Jadi mereka bangkit pada kali kedua.

AB: Ya, itu maklumat yang saya dapat. Dan kerajaan 'tertinggal beg' mereka lebih sekali. Dan sejauh yang saya perhatikan mereka boleh berterusan memegang beg itu tetapi ianya kosong.

Psi-Corps tidaklah seganas yang disangka, mereka bukan orang yang kejam, mereka terlatih dengan baik, sensitif dan mempunyai deria psikik yang mempunyai misi tertentu. Misi yang asas dalam kebelakangan ini, bukan sesuatu yang asli dalam 5-10 tahun pertama, dimana mereka digunakan untuk tujuan membunuh. Tetapi akhirnya mereka berhenti melakukan ini apabila NSA dibentuk dan mereka menjadi sebahagian dari NSA dalam tahun 1949 hingga 1950 kerana warisan mereka yang asal ialah pada tahun 1940 di bawah Harry Bennett semasa pentadbiran Roosevelt. Tetapi mereka berkata,"Kami tidak lagi melakukan pembunuhan kerana kamu mempunyai organisasi dan kumpulan intellijen yang dapat melakukan ini dengan lebih baik dari kami, jadi kami tidak mahu melakukannya lagi." Tetapi hal-hal yang lain mereka masih melakukannya dan ini secara asasnya: pengintipan psikik di negara ini, diluar negara ini dan dimana saja di planet ini, mengumpul maklumat mengenai apa saja yang kerajaan mahu tahu dan ini tidak didapati menerusi saluran intellijen yang normal; atau sekadar berkata, sudah berapa banyak ejen terbunuh atau pelbagai lagi, biarkan kami kata mereka mahu tahu mengenai rahsia sulit Rusia atau pepasangan China atau apa saja yang mungkin. Psikik ini merenungi ke dalam semua rahsia ini dan dapat melihat apa yang mereka mahu. Mereka dapat membaca buku di atas meja musuh mereka, segala laporan di atas meja dan fail-fail mereka.

S: Mereka dapat buat semua itu?

AB: Ya, mereka boleh. Mereka boleh memulakan api di dalam kabinet fail beribu-ribu jauhnya jika mereka mahu buat atau diarahkan.

S: Mereka juga boleh meletakkan maklumat yang salah juga?

AB: Secara teorinya mereka boleh. Mereka boleh memindahkan objek-objek kecil. Mereka mempunyai psiko-kinetik mereka yang telah dilatih dengan baik. Mereka tidaklah dapat memindahkan objek-objek besar, tetapi objek-objek kecil seperti sehelai kertas atau sekumpulan kertas seperti fail laporan mereka dapat mengendalinya. Mereka mempunyai banyak kelebihan.

Minda mereka juga telah 'dicuci' dengan teruk dan dapat kami disimpulkan mereka telah didoktrinkan dengan perkhidmatan kerajaan dimana mereka terpaksa menerima secara total segala protokol dibawah operasi mereka. Ini bermakna mereka mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada perkhidmatan, kepada kerajaan. Etika dan nilai yang mereka tahu ialah apa yang diberitahu oleh kerajaan kepada mereka dan ini telah diimplankan dan ditanamkan kepada mereka, dalam situasi dan cara yang mereka sukar mengubahnya. Saya kenal dua orang, saya tidaklah terlalu terperinci, dimana mereka membuat keputusan untuk lari dari semua ini dan berjaya melakukannya. Walau bagaimanapun, ketika mereka baru merasa kebebasan, bermulalah satu pemburuan yang dasyat di dalam sejarah negara ini untuk mencari mereka dan berusaha untuk membawa mereka kembali kepada perkhidmatan kerajaan.

Preston telah melihat laporan polis itu, laporan dari fail FBI kerana pihak polis telah datang dalam satu pertemuan pertukaran, memandu di antara lorong-lorong yang tidak boleh kereta melaluinya, menghalau orangramai dari jalan mereka,berhenti betul-betul dekat Preston dan berkata,"Anda adalah rakan kepada........." Preston berkata,"Apa yang kamu katakan ni?". "Anda tahu apa yang kami maksudkan." Dan Preston melihat ke dalam kereta polis itu dan ternampak di bangku depan terletak satu fail FBI yang mengandungi keterangan dan gambar dua individu, nama mereka dan jika apa jua maklumat yang didapati berkenaan mereka, saya tidak akan beritahu nama mereka...saya laporkan segera kepada pejabat FBI di Philadelphia, Pa. Tetapi FBI tidak pernah dapat menangkap mereka. Mereka sangat licik. Mereka tahu apa yang mereka buat.

Mereka juga telah mencuri sebahagian peralatan kerajaan yang di dalam proses termasuk...boleh dikatakan...kerajaan mempunyai penjana pengganti realiti, jenis yang senang dibawa dimana seseorang boleh bawa ia di dalam beg kecil dan mereka dapat membawa mereka dan beg mereka ke dalam realiti yang diganti dan mereka tidak dapat dikesan. Mereka tidak dapat ditemui.

S: Kedengarannya seperti menempatkan mereka ke.....

AB: Menempatkan mereka ke dalam alam lain, sekadar menyatakan, berselari dengan alam kita, sangat sama dengan kita seperti yang saya beri dalam kuliah saya, sesuatu realiti selari. Kerajaan ada alat ini dan ia mudah dibawa kemana-mana. Mereka mempunyainya sejak bertahun-tahun yang lampau. Saya tidak tahu berapa lama. Dan mereka gunakan ia untuk tidak dapat dilihat sesiapa, dan mereka selalu dilihat semasa apa jua kejadian yang berlaku dan tahu dimana polis berada dan mereka berkata,"Baiklah, mereka boleh berada di sana, kita di sini." Hasil yang terakhir mengenai dua orang ini yang saya tahu bertahun-tahun sebelum situasi saya tidak dapat menjejak mereka, akhirnya mereka lari dan menaiki sebuah shuttle dari planet ke planet, dimana kenderaan ini biasanya membuat perjalanan dari planet ini ke Alpha Centauri 4 yang mana dijanjikan selamat untuk orang-orang yang menjadi buruan kerajaan Amerika. Ini yang dijanjikan. Ia mengambil masa 12 jam untuk mendapatkan mereka. Ternyata mereka mengambil semua keluarga mereka; kakak, abang, adik, ayah, mak dan apa saja di samping mereka. Setahu saya mereka masih di sana.

S: Siapa yang menjalankan shuttle tersebut?

AB: Dikatakan, oleh kerajaan Proxima Centauri, tetapi saya tidak tahu. Namun begitu, biasanya dua kali seminggu. Tempat pendaratannya saya tidak mempunyai idea di mana ia. Sudah pasti mereka sangat menjaga rahsia berkaitan itu.

S: Apakah bentuk tubuh mereka?

AB: Alpha Centauri? Seperti manusia, betul-betul serupa. Di sana terdapat populasi yang rendah di planet mereka. Mereka tidak mengalami populasi berlebihan. Mereka adalah bangsa yang bertamadun tinggi, sedikit kehadapan dari kita, tidak terlalu kehadapan tetapi kehadapan dari kita dari beberapa segi. Mereka bukanlah seperti kerajaan yang teruk dan seumpamanya dan mereka menerima sebahagian ejen kerajaan yang tidak lagi diperlukan atau mahu dihapuskan, jika mereka dapat mencapainya, saya tidak tahu bagaimana, jika mereka mencapainya dan mahukan suaka, jika mereka membenarkan, anda akan menaiki shuttle itu dan , itu dia...anda sudah berada di sana. Di sebalik semua itu, saya tidak tahu. Saya tidak pernah nampak mereka sejak itu.

Itu adalah isu yang sangat menarik dan kerajaan kita tidak sukakan ia terutamanya tetapi di sana semacam ada perjanjian dan mereka menghormatinya. Ternyata di sana terdapat sejenis perjanjian dengan kerajaan lain di tempat lain, dan saya katakan semua kerajaan Bumi atau termasuk kerajaan di luar Bumi, saya tidak pasti. Saya dapat merasakan terdapat kerajaan asing juga. Di sana ada komunikasi biasa, saya tidak tahu jika Preston pergi kepada hal ini iaitu berkenaan Sistem Komunikasi Super Luminary yang dibangunkan oleh ITT lewat 60an. Ia adalah sebahagian kecil pembangunan yang disusun dari Eksperimen Philadelphia dan di sekitarnya yang kajiannya dibuat oleh ITT kerana mereka terlibat di dalam latarbelakang program tersebut yang ingin dilanjutkan.Mereka terlibat dan menjadi kontraktor utama kepada Projek Phoenix, tetapi mereka juga mempunyai banyak 'permainan' yang lain. Satu daripadanya adalah membina sistem komunikasi yang baru. Ini adalah kajian yang berdasarkan tenaga tahap tinggi dan kesan-kesannya juga tentang kadar perambatannya, apa jua kajian tentangnya. Ini adalah sangat menarik. Dengan tenaga tahap ke 6 kita dapat membangunkan satu sistem komunikasi dengan kadar perambatan C6, iaitu C(kelajuan cahaya), dalam kuasa 6. Mereka sekarang ada C8, C dalam kuasa 8.

S: C merujuk kepada kelajuan cahaya?

AB: C adalah kelajuan cahaya, dalam kuasa 8. Itu adalah sangat pantas mereka dapat berkomunikasi dengan jelas merentasi galaksi kita tak ubah seperti penganjak fasa. Di sana pada dasarnya tiada soal lambat. Dengan sistem C di sana tidak ada kelambatan jadi mereka pergi yang ke tahap 8. 50,000 tahun cahaya merentasi galaksi kita dan mereka dapat melakukannya di dalam pecahan dari satu saat.

Jadi Einstein salah dari satu segi adalah salah sama sekali. Tiada yang dapat mengatasi kelajuan cahaya?. Ia sebenarnya boleh. Ia telah lama dibuat. Ia telah lama dibuat lama sebelum dia membuat kenyataan tersebut. Einstein telah mula mengalah dengan kenyataan-kenyataannya pada awal tahun-tahun sebelum kematiannya tetapi ini kurang diketahui.

S: Berkata tentang makhluk asing dan teknologi, anda tahu Tesla telah bercakap dengan makhluk asing yang mana?

AB: Pleiadians, pada dasarnya satu dari kumpulan komunikasi utamanya. Juga ada kumpulan yang digelar kumpulan K. K bermaksud Kondrashkin. Mereka dapat berbahasa Inggeris dengan baik. Mereka semacam manusia berkulit hijau terang dengan tiada berambut. Jika anda letakkan mereka pada keadaan yang betul, cuci sedikit kulit mereka dan letakkan kepada mereka rambut palsu fesyen lama, mereka sudah lulus untuk menjadi rupa seorang berbangsa Inggeris. Bukanlah saya hendak mengatakan sesuatu yang menjelekkan ke atas orang-orang Inggeris tetapi mereka lebih dekat kepada rupa orang Inggeris. Dan pewarna atau serbuk atau apa saja yang mereka letakkan ke atas kulit mereka tidak akan bertahan lebih dari dua minggu. Kemudian di sana terdapat dua jenis lagi dan saya tidak tahu siapa mereka. Apabila anda mula membuat panggilan ke ruang yang anda tidak tahu adakah ada jawapan balas. Dan mereka telah lakukannya. Tesla telah mengetahui 11 atau 12 bahasa dan saya mengagak orang-orang ini berkomunikasi balik dalam bahasa Inggeris tetapi saya tidak mengetahui perkara-perkara tertentu dalam soal ini. Saya tidak berada di sana, saya hanya mendengar cerita ini dari dua orang pengkaji yang bekerja dengan Tesla sebelum kematiannya. Saya telah beritahu tentang peralatan tersebut dan fakta yang dia telah berkomunikasi pada cara biasa dengan seseorang di luar Bumi.

S: Anda ada menyebut tentang Pengaturcaraan Reichian dalam ceramah-ceramah anda. Siapa yang tahu jika ada yang terjejas dengannya?

AB: Ia sudah berlalu. Mereka membawa sistem ini kepada Duncan lebih daripada sekali dan kami mempunyai seorang rakan di timur yang bekerja di hospital telah ternampak peralatan ini, tahu apakah ia dan kemampuannya. Preston memeriksa rekod dan terjumpa yang ini adalah sejenis teknologi termaju, peralatan terapi kejutan elektrik secara rasminya mereka memanggilnya seperti itu. Ia sekarang dengan teknologi komputer termaju dengan cakera liut dan elektrod yang sangat kecil berbanding dengan patch lama yang orang selalu tampal di badan pesakit. Mereka sekarang mempunyai prob yang tersangat kecil berukuran 50 milimeter luas dan mereka melekatkan ia kepada titik-titik kritikal yang sensitif pada badan, dalam 8 titik kesemuanya. Dan di sana ada satu program komputer yang mereka gunakan sekarang yang mana akan meng'induce' bahagian orgiastik Reichian melalui elektronik dan memegang ia di dalam keadaan itu dalam situasi minda manusia dari minda bawahsedar, memprogram semula orang itu, membuat apa saja yang anda mahu. Dan apabila program itu habis, mereka mematikannya, mengembalikan orang tadi dengan apa yang dikatakan keadaan normal sama ada blok-blok memori dari seluruh kejadian yang berlaku atau sejumlah implan dari apa yang berlaku pada hari itu sebagai pengganti kepada memori atau apa saja yang mereka mahu buat. Mereka biasanya meletakkan memori pengganti. Ini yang berlaku pada Duncan sekali itu. Kami mempunyai cukup masa tetapi kami telah lakukannya. Mereka lakukan perkara ini kepada sesiapa yang mereka mahu. Mereka menangkap sesiapa secara paksa dan meletakkan mereka di salah satu hospital. Undang-undangnya ialah apa jua hospital atau institusi di dalam Amerika yang menerima bantuan persekutuan mesti mempunyai melalui undang-undangnya satu dari mesin ini di dalam premis mereka dan di sana mesti ada orang tertentu, dalam jumlah terhad, dilatih menggunakannya. Sekarang ia digunakan untuk terapi kejutan elektrik 'pada nama saja' di dalam mod normal yang mana doktor gunakan, walaupun ia sangat canggih dan kurang kemusnahan. Atau mereka gunaka ia untuk pengaturcaraan semula, peralatan yang sama. Tetapi untuk melakukan pengaturcaraan semula memerlukan cakera liut yang khas, yang mana disimpan berkunci dan hanya dapat digunakan oleh orang-orang tertentu dalam kerajaan.

Bila mereka melakukan sejumlah pengaturcaraan semula ini, mereka lakukan ia melalui seseorang dalam kerajaan. Ia tidak secara normal yang ditunjukkan di dalam rekod mereka dan di sana tidak pernah dikenakan bayaran oleh hospital itu atau tabung hospital mahupun untuk sumbangan perubatan. Ini dibayar 100% oleh kerajaan persekutuan dan rekod-rekod berkaitan hilang begitu saja. Mereka pernah buat sekali ke atas Duncan dan mereka cuba untuk melakukannnya sekali lagi.

S: Mereka secara fizikal menangkap dia?

AB: Ya, kami mempunyai masa yang cukup untuk mengesan ini pada suatu hari Ahad. Mereka lakukan ini. Ini berdasarkan Prinsip Reich, teorinya yang lama. Teknik program yang asal lebih fizikal, tetapi sekarang mereka dapat buat ia secara elektronik. Ia lebih jelas, lebih senang untuk menyiapkannya dan lebih senang untuk menutup laluan-laluan. Dan undang-undang menyatakan peralatan ini, harus didapati untuk institusi bukan persekutuan yang diberi bantuan. Mereka mengesyorkan mempunyai peralatan ini tetapi di sana tiada keperluan untuknya.

S: Sebelum pergi, bagaimana anda rasakan semua ini? Adakah anda berdendam dengan mereka semua? Di manakah pendirian anda tentang semua ini?

AB: Saya sangat teringin untuk kembali kepada sesuatu.....baiklah, di mana pendirian saya? Yang pertama sekali saya rasa ia sangat lama apabila orangramai tahu fakta bahawa kerajaan mereka telah menipu secara praktikalnya semua perkara dari politik ke dunia sains untuk menutup projek-projek rahsia mereka dan penculikan orang awam oleh kerajaan, saya tidak bercakap tentang makhluk asing, oleh kerajaan untuk melakukan pengaturcaraan semula fikiran, menempatkan mereka kepada projek rahsia yang bertentangan dengan kehendak mereka. Kemudian sama ada mereka kembalikan orang-orang ini ke kehidupan yang normal atau perkara lain yang mereka mahu.

S: Bunyinya macam anda marah?

AB: Tentu sekali, saya sangat marah kerana mereka telah menghancurkan hidup saya, hidup Duncan, hidup ramai orang yang saya tahu terlibat di dalam projek, Projek Philadelphia yang asal. Mereka tidak menghancurkan hidup dari Projek Phoenix dalam istilah menghancurkan hubungan kekeluargaan dan seumpamanya. Tetapi mereka telah melenyapkan sejumlah orang yang terlibat dalam Projek Phoenix. Mereka terbunuh, sebahagiannya dalam kemalangan, sebahagiannya disengajakan dan yang lain diprogramkan semula fikirannya dan dihantar ke tempat-tempat di mana Tuhan saja yang tahu. Dan banyak dari mereka telah dihantar ke kerangka masa yang lain jadi mereka tidak pernah dikembalikan ke titik mereka yang asal dan hidup tanpa kehidupan di mana mereka berada, di bawah keadaan yang entah siapa tahu.

Pembahagian semula secara besar-besaran, jika anda mahu namakan begitu, oleh orangramai, memprogramkan mereka kepada sesuatu yang seperti makhluk asing bertentangan dengan undang-undang dan konsep kita, bukan hanya konsep agama kita untuk kebebasan tetapi konsep secara politiknya kebebasan yang kita tahu di bawah undang-undang kita hampr 200 tahun. Undang-undang kita telah wujud lebih lama tetapi saya katakan hampir 200 tahun kerana program kerajaan ini memainkan peranannya dalam tahun 1947 dan mereka bertambah kejam setiap tahun dan mereka tidak dilarang di Amerika. Tetapi Amerika seolah-olah lebih kejam, lebih kejam dari apa yang berlaku di Rusia. Di sana ada lebih kebebasan untuk bersuara daripada di dalam negara ini. Saya bercakap pada setahun dua yang lepas tidak sebelumnya.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...