Kami berkesempatan menemubual Srikandi empat hari sebelum sambutan Hari Raya yang lalu.Temubual kali ini bercorak bebas dan tidak ditetapkan tema.Temubual ringkas ini yang mengandungi subjek-subjek yang berlainan,sebahagian besarnya berkisar tentang situasi di Nusantara selain dunia dan sosio-politik.Dalam temuramah kali ini,Srikandi telah mendedahkan satu rahsia dalam Diari Lodgekeeper.Srikandi sememangnya seorang 'follower' Lodgekeeper yang tegar.
Bertempat di bilik Srikandi sendiri di bangunan Hal Ehwal Akademik di sebuah universiti tempatan (?),kami bawakan kepada anda Temubual Sempena Aidilfitri Bersama Srikandi.
Semoga terhibur dan mendapat pelajaran dari temubual ini.
S:Penemubual J:Srikandi
S:Apa khabar Srikandi?
J:Baik-baik saja
S:Boleh saya mulakan temubual kita pada hari ini?
J:Silakan
S:Apakah pandangan Srikandi tentang Nasionalisme?
J:Nasionalisme adalah semangat cintakan bangsa dan tanahair sendiri.Ia adalah ideologi yang biasa pada semua negara,lebih-lebih lagi negara-negara yang pernah berada di bawah Imperialisme.
S:Adakah ia sebuah ideologi yang benar-benar berguna?
J:Berguna yang macam mana itu?
S:Baik untuk bangsa dan negara,khususnya kepada situasi umat Islam?
J:Awak nak pancing saya untuk bercerita tentang Nasionalisme,bukan?(Srikandi tersenyum)
Baiklah.Adakah ia baik untuk bangsa dan negara,ia bergantung kepada pemahaman masyarakat kepada tujuan nasionalisme diwujudkan.Nasionalisme jika ditelusuri adalah sikap yang biasa berada pada sesuatu kaum,bangsa atau sesebuah negara.Jika kita hendak katakan nasionalisme pada sebuah kumpulan punkers juga,ia boleh dijelaskan secara mudah;budak-budak punk yang begitu bangga dengan 'attitude' mereka dan berani mempertahankan port tempat melepak mereka jika sebuah kumpulan gothic berani menyibuk 'bersidai' di situ.Itu nasionalisme sebuah kelompok punkers.Nasionalisme,ya terbit dari kata 'Nation' adalah semangat kebangsaan pada amnya,namun ia juga menerangkan semangat sesuatu kelompok yang punya idea atau citarasa yang sama.'Nation' adalah cuma panduan sahaja,namun sebenarnya tidak kira ia melibatkan apa jua jenis kelompok,nasionalisme adalah semangat bersifat psiko-sosial.JIka ada seribu Srikandi,saya juga akan merasa semangat nasionalisme saya.Melayu ada nasionalisme mereka,begitu juga India dan Cina.Bangsa Malaysia?Ya,jika ada...boleh juga dikatakan nasionalisme juga.
S:Jadi apa motif di sebalik kenyataan saudari berkenaan nasionalisme ini?
J:Saya ingin kaitkan dengan frasa "Umat Islam" tadi.Jika saya katakan psiko-sosial satu kelompok,umat Islam juga mesti ada semangat nasionalismenya sendiri,kerana umat Islam boleh dikategorikan satu kelompok.Dalam Islam kita tahu bahawa perbezaan antara kaum atau bangsa tidak ada.Jika ada,inilah yang dinamakan 'asobiyah',iaitu semangat kesukuan atau perkauman dan istilah ini adalah sisi gelap bagi nasionalisme.Anda tahu siapakah yang me'rebranded'kan kembali nasionalisme mengikut acuan yang begitu sempit?Jean-Jacques Rousseau dalam karyanya Du Contract Sociale,ada menyatakan nasionalisme sesebuah negara.Inilah antara mahakarya awal yang bercakap tentang demokrasi.Kontrak Sosial,anda pernah mendengarnya bukan?Tetapi ini adalah istilah untuk sebuah negara demokrasi,dari rakyat kepada rakyat.Para pemimpin politik bertindak berdasarkan kehendak rakyat.Aduh,sungguh indah utopia demokrasi.Seperti juga Komunis.Apa dia slogan popular mereka?MEMILIKNEGARAKAN KEKAYAAN UMUM.Hebat,memang hebat.Sungguh mulia cita-cita mereka (Srikandi tersenyum sinis).
Johann Gottfried von Herder,menyempitkan lagi nasionalisme kepada Nasionalisme berasaskan etnik iaitu etnik yang menjadi dominan kepada sesebuah negara.'Volk' adaah istilah asal di dalam bahasa Jerman,mempunyai julat yang lembut seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita yang menjadikan budaya dan bahasa Melayu sebagai tunjang kebudayaan kebangsaan kita sehingga aksi-aksi yang lebih keras seperti di Indonesia dan Thailand yang 'mewajibkan' budaya dan bahasa mereka kepada semua rakyat sehingga ke tahap sadis seperti di China yang sanggup menyeksa dan membunuh etnik lain yang dicurigai mereka.
S:(Mencelah)Jika saya katakan tindakan Indonesia itu betul dan sesuai kerana ia dapat mendisplinkan rakyatnya mengikut satu budaya dan bahasa,bagaimana?Tidaklah jadi seperti Malaysia yang begitu berlemah-lembut terhadap etnik lain sehingga muncul pertubuhan rasis seperti Hindraf atau parti politik bersifat rasis yang bertopengkan Sosialis-Demokratik seperti DAP.
J:Hmm...semua ini sebenarnya berbalik kepada siapakah yang berada di sebalik Indonesia dan Malaysia.Indonesia sebenarnya didukungi oleh sukukaum Jawa.Sebab itu pentadbiran mereka berada di Jakarta iaitu di Pulau Jawa.Padahal Sumatera lebih besar.Anda pernah dengar tentang GAM?Kebanyakan dari mereka membenci orang Jawa kerana merekalah yang menjarah hasilbumi orang Aceh di Sumatera dan membawa balik ke Jawa sehingga Pulau Jawa menjadi kaya raya,padahal pembangunan di Sumatera lebih lembab walaupun hasilbumi pulau itu amat banyak.Saya tidak mahu bercakap tentang soal ini.Ini hal 'rumahtangga' mereka,yang saya ingin tekankan ialah faktor psiko-sosial dan 'self-esteem' orang Jawa.
Orang Jawa pada umumnya bersifat kasar dan berani.Hati mereka kering.Mereka cepat emosi.Mereka juga bersifat menonjol berbanding etnik-etnik lain.Mereka rajin dan kreatif.Bagimana saya tahu?Adakah saya bercakap secara membutatuli?(Srikandi tersenyum)
Ini kerana bapa saya adalah orang Jawa.Ketika saya kecil,bapa pernah membisikkan kepada saya bahawa jika kita asyik tunduk kepada kehendak orang lain,lambat laun mereka akan pijak kepala kita.Ibu saya,yang berasal dari Perak memang tidak berani bersuara jika bapa saya sedang marah.Semua adik lelaki saya,selepas menamatkan persekolahan,sementara menunggu panggilan sama ada untuk sambung belajar atau bekerja tetap,dipaksa oleh bapa saya untuk mengikut tukang-tukang rumah di sekitar kampung saya.Tiada masa untuk tidur atau melepak di rumah.
Isteri abang saya juga orang Jawa.Saya jarang melihat kakak ipar saya itu duduk bersidai di rumah ibu mentuanya.Sememangnya ibu saya mengharapkan dia membantunya ketika kenduri mahupun perayaan seperti Hari Raya.Memang ibu saya ada menantu yang lain,tetapi hanya kakak ipar saya yang berketurunan Jawa itu saja yang serasi dengannya setakat ini.Ada saja yang dimasaknya di rumah.Rajin...ya itu adalah sikap tipikal yang biasa saya perhatikan pada orang Jawa.
Jadi tidak hairanlah mereka begitu tegas dalam mencorakkan halatuju negara Indonesia.Apabila saya membaca tentang kajian sosiologi di Indonesia terutamanya hubungan sosial antara kerajaan dengan etnik-etnik minoriti yang bukan berasaskan 'nusantara' seperti Cina dan India,saya seperti kembali teringat kata-kata bapa saya,
"..jika kita asyik tunduk kepada kehendak orang lain,lambat laun mereka akan pijak kepala kita"
Berlainan dengan Malaysia,pendekatan mereka lebih lembut.Bangsa Melayu di Malaysia terdiri dari etnik Kedah,Perak,Kelantan sekadar menyebutkan beberapa nama memiliki emosi lebih bertolakansur.Anda tahu panggilan purba kepada bangsa Melayu di semenanjung?Iaitu SIAM ASLI.Dari mana perkataan Siam ini diambil?iaitu dari Benua Siam,di mana antara persinggahan pertama Deutro Mala sebelum mereka bergabung dengan Proto Mala dan Deutro Mala yang mengambil jalan laut untuk sampai ke 'Promised Land'.Deutro Mala yang mengambil jalan laut inilah yang membentuk kaum Jawa hari ini.Dari Tanah Kanaan mereka berlayar hingga ke Tanah Jawi,tepatnya di Sungai Musi.Cabaran di lautan menyebabkan kaum Jawa lebih lasak dan tegas dalam hidup.Berbeza dengan Deutro Mala yang mengambil jalan darat,mereka banyak bertemu dengan pelbagai bangsa di sepanjang perjalanan mereka,berasimilasi dan banyak berdiplomasi.Jika mereka tidak pandai dalam hal bertolakansur atau diplomasi,sudah tentu mereka akan lenyap sebelum sampai ke Yunnan seterusnya ke Benua Siam dan semenanjung.Jadi kita boleh lihat mengapa tabiat bangsa Nusantara di Indonesia dan Malaysia berbeza dari segi sikap.
S:Agak menarik juga pendapat dari saudari.Terutama cerita tentang keluarga Srikandi itu tadi.Saudari pernah membaca blogsejarahnagarakedah?Apa pandangan saudari tentang blog itu?
J:Ya, saya ada membacanya.
Anda minta pandangan?Bagi saya ada fakta yang boleh dipercayai dan ada fakta yang memang bukan fakta tetapi bercampur aduk dengan dongeng dan mitos.Anda kena tahu situasi pemilik blog itu.Beliau menulis berdasarkan wasiat yang dikatakan turun temurun.Jika ada titik-titik tertentu di dalam wasiat itu yang bertepatan dengan fakta sejarah,maka sudah tentu penulis blog tersebut dapat menjelaskannya dengan baik tambahan pula wasiatnya itu berselari dengan sumber-sumber bertulis seperti Undang-undang Kedah.Namun tidak semua.Ada yang bercampur-baur dengan mitos dan dongeng.Jika anda perhalusi gaya tulisan beliau,beliau mendakwa dirinya adalah rumpun Melayu keturunan Siam namun ada sesetengah artikel yang bernada negatif kepada orang Melayu,seolah-olah rumpun Siam seperti didakwanyalah yang paling hebat dan menjadi maharaja seluruh Nusantara manakala orang Melayu seolah-olah perampas takhta dan talibarut Thai sahaja.Saya rasa ini tidaklah begitu baik.Jika beliau ini mempunyai negara sendiri,saya tidak hairan jika beliau tidak mahu mengaku Melayu,tetapi bangsa Siam keturunan Harimau itu.Setiap orang ada agenda tersendiri tidak kecuali pemilik blog ini.Sekejap mengaku Melayu,sekejap mengaku Siam dan mendakwa raja-raja Melayu hanyalah raja daerah sahaja.Namun saya tidak nafikan bahawa banyak fakta menarik dan saya bersetuju dengan kenyataan bahawa bangsa Melayu pernah menduduki Indochina malah pernah mempunyai kerajaan di sana.Saya setuju bahawa kaum-kaum yang datang kemudian ini meletakkan patung Buddha dan menambah hiasan-hiasan di istana-istana dan kota-kota Mala Purba itu.
Saya juga bersetuju bahawa Siam dan Thai itu berbeza.Orang Thai berasal dari etnik Tai yang pernah menduduki wilayah Shan.Perbalahan dengan etnik Cina lain seperti Han,Manchu dan sebagainya dan ditambah pula dengan desakan balatentera Monggol,menyebabkan mereka semakin bergerak ke selatan.Mereka pernah berada dalam pemerintahan Khmer selain kerajaan-kerajaan Melayu Purba yang lain.Jika saya sebutkan kerajaan Melayu Purba,janganlah menganggap orang Melayu yang 100% sama macam Melayu sekarang.Setiap orang Melayu yang menduduki setiap inci Nusantara mempunyai slanga dan kostum yang sedikit berbeza,namun budaya mereka hampir sama.Samalah seperti orang Melayu di Indochina yang disebut sebagai Siam Asli ini.Siam Asli kerana merekalah pribumi yang sedia ada sebelum orang Tai,Lao,Khmer dan Dai Viet tiba dari utara.Orang Tai banyak mencedok kebudayaan Khmer,tulisan dan bahasa di mana SEBENARNYA KHMER PULA MENCEDOK BUDAYA MELAYU PURBA DAN ORANG MON.Jika orang Kelantan dengan slanga mereka,Kedah dengan slanganya dan BEGITU JUGA ORANG MELAYU DI INDOCHINA.Kajian menunjukkan bahasa Khmer banyak menyerap kata-kata Melayu Purba,ya sudah tentu kerana hubungan mereka dengan orang Cham.
Saya tidak hairan jika prasasti-prasasti Cham dan Khmer yang banyak dijumpai kini semakin membuktikan 'The Lost Kingdom' orang Melayu di Indochina kerana kita sepatutnya lebih hairan dengan satu kaum pribumi Taiwan yang masih bertutur beberapa perkataan Melayu.Sebelum kedatangan bangsa Han ke Taiwan,sememangnya pulau itu diduduki oleh orang Malayo-Polinesian.Samalah seperti bangsa Yamato (Yamato adalah nama satu puak yang mendominasi Jepun hari ini),semasa mereka tiba di Kepulauan Jepun,sememangnya di sana terdapat beberapa kaum asli yang berbudaya Nusantara.Orang Melayu adalah bangsa pelaut pada masa lalu.Mereka belayar sehingga Kepulauan Pasifik dan Madagaskar.Orang Melayu adalah 'Viking Timur Jauh'.
S:Saya tertarik dengan satu folio di atas meja di sini,bertajuk Kajian Strategi The Wise Man of Antichrist.Boleh saudari jelaskan sepintas lalu tentang folio ini?
J:Oh,itu...folio itu adalah rumusan dari pemerhatian saya yang bersumberkan kepada Diari Lodgekeeper.Selebihnya ialah kajian saya sendiri.Lodgekeeper di dalam diarinya telah menggariskan 13 strategi utama The Wise Man.Antaranya ialah Divide and Rule,Chaos,Balancing,Domination dan sebagainya.Terlanjur menyentuh tentang Diari Lodgekeeper,saya akan ceritakan satu strategi The Wise Man iaitu 'Ideology'.saya beritahu kerana ia ada kaitan dengan soalan nasionalisme tadi.Jika kita lihat pola selepas Imperialisme,gerakan nasionalisme telah bangkit bak cendawan selepas hujan.Saya ingin beritahu rahsia pola penjajahan di dunia.Sepanyol dan Portugis adalah dua buah kuasa maritim awal Eropah zaman kolonial.Saya rasa anda sudah maklum tentang Columbus yang berusaha untuk mencari India namun terjumpa Amerika dan panggilan 'Indian' kepada kaum pribumi Amerika yang disangka Columbus ialah orang-orang India masih lekat sehingga ke hari ini.Mengapa Columbus berkeras mahu menjumpai India melalui jalan laut?Ini kerana dia menerima arahan dari atasannya.Sebab itu Columbus pernah dihukum kerana gagal menemui jalan ke Timur seperti yang diharapkan.Mengapa bangsa-bangsa Eropah ini berlumba-lumba untuk mencari jalan ke Timur?Pola sebenar Imperialisme adalah INPERIALISME KE ATAS ASIA TENGGARA tepatnya Kepulauan Tanah Melayu.Anda boleh lihat selepas kejayaan Magellan menjumpai Filipina,kerajaan Sepanyol cepat-cepat menghantar tenteranya untuk menduduki Kepulauan Filipina.Anda pernah dengar slogan Gold,Gospel dan Glory?Gospel adalah tujuan utama The Wise Man.Imperialisme adalah strategi awalnya sementara para sarjananya menulis pelbagai buku dan tesis tentang pelbagai idea dan gagasan sosiopolitik.Dari sini timbul IDEOLOGI.Liberalisme,Fasisme,Komunisme dan Nasionalisme sekadar menyebut beberapa contoh adalah percaturan The Hidden Hand untuk memecahkan negara-negara di zaman imperialisme.Soalannya sekarang,apakah tujuan nasionalisme?
TUJUANNYA IALAH UNTUK MENGHINDARKAN KEBANGKITAN ISLAM.
Kita boleh kaji pola selepas imperialisme.Negara-negara yang sukar ditakluk sepenuhnya seperti China dipaksa menganut faham Komunis.Di negara-negara yang dijajah,nasionalisme disuburkan.dengan cara ini 'nasionalisme Islam' hampir tiada atau tidak kedengaran langsung.Ditidurkan dengan lenanya.Semua orang bercakap tentang demokrasi,nasionalisme,perjuangan bangsa,hidup bangsa dan sebagainya.KITA LIHAT KAJIAN KES DI NUSANTARA.
Dalam surat-surat Lodgekepeer dahulu,ada diterangkan tentang plan DIVIDE & RULE yang dirancang oleh The Hidden Hand ke atas Nusantara.Plan seterusnya ialah melaga-lagakan rumpun Nusantara di dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.Ini penting untuk melemahkan bangsa Nusantara ini sebagaimana mereka telah berjaya memecah-belahkan bangsa Korea sehingga ke hari ini.Lodgekeeper telah meramalkan perkara ini lama sebelum isu Tarian Pendet.The Hidden Hand sebenarnya gemar mencipta pelbagai kelompok dan ideologi untuk memecah-belahkan umat manusia.Jika Komunis tidak berjaya dihalau dari Nusantara,apa yang akan terjadi ialah,Indonesia menjadi Republik Komunis dan Malaysia pula menjadi sekutu British,satu-satunya alasan mengapa sesetengah orang Indonesia rela bermandi darah saudara serumpun sendiri.'Negara Boneka British' adalah kepercayaan sesetengah saudara kita di seberang sana.Mereka masih merasakan Malaysia ditubuhkan atas perancangan British.Maksudnya Malaysia adalah bayangan penjajah Inggeris di Nusantara.
Indonesia pernah dipengaruhi Komunis.PKI (Partai Komunis Indonesia) adalah pertubuhan Komunis terbesar di dunia yang pernah ada di luar Rusia dan China.Ahlinya ketika itu berjumlah 3.5 juta orang.Konfrontasi adalah perancangan The Hidden Hand untuk mempengaruhi Soekarno supaya meminta pertolongan PKI ketika usahanya 'Ganyang Malaysia' semakin suram disebabkan disabotaj oleh sebahagian rakyat Indonesia sendiri yang merasakan peperangan dengan Malaysia dikala ekonomi Indonesia ditahap menyedihkan adalah sesuatu yang kurang bijak.CIA pernah berurusan dengan Adam Malik,Menteri Luar Indonesia.JIka perancangan berjaya,Indonesia akan dipegang oleh Politburo PKI,dan rasminya menjadi negara Komunis.Impian The Hidden Hand ialah menjadikan Indonesia 'Korea Utara' dan Malaysia 'Korea Selatan'.
Namun perancangan Tuhan lebih mendahului segala-galanya.Sesetengah orang Indonesia yang termakan racun Illuminati-Komunis sanggup 'menganyang' saudara seagama dan sebangsa sendiri.Soekarno yang marahkan Tunku telah menghantar tentera untuk menganyang Malaysia.Alasannya Malaysia wujud sebagai proksi Inggeris di Nusantara.Ketika serangan demi serangan dilancarkan,rahmat Allah s.w.t sampai di mana terjadi peristiwa G 30 S PKI atau Gerakan September 30 menyaksikan 6 jeneral tentera Indonesia dibunuh.Sehubungan dengan itu,Jeneral Soeharto menumpaskan rampasan kuasa,mengambilalih kerajaan lantas menyingkirkan Soekarno yang dianggap bersubahat dengan PKI.Mengapa peristiwa ini terjadi?Sebenarnya pola yang sama telah berlaku,iaitu kebangkitan gerakan bawahtanah Islam telah dapat dikesan di Indonesia.Seperti Malaysia,jika Komunis gagal,ruang kosong mesti diisi,sekurang-kurangnya para nasionalis supaya para mujahid tidak naik berkuasa.
Selepas itu,benarlah jangkaan The Hidden Hand di mana pembunuhan beramai-ramai ahli PKI berlaku di seluruh Indonesia.SEBENARNYA SENTIMEN BENCIKAN KOMUNIS TELAH MEMBARA namun masih tidak menunjukkan kekuatannya.Di sini perancangan Tuhan lebih mendahului perancangan manusia.Ibarat bermain buah catur,CIA terpaksa mencantas Komunis bagi menghalang kebangkitan Islam walaupun telah mengorbankan tidak kurang 500.000 nyawa rakyat Indonesia sendiri.
Soekarno menganggap Malaysia bakal menjadi proksi Inggeris sedangkan pada masa yang sama Indonesia bakal menjadi proksi Komunis.
Permainan catur The Hidden Hand amat licik!
(Srikandi merenung tajam)
Mereka menganggap Malaysia adalah perancangan Inggeris,namun sebenarnya MALAYSIA DAN INDONESIA ADALAH PERANCANGAN BELANDA DAN INGGERIS.
Mengapa tidak Belanda saja memegang Malaysia?Mengapa Belanda mampu menakluk apa yang dinamakan sebagai Indonesia yang luas itu namun tidak berani menjajah Tanah Melayu.CUBA FIKIRKAN.Jika Belanda saja yang memegang Nusantara,apabila zaman Imperialisme berakhir,Belanda pasti akan melepaskan Nusantara dan hasilnya ialah sebuah NEGARA YANG BESAR!
The Hidden Hand telah menghantar negara-negara Eropah yang berbeza untuk menjajah Alam Melayu.
Belanda dan Portugis telah sampai dahulu ketika Sepanyol telah mula mendapatkan Filipina.Namun Belanda dan Portugis meninggalkan Tanah Melayu begitu sahaja tanpa menjajahnya,padahal Portugis nampaknya hanya berminat dengan pelabuhan Melaka.Belanda mampu berperang dengan orang-orang di Suvarnadvipa atau Malayadvipa (Pulau-pulau Indonesia) namun tidak di Suvarnabhumi (Semenanjung Tanah Melayu).BELANDA MENUNGGU ORANG LAIN UNTUK MENJAJAH TANAH MELAYU!
Apabila Imperialisme tamat,Alam Melayu berpecah kepada beberapa negara!
S:Perbincangan semakin menarik nampak,tetapi saya akur dengan masa yang diberikan oleh Srikandi.
J:Oh ya...terima kasih kerana mengingatkan,moga di lain waktu kita dapat bertemubual lebih lama lagi.
S:Moga begitu harapnya...terimakasih kepada Srikandi kerana meluangkan masa bersama kami.
J:Sama-sama.
Jumaat, 15 Jun 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
POPULAR POST
BERITA KONSPIRASI
- Tahun baru masihi penghapusan jejak
- Arah Kompas Dah Berganjak
- Simbol Sex dan pengaruh Dajjal di Tanah Haram!
- Banjir Syria Adalah Petanda
- Fahaman 'Irshad Manji' wajib Ditolak?
- Penerbit Innocence of Muslims dijel
- Jacky Chan: ‘Dari Mana Kerosakan Besar berasal? Amerika-lah Yang Memulakan Semuanya’
- Psy, Si Gangnam Style,Dulu Lain Sekarang lain
- Dimanakah Konstantinopel..!
- Ratusan Pohon Zaitun Di Nablus Dihancurkan Israel
- Tanda-Tanda Kiamat Versi Yahudi Dan Syi’ah
- Robert Lazar: Penjanaan Graviti UFO
- Mesin merentas masa adakah wujud siri 1
- Mesin Merentas Masa adakah Wujud? Siri 2
- Unsur Satanic Di Manchester United Dan AC Milan
- Fakta Tentang Nike
- Satu Lagi Kebetulan: One Malaysia dan One Israel
- Wawasan 2020 dan Israel 2020
- Surat Beranak Barrack Obama
- Armageddon 2012 Kiamat Maklumat
1 komen:
Wahhh